28 April, 2009

Anak-anak aku

Maaf.....sibuk sangat dengan bola sampaikan masa bersama anak-anak hampir terbabas. Nasib baik lah mama faham. Kena pula Abang Adam demam,adik Wani pun demam.siap batuk-batuk lagi. Dah pergi klinik pun. Hari ini aku bawa Rayyan pula pergi klinik. Dia pun dah demam juga. Adam pula sekarang dah pandai gaduh dengan adik Wani. Adik Wani walaupun kecil suka juga menyakat abangnya. Sampai bising la mamanya. Maklumlah,kalu dah main sama-sama lepas tu mesti gaduh. Tapi kejap je,main balik pastu berebut mainan lagi. Hahaha...tu yang membuatkan aku dengan mama terhibur. Penat memang lah penat. Cuma apa yang aku nampak Adam Dengan Hawani ni bijak. Adam tak habis-habis dengan soalan-soalan dia. Apa sahaj yang dia nampak,tak kira kat televisyen atau mana-mana mesti dia akan tanya aku atau mamanya. Adik Wani pun sama. Lagi satu Hawani ni suka ikut apa yang abangnya buat. Minggu lepas Adam tanya soalan ini, "Kenapa ayah kahwin dengan mama?"...macam mana nak jawab tu. Hari ini pula dia tanya tentang gambar manusia yang penuh dengan tulang dan saraf. Jenuh jugalah aku nak menjawabnya. lepas satu-satu soalannya. Nasib baiklah aku dengan mama tak kisah. Sentiasa bersedia untuk menjawabnya. Cuma Adam dah hampir dua minggu cuti persekolahannya. Ada juga aku pergi tanya kat tadika kat kawasan perumahan aku ni tetapi tengok pada persekitarannya macam tak best je. Kasihan juga pada Adam,dia pula seronok dan suka pergi sekolah.
Esok kat sekolah ada Kursus Kepimpinan Pengawas dan Pengawas PSS. Sibuk sikit maklumlah aku guru disiplin dan pengawas jadi aku lah yang kena mengetuai program ini. Macam hari ini aku sibuk sangat sampaikan kawan-kawan sekerja hairan. Selalunya aku 'cool' je. Hari ini sampai berpeluh la. Biasalah dah kena 'push' dengan bos. Tapi aku 'respect' kat bos aku. Hari ini beliau banyak mengajar dan membimbing aku . Thanks bos. Bos? Siapa tu? Aku punya GB lah. Kawan-kawan aku juga banyak membantu. Thanks bro...
Yang paling penting insyaallah aku balik kampung malam esok. Hari Khamis aku cuti tetapi borang cuti tak isi lagi. Esok aku isi,lepas habis program aku esok.....BALIK KAMPUNG LALALALLALALALA....

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2009

Assalamualaikum,hah.....penat aku rasakan sepanjang minggu lepas. Dah habis 'final' piala FA ni senang sikit aku rasakan. Maklumlah,penyokong setia katakan. Kalut tolong kengkawan. Ada yang nak jersi la,tiket la. Takpe,yang penting kawan-kawan tu.
Masa perlawanan akhir tu,aku keluar rumah pukul 2.30 petang lagi. Penyokong-penyokong dari Dewan FC sampai pukul 9 pagi lagi kat Bukit Jalil. Kat sana aku dapat lihat bagaimana meriahnya penyokong-penyokong Kelantan. Bermacam -macam gelagat yang dapat aku saksikan. Ramai juga budak-budak Machang yang turun. Boleh dikatakan budak-budak bola semuanya turun. Bak kata Jai lah,rasakan pasukan sendiri masuk 'final'. Betul juga tu,sepanjang aku kat sini,inilah pertama kali aku raskan memberikan sokongan pada pasukan negeri sendiri. Kalau tidak ikut kawan-kawan je.
Tetapi nasib tidak menyebelahi Kelantan. Selangor berjaya juga memenangi perlawanan ini walaupun mendahului pada masa tambahan. Habis je perlawanan aku terus balik. Taknak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Masa ni lah mesej dan panggilan daripada kawan-kawan masuk. Semuanya aku biarkan. 'NO COMMENT' jawabku. Hahahahaha.....
Yang pastinya aku tetap menyokong pasukan bola sepak Kelantan...Perjuangan masih panjang.Masih ada lagi Piala Malaysia dan persaingan untuk kejuaraan Liga Super. Insyaallah,aku akan tetap hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan kawasan sekitar untuk memberikan sokongan. Aku akan buktikan bahawa kami adalah penyokong yang berdisiplin dan bermaruah. Terima kasih untuk Tan Sri Annuar Musa yang berjaya membawa angin perubahan dalam iklim bolas epak Kelantan,walaupun terdapat bendera parti politik 'hijau bulan' yang 'menerangi' stadium pada malam itu...aku tetap 'gomo kelate gomo'.

19 April, 2009

SELAMAT PULANG MAMA,ADAM,WANI DAN RAYYAN

Selamat pulang Mama, Adam,Adik Wani dan Adik Rayyan. Hari ini mereka semua kembali ke rumah kami di Ampang. Gembira? Memang aku gembira sangat. Abang Adam paling seronok dapat balik ke sini. Maklumlah dah lama mainannya tak berusik. Adik Wani pun sama. Rayyan tidur je. Abang Adam nampaknya terpaksa la cuti persekolahnya kat Tampin.

Alhamdulillah....

Akhirnya pasukan bola sepak Kelantan berjaya membuktikan kehebatan apabila berjaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan semalam. Kehadiran penyokong yang boleh dikatakan agak ramai juga memberikan impak yang besar kepada pemain. Sepanjang lebuh raya PLUS ke Seremban semalam aku lihat para penyokong Kelantan begitu bersemangat sambil memakai jersi merah. Aku semalam pun bertolak agak lewat juga. Kadir dengan kawannya pun ada juga. Kami bergerak sekali cuma apabila balik aku terus ke Tampin. Tahniah juga untuk penyokong Negeri Sembilan yang begitu 'sporting'. Sepanjang permainan berlangsung tiada insiden yang boleh dikatakan agak kritikal. Sorak - menyorak itu adalah perkara biasa sewaktu perlawanan bola sepak.
Apa yang pasti,penyokong cukup berpuas hati dengan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir nanti. Kehadiran penyokong import dalam kalangan warga negro juga memeriahkan suasana. Cuma apa yang aku kesalkan terdapat bendera parti politik yang berkibaran dalam kalangan ribuan penyokong Kelantan pada malam itu. Bukan apa,aku rasakan suasana itu begitu kontras dengan apa yang cuba ditonjolkan oleh bendera parti politik itu. Yang mengibarkannya pula terpekik terlolong sambil mengeluarkan kata - kata yang kurang enak didengari,tambahan pula dengan tingkah laku yang boleh merosakkan imej parti tersebut. Yang pastinya perkara itu sudah dianggap biasa dan bukan merupakan satu kesalahan. Kesalahan itu cuma dari segi moral sahaja. Bermacam ragam penyokong yang dapat aku saksikan semalam. Baik penyokong cilik mahu pun yang bergelar warga emas. Matlamat mereka sama cuma cara mereka menterjemahkan sokongan mereka itu. Aku dapat lihat bagaimana seorang pakcik merayakan pemain Kelantan, Norfarhan Mohammad menjaringkan gol pertama Kelantan. Warga emas itu dengan selamba melontarkan gelas minumannya ke arah padang. Bagi aku itu bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana cara itu dilihat agak kasar kerana perbuatannya itu disaksikan oleh kanak-kanak. Ini akan memberikan gambaran awal kepada kanak-kanak itu bahawa cara kita meraikan kejayaan adalah sebegitu sedangkan hakikatnya salah. Mereka inilah yang merosakkan imej penyokong-penyokong Kelantan yang lain.
Apa pun kami menunggu pasukan Selangor pada perlawanan akhir nanti yang dijadualkan berlangsung pada 25 April nanti di gelanggang pasukan Kelantan iaitu Stadium Nasional 'Darul Naim'. Insyaallah pada malam itu akan dapat disaksikan lautan penyokong 'The Red Warrior' akan memenuhi stadium.
GOMO KELATE GOMO

16 April, 2009

Kelantan vs Negeri Sembilan, Sabtu ni...

PERLAWANAN BOLASEPAK SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA F.A
18 APRIL 2009
KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN
STADIUM PAROI,SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN

PERINGATAN :

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENYOKONG SETIA THE RED WARRIOR AGAR DAPAT MENJAGA TINGKAH LAKU ANDA SEMUA. BUKTIKAN KITA ADALAH PENYOKONG SETIA YANG BERMARUAH.


GOMO KELATE GOMO

Letih sangat...

Assalamualaikum semua...penat sangat aku rasakan minggu ni. Pagi Isnin,setiap minggu aku akan bertolak dari Tampin untuk ke sekolah. Begitulah rutin aku sepanjang mama dan anak-anak ada kat kampung. Kehidupan aku kat sini rasa macam sedikit kekurangan. Bagi sesiapa yang mengenali aku secara rapat mesti sudah mengetahui tentang bagaimana kehidupan aku.
aku rasa seolah-olah macam mati kutu. Yelah,selalunya mama dan anak-anak sentiasa berada bersama aku...Memang aku rindukan mereka.
Kat sekolah pula macam biasalah. Sibuk dengan rutin harian. Semalam aku menghadiri mesyuarat ajk PIBG kat sekolah. Mengantuknya...aku pula terpaksa memaklumkan tentang kursus kepimpinan pengawas yang aku kena buat. Mulanya aku rancang nak buat pada 25 April nanti,sehari sebelum Sukan Sekolah. Setelah aku memaklumkan perkara itu dalam mesyuarat semalam ajk memutuskan untuk menunda kursus tersebut memandangkan terlalu hampir dengan acara sukan tersebut. Aku terpaksa akur. Ada masa lagi untuk aku mengemaskini kertas kerja dan pengurusan yang berkaitan dengan kursus itu.
Bukannya apa,kerana tahun ini aku mempunyai matlamat aku sendiri dalam karier aku sebagai seorang guru. Aku cuma mahu menumpukan perhatian untuk membentuk unit disiplin dan pengawas sekolah agar menjadi sebuah organisasi yang dapat membantu meningkatkan kualiti murid-murid aku. Sepuluh tahun aku di sekolah ini,aku rasakan impak kewujudan aku di sekolah ini tidaklah begitu besar. Aku inginkan sesuatu yang dapat memberikan aku kepuasan. Kepuasan dalam kerjaya aku sebagai seorang guru. Di sekolah ini aku cukup bertuah kerana dapat mengutip pengalaman demi pengalaman. Banyak benda yang dapat aku pelajari di sekolah ini. Betul! Semua itu memberikan aku panduan untuk memantapkan lagi karier aku.

10 April, 2009

Muhammad Rayyan Irsyad

Hari kedua Adam kat tadika
Rayyan

Rayyan



Peristiwa Hitam Bola Sepak Kelantan

Kebakaran yang tercetus di luar stadium.

Tan Sri Annuar Musa diberi penerangan oleh ketua pasukan Kelantan tentang situasi yang berlaku.

Pemain-pemain Negeri Sembilan di tengah padang.


Perbincangan antara pengadil perlawanan dan pengurusan KAFA.



Anggota FRU yang bertugas untuk mententeramkan keadaan.





08 April, 2009

PELBAGAI KEJUTAN BERLAKU

Assalamualaikum semua. Hari ini tajuk utama akhbar perdana menceritakan tentang keputusan pilihan raya di parlimen Bukit Gantang,DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Air. Apa yang ingin disentuh di sini ialah kekalahan calon BN di dua pilihan raya kecil iaitu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang menjadi aras penanda keutuhan UMNO yang menunjangi Barisan Nasional selama ini.
Apa yang jelas 'trend' pengundi ialah menolak calon BN tersebut. Mengikut apa yang saya fahami,golongan muda yang banyak menyumbang dan menjadi faktor kekalahan BN di dua kerusi tersebut. Sentimen 'Menteri Besar' Dr Ir Nizar Jamaluddin juga merupakan satu faktor yang tidak boleh dipandang mudah. Mungkin undi yang diberikan lebih bersifat simpati atas 'musibah' yang melanda kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Itu pandangan peribadi saya.
Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat begitu gembira dengan keputusan pilihan raya kecil ini. Baguslah...Saya banyak menerima mesej gurauan daripada kawan-kawan. Tak apa,itu tandanya saya masih diingati oleh kawan-kawan semua. Hahahaha....
Satu lagi isu yang menghangatkan keadaan hari ini ialah kekalahan pasukan bola sepak Kelantan dalam perlawanan separuh akhir Piala FA. Perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu itu berakhir dengan rusuhan pihak penyokong fanatik Kelantan yang sukar menerima kekalahan kali kedua dalam masa seminggu di tangan pasukan Negeri Sembilan. Apa lagi panas telinga saya menerima sindiran kawan-kawan. Mesej yang diterima pun bertalu-talu masuk. Hahahaha...Sejujurnya aku pun tidak bersetuju dengan perlakuan itu. Tindakan itu hanya akan membuatkan imej pasukan bola sepak Kelantan akan terus tercemar. Sedangkan sebelum ini umum sudah sedia maklum akan reputasi Kelantan yang sering dilabelkan pasukan yang suka mencari gaduh. Segala usaha untuk memartabatkan pasukan Kelantan sebagai pasukan profesional yang disegani mungkin terjejas dengan tindakan segelintir penyokong fanatik kita sendiri. Harapan penyokong terlalu tinggi sehinggakan pasukan bola kita tidak boleh tewas,itu yang membuatkan mereka hilang pertimbangan.
Jadi,apa yang penting adalah kewajaran dalam setiap tindak tanduk kita kerana setiap tindakan yang diambil oleh kita akan menentukan sebab dan akibatnya kepada kita. Berfikirlah dengan rasional dalam apa jua keputusan yang kita buat....................................