25 Mei, 2011

sekarang....aku di SJK(C) Pei Hwa,Pedas.

Hampir setengah tahun telah berlalu. Minggu depan sekoalh akan mula bercuti. Sekarang murid tengah menghadapi peperiksaan. Ini ialah kali pertama aku akan menghadapi peperiksaan di sekolah baru,iaitu SJK(C) Pei Hwa,Pedas. Banyak perkara baru yang aku pelajari di sini. Tambahan pula sekolah ini dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Guru pula hanaylah seramai 10 orang termasuk pentadbir. Lelaki??? Hanya aku dan seorang lagi guru GSTT. Hmmmm....................satu pengalaman baharu.....
Aku dapat mempelajari tentang bagaimana untuk mendidik pelajar-pelajar yang kurang memahami bahasa Melayu dengan baik. Mereka semua ini lebih kurang sama sahaja dengan murid-murid di sekolah kebangsaan malah lagi hebat kerana masa belajar yang lebih. Murid-murid tahap dua akan belajar di waktu petang selepas tamat waktu persekolahan malah mereka ini juga boleh dikatakan bersemangat untuk menuntut ilmu. Cuma,dalam pembelajaran bahasa Melayu mereka agak ketinggalan sedikit. Ini mungkin kerana mereka dapat mengeja perkataan tersebut cuma tidak memahami dengan sebaiknya makna perkataan tersebut.
Walaupun sekolah ini adalah sekolah jenis kebangsaan cina tetapi sekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang hampir sama dengan bangsa-bangsa lain malah dalam tahun 3,murid Cina hanyalah 2 orang sahaja berbanding bilangan murid dalam kelas itu,15 orang. Sekolah ini mempunyai berbilang bangsa,Cina,Melayu,India,dan juga Orang Asli.