28 Ogos, 2008

gambar2


tengah berucap dlm perhimpunan mingguan

ngaku bujang

hai.....dah kahwin ngaku bujang?benda ini dah lama berlaku sebenarnya.hanya lelaki2 di luar sana yg melakukan sahaja tahu sebab yg sebenarnya mengapa perkara itu terjadi .personally la utk menjawab 'sekadar memerhati',bg saya mungkin mereka ini cuba untuk mengisi masa mereka sebab mereka sudah terlalu berjaya dalam kehidupan.jadi masa mereka terlalu banyak.mungkin apa yang dikejarkan dalam hidup sudah tercapai,jadi mereka2 itu menjadikan ianya sebagai tempat untuk meraikan hidup mereka....hahahaha mungkin la.tetapi sebenarnya mereka itu main2 sahaja tetapi akhirnya 'ketahuan',jadilah isu besar.....
bagi saya yang penting lelaki mestilah tahu tanggungjawab mereka dan pastikan apa sahaja yang dilakukan nawaitu mesti betul.kita perlu menghargai apa yang dimiliki sekarang kerana mungkin itulah yang terbaik buat kita......satu lg mungkin sebab lelaki ini keegoannya sangat tinggi....tetapi percayalah yang mereka -mereka itu pun sebenarnya hanyalah insan yg biasa.
realitinya bg saya,lelaki yang sudah berkahwin sebenarnya mempunyai 'nilai' yang tinggi.ini kerana 'suami2 org' ini sudah atau boleh menjalankan tanggungjawab mereka.itupun sekiranya yg tahu tanggungjawab mereka la....selalunya yang mengaku bujang tu sebab mereka tidak mampu melaksanakan amanah yg diberi dgn sebaiknya....atau mungkin tidak berpuas hati dgn apa yg telah dimiliki.........yg penting aku sayang MAMA....anak2......

26 Ogos, 2008

terima kasih

lama betul aku tak masuk blog ni.......cuti sekolah seminggu pun tak sempat.lg pun mama ngan adk wani demam....assigment pun tak siap lg.minggu ni sibuk ngan latihan drama,30 ogos ni ada pementasan,tugasan untuk subjek drama semester ni......bulan ramadan ni kelas mungkin tiada sebab dah ganti awal2 lagi.
terkejut juga sebab banyak komen drpd kawan2 tentang tulisan aku tentang ungkapan maaf,dan juga tentang kehidupan seharian.kalau ikutkan banyak yang nak ditulis tapi masa tak mengizinkan.lg pun hari ni proses pengundian kat parlimen permatang pauh,tumpuan seluruh negara kat situ.
yang penting sebenarnya kita tahu hala tuju hidup kita dan tahu apa yang kita lakukan,insyaallah kebahagian akan menjadi milik kita.......tunggu tulisan seterusnya.......

05 Ogos, 2008

sesekali..........

banyak benda yang kita kadang kala ambil mudah.contohnya perkataan 'MAAF'.senang sekali untuk kita ucapkan perkataan ini apabila kita merasakan kita sudah melakukan kesilapan atau kesalahan,itu pun kalau disedari.apa yang kita tidak ketahui ialah dengan meminta maaf mungkin dapat menyelasaikan kekusutan yang timbul akibat kesilapan atau kesalahan yang dilakukan tetapi implikasi tetap ada.mungkin kesalahan atau kesilapanpan itu dapat dimaafi tetapi kesan yang berlaku semestinya berbeza dengan apa yang berlaku sebelum wujudnya atau timbulnya pengucapan maaf tersebut.kita diajar untuk meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan,betul tu tetapi kita juga kena ingat yang lebih baik kita memikirkan kesan di sebalik selepas melakukan kesilapan atau kita sentiasa beringat untuk mengurangkan kebarangkalian untuk melakukan kesilapan.mustahil tetapi sekiranya berhati2,andai kata melakukan kesilapan juga perkataan 'maaf' memang berguna pada ketika itu.....renungkanlah bersama......

permatang pauh

assalamualaikum.....
nampaknya senario politik negara kita akan bertambah menarik apabila pilihan raya kecil akan diadakan di parlimen permatang pauh nanti.nampaknya anwar ibrahim akan dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi ahli parlimen.cuma sekarang yang ditunggu2 oleh penyokongnya ialah tarikh keramat 16 september nanti......bagi aku itu hanyalah perancangan beliau sahaja dan merupakan strategi politik....kalau diikutkan suasana politik memang beliau dianggap lebih popular tetapi mesti diingat yang politik ni sukar untuk diramalkan.apa sahaja boleh berlaku........
tidak dinafikan yang kawan2 aku ramai yang menyokong pakatan rakyat.ahli atau tidak aitu aku tidak tahu cuma bagi diri aku,masih lagi percaya pada perjuangan umno kerana bagi aku yang tidak baik hanyalah individu dalam umno sahaja.aku sukar untuk mencari sebab untuk 'meninggalkan' umno.dalam situasi sekarang,aku banyak mendengar yang kerajaan sekarang banyak sangat kekurangan dan kelemahan.rasuah,salah guna kuasa,ketidakcekapan pentadbiran,kronism,birokrasi dan segala macam bentuk masalah yang mereka ini tidak puas hati.kenaikan harga minyak misalnya....kita bising2 tentang harganya,kita juga bising tentang kenaikan barang2 yang lain tetapi pernahkah kita cuba mengambil bahagian dalam membantu kerajaan?cuba lihat pusat membeli belah,restoran2 sentiasa penuh sesak dgn manusia.mungkin ada yang berkata itu sudah perkara yang wajib dilakukan,mungkin benar tetapi tengok pula kalau ada konsert.contohnya karnival,berduyun2 orang ramai pergi 'menziarah'.kadang kala kita lupa sebenarnya yang perlu berubah ialah diri kita iaitu individu itu sendiri.kita dapat merubah segala-galanya sekiranya kita tahu tujuan hidup dan matlamat kita.insyaallah,jika nawaitu kita betul....allah akan merestui perjalanan hidup kita.renungkanlah.....semoga kita dapat hidup aman damai dalam negara yang tercinta ini........