28 Mac, 2010

Ulang alik Senawang Ampang.

Hampir sebulan sudah aku berulang alik ke Ampang dari Senawang. Boleh tahan juga penatnya,terutama apabila melibatkan kos perjalanan yang terpaksa ditanggung. Setiap pagi aku bersama mama terpaksa keluar awal pagi. Selalunya kami akan sampai ke rumah dalam pukul enam petang. Itu pun kalau aku balik bersama mama,kalau tak dalam pukul dua petang aku dah balik rumah. Kalau aku terus bergegas pulang maknanya mama terpaksa menaiki komuter untuk pulang. Aku hanya akan menjemputnya di stesen komuter. Tetapi selalunya aku menunggu mama untuk pulang bersama kerana kalau sebolehnya aku tidak ingin menyusahkan mama... Sampaikan Adam dan Hawani dah pandai merungut mengatakan kami ni sibuk sangat. Pernah mereka bertanyakan kenapa kami pulan lambat kepada bibiknya. Yang paling kelakar ialah apabila mereka mengatakan yang kami ni nak tidur kat 'office' ke tak balik-balik lagi ni...hahaha....
Abang Adam pun sudah mula bersekolah di tadika berhampiran rumah kami. Hari pertama dia kat sekolah dia tertidur dalam kelas...hahaha,maklumlah malam tu dia tidur lewat. Adam ni sebenarnya budak yang bijak cuma dia banyak sangat helahnya. Kalau dia sedang buat kerja rumah punyalah 'slow' sampaikan mamanya bising. Dia dah tahu huruf-huruf tu,jadi dia main-mainlah. Tapi jika aku yang mengajarnya dia akan terus membuat kerja rumahnya itu...aku sememangnya garang,bukan apa...sekurang-kurangnya Adam akan mengingati saat kegarangan aku nanti. Adamkan anak sulung,jadi dia perlu tabah untuk menjadi conth yang terbaik untuk adik-adiknya nanti. Sekarang pun Hawani dan Rayyan mempunyai motivasi untuk belajar apabila melihat Abang Adam sedang belajar. Hawani misalnya beria-ia menyuruh mamanya menghantarnya ke sekolah. Rayyan pun sama,mesti sibuk nak pegang pensil dan melakar kat kertas macam abang dan kakaknya...

19 Mac, 2010

Pengalaman menjadi guru pelatih

Minggu lepas aku melihat kembali gambar-gambar lama aku. Aku tersenyum sahaja apabila ternampak gambar-gambar sewaktu menjadi guru pelatih dahulu. Semuanya itu menjadi kenangan yang menarik dan berharga. Semuanya bermula apabila Lan menunjukkan gambar-gambar lama dalam simpanannya...hahaha. Aku dengan Lan ni memang dah berkawan agak lama,semenjak zaman maktab,menjalani latihan praktikum bersama-sama hinggalah ditempatkan di sekolah yang sama untuk mengajar.
Pengalaman pertama menjalani praktikum,masa tu dipanggil ROS (Rancangan Orientasi Sekolalah). Sekolahnya ialah SK Klian Intan,Grik,Perak. Kami ditempatkan di situ selama hampir sebulan. Objektifnya ialah untuk mendedahkan kami semua dengan suasana persekolahan. Kalau tak silap aku dalam tahun awal 1997.
Aku,Pade dan beberapa orang lagi kawan menaiki bas dari Gelugor,Pulau Pinang menuju ke Grik kerana kebanyakannya ditempatkan di Grik. Bayangkan dengan membawa beg dengan menaiki bas...hmmm... Aku sempat bermalam di Baling sementara menunggu bas ke Grik. Lan pula menaiki van yang disewa oleh rakan-rakan lain. Sampai di sekolah SK Klian Intan aku disambut oleh tukang kebun sekolah itu. Maaf,namanya aku sudah lupa. Setelah menunggu beberapa lama,Lan pun sampai.
Hampir sebulan aku dan Lan menginap di surau sekolah kerana sukar untuk mencari penginapan yang sesuai dalam tempoh sesingkat sebulan ini. Guru-guru yang bujang tinggal di kuarters di Pengkalan Hulu. Guru pelatih perempuan bernasib baik kerana ada guru yang bujang tinggal berhampiran sekolah. Kami semua seramai empat orang,dua lelaki dan dua perempuan. Kawan-kawan yang lain semuanya ada di sekolah yang berhampiran.
Hampir sebulan jugalah aku terpaksa berjalan ke tepi jalan raya untuk mencari kedai makan pada waktu petang,maklumlah kawasan ini terpencil sikit. Pantang ada masa aku mesti ke Grik atau Pengkalan Hulu untuk berjumpa kawan-kawan. Hari minggu aku akan pulang ke Kelantan kerana jaraknya hanya tiga jam sahaja.....menaiki bas tu...memang pengalaman yang menarik. Saat menunggu untuk menaiki bas yang kami gelar 'bas Israel'...hahaha.
Banyak pengalaman yang dapat aku dan Lan kutip di sini. Guru Besarnya baik. Beliau sentiasa memberikan peluang untuk kami mengambil sebanyak mungkin pengalaman di sekolah ini. Guru-gurunya juga sentiasa memberikan kami ruang untuk meraih sebanyak mungkin pengalaman yang diperlukan.
Itu hanya pengalaman berdasarkan sewaktu menjalani praktikum di SK Klian Intan bersama Lan....pengalaman pertama sewaktu berpraktikum,banayak lagi sebenarnya kisah-kisah selama sebulan aku di sana....cuma gambar-gambar belum sempat untuk aku uploadkan....insyaallah....

18 Mac, 2010

UCAPAN UNTUK MAMA

MAMA,
SEBELUM TERLUPA,AYAH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA.....saje je ayah nak ucap lewat sikit....kasi 'suspen' sikit....terima kasih atas sokongan dan kepercayaan mama terhadap ayah. Terima kasih kerana menjaga dan menyayangi ayah dan anak-anak kita...Sebelum terlupa 'happy birthday' Rayyan....

Pemuda UMNO Machang





08 Mac, 2010

masa hari guru 2009


israq,midon,aku...rose,efa (depan)

nak tergelak...

Aku cuma terfikir tentang sikap sesetengah manusia dalam masyarakat kita ini. Rupanya banyak jenis manusia yang ada di sekeliling kita. Aku tidak pernah peduli tentang itu semua sebelum ini. aku hanya memerhatikan sahaja setiap tingkah laku mereka ini.
Cuma kebelakangan ini sahaja aku merasakan mereka ini ada kaitan dengan 'laluan' hidup aku. Dalam aku menuju destinasi hidup aku,mereka-mereka ini,iaitu jenis-jenis manusia tadi cuba untuk 'terlibat' dalam kembara hidup aku....aku tertanya-tanya sendirian,siapakah mereka ini? Apakah motif mereka cuba untuk menyelinap masuk dalam kotak pemikiran aku? Adakah mereka berhak untuk memikirkan tentang aku? Apakah yang mereka dapat ketika cuba untuk mengisi kembara hidup aku?
Itulah lumrah kehidupan ini. Kita hidup dalam satu masyarakat yang sentiasa dilinkungi dengan pelbagai jenis 'cobaan'. Cuma kita kenal pasti adakah ianya 'cobaan' yang membina,mematangkan atau 'cobaan' yang akan membawa kita ke arah kehancuran.
Sejujurnya,aku tidak menyangka akan terlibat dengan manusia yang pelbagai jenis dan ragam ini. Mungkin sebelum ini aku sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang jujur dan ikhlas.... aku kata mungkin,dalam hati siapa tahukan? Ingatan ini sentiasa dalam hati aku....KADANGKALA ORANG YANG MEMBANTU KITA,BAIK DENGAN KITA,SENTIASA BERSAMA KITA belum PASTI MAHU MELIHAT KITA BERJAYA....mungkin MEREKA INI SENTIASA MENDAMPINGI KITA UNTUK MEMASTIKAN KITA AKAN JATUH 'TERSUNGKUR'...
atau adakah aku sekarang ini terlalu curiga dengan persekitaran???? hahahahaha.....pengalaman..............,mungkin yang menjadikan aku sebegini...