26 Februari, 2009

kawan-kawan

Assalamualaikum semua...tiada apa yang nak dikongsikan. Hanya rasa nak menulis sahaja. Maaflah sebab sekarang ni tengah sibuk sikit. Lagi pun aku penat sangat. Tak pernah aku rasa penat macam ni. Ni pun soalan ujian fasa 1 budak-budak tak siap lagi. Nantilah kalau ada kesempatan aku akan coretkan kisah-kisah yang menarik. Sebelum terlupa aku nak ucapkan tahniah kepada Cikgu Samadalkhir dan Teacher Siti Suhaida yang dapat menyambung pelajaran kat USM. Kilaih dia orang kat Ipoh gak, Luar Kampus. Tahniah,teruskan Mad dan CT...
JUMPA LAGI SEMUA.

21 Februari, 2009

Menjadi Seorang Guru

Assalamualaikum semua...hampir sepuluh tahun aku menjadi seorang guru. Kejap je aku rasakan. Sepanjang tempoh itu,sudah banyak asam garam dan pahit manis yang aku lalui. Mesti ada yang tertanya-tanyakan kenapa aku memilih topik ini. Bukan apa,cuma kebelakangan ini aku rasakan terlalu penat dengan beban tugas harian. Mungkin juga seiring dengan peningkatan usia aku. Tiga tahun pertama dalam profesion keguruan aku banyak mengumpul pengalaman untuk memahami budaya persekolahan dan guru. Dalam tempoh itu juga aku banyak menimba pengalaman hidup. Sejujurnya aku terpaksa menyesuaikan diri dengan banyak perkara. Awal kehidupan aku di sekolah ini sebenarnya satu pengalaman yang menarik. Banyak benda yang aku pelajari. Tambahan pula aku ditempatkan bersama-sama hampir 19 orang guru baru. Macam-macam karenah yang aku dapat saksikan. Masa tu aku tinggal menyewa di flat,Taman Mulia Jaya. Rakan serumah aku pula ialah cikgu Azelan dan Mat Yi. Hampir lima tahun aku tinggal di situ.
Tugas pertama aku di SKTP ialah menjadi guru kelas untuk Tahun 1 Erat. Aku yang tiada pengalaman terpaksa menghadapi telatah kanak-kanak yang baru bersekolah. Alhamdulillah,aku tidak menghadapi masalah yang serius. Barisan pentadbir banyak membantu aku pada masa itu. Cikgu Azman,Cikgu Sarajuddin dan guru besar Pn.Hjh.Maizun banyak membimbing aku. Banyak ilmu yang aku dapat pelajari. Tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa apa yang aku praktikkan sekarang adalah hasil bimbingan mereka. Kawan-kawan pada masa itu pula ialah seperti geng Kg.Pandan. Hahaha...Pada masa itu Jai tinggal dengan Samad kat Kg.Pandan. Rumah ala-ala Kassim Selamat gitu. Pali pula menumpang kakaknya di Pandan Indah. Lepas tu pula dia orang berpindah kat Taman Saga pula,sebelah rumah Abg Man. Zack pula masih tinggal dengan mak ayah dia.
Kalau di sekolah,semua rajin bekerja. Suasana di sekolah cukup selesa. Selesa dengan kawan-kawan. Aku pula kiranya yang paling bawah la rankingnya. Itu dari segi bekerja la. Kawan-kawan aku tu semua boleh dikira hebat. Masing-masing sudah membuktikan kehebatan mereka.
Aku pula masih memegang jawatan guru kelas sampai sekarang. Hampir enam tujuh tahun juga aku memegang kelas tahap satu. Tiga tahun kebelakangan ini aku menjadi guru kelas tahap dua,darjah empat. Cuma yang pasti aku masih mengajar Bahasa Melayu@Bahasa Malaysia dari dulu sampai sekarang. Aku juga cukup tegas dengan murid-murid. Aku cuma ingin menerapkan disiplin dalam diri mereka. Walaupun aku boleh dikatakan garang tetapi ramai bekas anak murid aku yang dah tamat belajar apabila berjumpa masih menghormati aku. Mereka masih ingat sewaktu kena marah,kena denda dengan aku dulu. Mereka tahu sebab apa mereka kena marah dulu.
Tapi tak semua yang menghargai kita. Ada juga sesetengah ibu bapa yang kelakuan mereka boleh menghiris hati aku. Cuma aku tidak boleh ambil peduli sangat benda-benda macam tu. Ada ibu bapa yang pernah mempersoal kewajaran aku terhadap tindakan aku kepada anak-anak mereka. Apa yang boleh aku katakan kepada mereka adalah ungkapan 'maaf'. Memang kalau diikutkan hati,boleh mengganggu perasaan tetapi itulah tugas seorang guru. Aku juga pernah menerima ucapan 'tahniah'. Ada seorang ibu mengucapkan 'TAHNIAH' kepada aku di atas kegagalan anaknya. Apa yang aku ralatkan ialah ibu ni seorang ibu tunggal dan dia mengakui terpaksa bekerja,jadi masa untuk melihat perkembangan pelajaran anaknya adalah terhad. Jadi anaknya hanya belajar di sekolah tanpa ada pemantauan yang berterusan di rumah. Lagi pun kalau aku yang 'menggagalkan' anaknya,mengapa aku tidak menerima ucapan 'tahniah' kerana kejayaan anak murid ku yang lain di dalam kelas yang sama. Bukan semua anak murid aku di dalam kelas itu yang gagal. Pelikkan? Apabila anak itu berjaya,peranan guru dilupakan. Tetapi kalau anak itu gagal,kewibawaan guru pula dipertikaikan. Itu antara peristiwa yang aku dapat kumpulkan sebagai seorang guru. Banyak lagi pahit manis menjadi seorang guru. Sepuluh tahun bukanlah satu masa yang pendek. Dalam masa sepuluh tahun.....banyak perkara boleh berlaku. Pelbagai peristiwa yang telah aku lalui. Pahit,manis,suka,duka,senang,susah.....itulah yang perlu kita lalui.
Itu hanya secebis kisah dalam tempoh masa aku berada di SK Tasek Permai. Apa yang pasti,bagaikan lirik lagu sekolah aku..... DI SINI AKU BERMULA. Bermula untuk sebuah kehidupan. Kehidupan seorang guru. Guru yang diamanahkan untuk mendidik anak muridnya walau apa pun alasannya. Tugas kami hanyalah mendidik dan terus mendidik sehingga anak murid silih berganti. Begitu jugalah dengan aku...
Kalau nak diikutkan banyak lagi yang boleh dikongsikan tetapi memadailah untuk ketika ini. Apa yang pasti akan tercipta lagi setiap peristiwa demi peristiwa yang akan berlaku dalam kehidupan kita ini. Cuma yang penting bagaimana kita melaluinya dan apakah peristiwa yang akan kita kenang itu....

19 Februari, 2009

Gomo Kelate Gomo

Pasukan Liga Super Kelantan akhirnya berada di kedudukan yang selesa, setelah membelasah pasukan Pahang, 5 - 1. Tetapi perlawanan yang aku tunggu adalah pertemuan dengan pasukan Selangor pada 28hb nanti.... . Jumpa lagi,ada kelas la pula....

18 Februari, 2009

Mesyuarat AJK PIBG dan Sepak Takraw

Assalamualaikum semua. Hari ini aku rasa sungguh penat. Aku kena hantar budak untuk pemilihan pemain takraw untuk MSSDHL. Budak aku seorang sahaja yang pergi pun. Tu pun tak terpilih. Biarlah,nak buat macam mana. Takde rezeki. Kalau ikutkan dia boleh main dan ada potensi cuma kurang pendedahan dan kurang keyakinan diri untuk dia bersaing bersama-sama budak lain.
Semalam juga aku menghadiri mesyuarat ajk PIBG kat sekolah. Mesyuarat yang pertama,biasalah. Isu yang biasa sahaja. Tapi mesyuarat biasa pun hampir pukul 11 malam jugalah habis. Penat juga aku rasakan. Mengantuk..... . Balik nanti nak kena buat rancangan mengajar pula.
Kelmarin juga aku sempat minum dengan kawan lama aku masa kat Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dulu,Salmizan Abdul Salam. Lama betul tak jumpa dia. Banyak juga benda yang dicakapkan walaupun sekejap je. Kadang-kadang seronok juga apapbila teringat kisah-kisah masa belajar kat M4P dulu. Lain kalilah aku kongsikan kisah-kisah masa kat M4P dulu. Nak kena dapatkan 'permission' dengan 'mem' dulu. Hahahahahaha... . Siapa tak sayang bini oiiiiii.....jumpa lagi.

13 Februari, 2009

Aku dan Mama


Mesyuarat Penduduk Taman Saga

Assalamualaikum semua.Apa cerita semua?Semalam aku menghadiri mesyuarat penduduk taman aku. Saja menunaikan taggungjawab dalam masyarakat. Rupanya ramai lagi yang aku tak kenal. Hahaha. Memanglah,takkan semua kita kenalkan? Tapikan,ok la sebab dapat mengenali jiran tetangga sambil merapatkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat. Tahniah kepada Ajey atas perlantikan sebagai ahli jawatan kuasa,walaupun tugas sukarela tapi sumbangan tu yang penting. Apabila dah berkumpul ramai-ramai tu baru la kenal jiran-jiran di sekeliling. Ada yang pernah sembahyang Jumaat sekali tapi tak tahu pun yang dia tu jiran setaman. Terukkan? Itulah realitinya kehidupan sekarang.
Semalam juga aku berjaya menamatkan kursus kat SK Bandar Tasik Kesuma,lega rasanya. Banyak juga faedah yang aku dapat. Rasa macam ulangkaji pula. Ye la,yang diajar pula tentang morfologi dan sintaksis. Rasa macam kuliah pula. Petang semalam juga sempat minum bersama Jai dan Shidi kat Semenyih.

10 Februari, 2009

Kemas kini blog.

Assalamualaikum semua...macam mana rupa blog ni? ok tak? saja je tu. esok aku kena berkursus kat SK Bandar Tasik Kesuma selama 2 hari. Sampai 4.30 petang. Kursus tu kursus Pemantapan Tatabahasa. Mulai hari ini aku akan gunakan tanda baca yang betul dalam setiap penulisan aku nanti. Bukan sebab kursus tersebut tetapi disebabkan perubahan blog aku ni. Baru la ada perubahan sikit. Sesekali kita perlu berani untuk melakukan sesuatu perubahan,betul tak? Baiklah,nanti kita jumpa lagi dengan catatan yang lebih menarik,insyaallah...

gambar adam dan adik wani

adam, potong rambut kat tampin hari tu.

adik wani semasa pembedahan tangannya kat hospital ampang


adik wani,kat the mines


abang adam



birthday cake adam





al-fatihah untuk arwah abah

esok genaplah setahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga.al-fatihah.baru semalam aku rasakan abah meninggalkan kami,rupanya dah hampir setahun.betullah apa orang kata,apabila mereka sudah tiada barulah kita rasa kehilangan.rasa macam banyak lagi jasa-jasa mereka tidak terbalas.....hanya doa sahaja yang mampu aku lakukan sekarang dan cuba untuk menjadi anak yang soleh......al-fatihah untuk arwah abu bakar hj.yacob,ayahanda tercinta.

adam dan adik wani

assalamualaikum semua...semalam cuti thaipusam aku rehat je kat rumah,tapi mama kerja.lepas jemput mama semalam aku bawa adam ngan adik wani pergi taman permainan kat pandan indah.punya la seronok mereka main.maklumlah dah lama tak main kot.kalau kat tampin boleh dikatakan setiap petang mereka dapat main kat taman.kat sini mereka hanya bermain kat rumah je.jadi semalam mereka main la sepuas-puasnya.tu la yang balik semalam dua-dua tidur awal.penat kot.lagi pun siang tu mereka tak tidur.yang pasti adam dan hawani dah semakin bijak dan pandai.macam adam tu nampak je nakal tapi bijak.soalan-soalan yang dia tanya semuanya memerlukan aku untuk jawabnya dengan baik.bukan apa,taknak dia dapat maklumat yang salah.jadi aku ngan mama la yang kena terangkan sebab dan akibatnya.lagi satu sekarang dia banyak belajar melalui benda-benda kat sekelilingnya.contohnya melalui televisyen.dia suka tengok cerita ultraman,power rangers,ben 10,dan macam-macam cerita kanak-kanak lain lagi.semalam masa nak tidur dia minta tolong belikan buku mcqueen dia.dia kata buku dia dah koyak dah,adik wani buat.wani pula suka sangat melawa,maklumlah 'girl'.suka sangat dengan handphone mainan dia.lagi satu handbag mainan dia.pantang hilang je mesti tanya 'phone adik mana?'....kalau kita ambil mainan dia mesti dia kata 'bakkk'....hahaha.mama pula dah semakin tak larat.insyaallah dalam dua tiga minggu lagi kot....kami pun tak tahu lagi 'baby' ni girl ke boy.saje je nak 'surprise'kan diri sendiri.yang penting mama dan baby sihat,kan abang adam dan kakak wani....

07 Februari, 2009

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU....JANGAN KITA MENDERHAKA KEPADA RAJA...situasi politik di perak yang bergolak kebelakangan sebenarnya mempunyai hikmah.setelah apa yang berlaku kita dapat melihat tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak-pihak yang terlibat sehingga berlakunya situasi yang jarang sekali berlaku dalam senario politik negara kita.apakah agenda seterusnya?apakah episod seterusnya.dalam keadaan sekarang semua pihak haruslah rasional dalam menangani isu ini kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat dan negara.isu ini juga telah mengheret institusi raja dalam percanggahan perbezaan ideologi politik masing-masing.masing-masing mengatakan pihak mereka betul.dalam situasi ini aku berkecuali kerana aku lebih pentingkan keharmonian cuma aku tidak mahu kita menjadi mangsa dalam perebutan kuasa ini.aku tidak mahu bangsa melayu terus tercicir dan orang lain mengambil kesempatan di atas ketelanjuran kita.bukan apa,kerana apa yang dipertaruhkan adalah nasib bangsa dan agama.janganlah nanti kita akan dipersalahkan oleh anak cucu kita akibat kelalaian dan juga sikap toleransi kita yang keterlaluan.adakah orang lain akan melakukan perkara yang sama jika kita dalam keadaan terdesak?adakah mereka di sekeliling kita akan membantu jika anak cucu kita nanti memerlukan bantuan?bukan meragui kehebatan kita sendiri cuma kita kena sentiasa beringat supaya kita tidak tersalah langkah.setiap langkah yang diambil hendaklah diperhalusi dan fikirkan sebab dan akibatnya.janganlah kita mengambil sesuatu keputusan dengan penuh emosi.pertimbangkanlah dengan akal.satu perjuangan memanglah memerlukan satu iltizam dan ranjau sebelum kita berjaya.dan harus dingatkan yang perjuangan untuk bangsa,agama dan negara tidak pernah berakhir kerana setiap kejayaan demi kejayaaan yang diraih memerlukan usaha yang berterusan dan usaha yang gigih.ini kerana jika kita alpa dengan kejayaan dan menganggap kita telah berjaya,kita akan menjadi lalai dan menganggap yang kita sudah mencapai kejayaan sedangkan perjuangan itu sebenarnya sentiasa berterusan....renungkanlah...

mesyuarat pibg

assalamuaaikum semua....hari ni sekolah aku mengadakan mesyuarat agung pibg.jumpa lagi,tak sempat nak tulis panjang.komen la pasal situasi yang berlaku kat perak wahai kawan-kawan...nanti aku tulis lagi,k....

04 Februari, 2009

Februari-Cerita Terkini

assalamualaikun semua,baru berkesempatan untuk masuk blog ni.banyak juga lah yang berlaku dalam tempoh dua tiga minggu ni.macam yang mama cakap,cuti raya cina hari tu kami tak balik kampung pun.jadi aku pun call member-member yang senasib tak balik kampung.saja je,ajak mereka datang rumah.saja nak buat bbq sikit.yang datangnya ialah zuhar,pok cet,khalid dan juga lan.best la gak sebab dah lama tak jumpa mereka dan bersembang.maklumlah masing-masing sibuk ngan tugasan harian.
mama pun dah tak larat sangat pun,dah sarat sangat.adam ngan hawani pula dah dapat menyesuaikan diri dengan bibik mereka.mula-mula tu memang lah adik wani nangis semasa aku ngan mama nak keluar bekerja.macam adam pula,dia bukan main lagi sebab boleh buat apa yang disukainya.sampai tak terlarat la bibik tu.hahahaha....bab sepahkan permainan dia memang adam ngan adik wani pandai.adik wani pula suka ikut apa yang abang adam dia buat.tapi takpe,yang penting mereka seronok dan senang hati dapat lihat ayah dan mamanya ada di depan mata.
adam juga dah semakin bijak sebenarnya.yang bestnya dia kata tak boleh makan kfc dan mcdonalds kerana itu israel punya.itu yang paktam dia ajar.baguslah.tapi kalau pelawa dia makan kfc atau mcd terus je cakap nak cuma dia macam takut-takut sikit la apabila aku cakap "itukan israel punya,nanti paktam marah"dia ters senyap je.tapi nampak lah dia dapat menilai sesuatu perbuatan.adam juga selalu bertanya tentang apa yang diihatnya.contohnya macam kanak-kanak palestin menangis atau cedera,mesti dia akan bertanya kenapa,mengapa dan macam-macam lagi.adik wani pun sama.sampai tak larat la mama dan aku nak menjawab...ttapi itu sebenarnya baik untuk perkembangan pembelajaran minda mereka.ok lah kita jumpa lagi...