21 Oktober, 2013

LADAP FROG DI SK JIMAH

Asalamualaikum w.b.t.....hari ni ada LADAP untuk Frog pula. Bolehlah.... Berada di Jimah ni membuatkan aku sesak nafas......

01 April, 2013

Masa itu emas.

Assalamualaikum w.b.t......lamanya tidak menulis. Rindu sangat nak berkongsi tentang sesuatu rasa. Kan? Dah hampir dua tahun aku berada di sini.......N9..... Banyak memori yang mungkin menoktahkan perjalanan kejidupan ini.

30 Julai, 2012

Ramadan ini.

Sudah masuk 10 Ramadan hari ini. Alhamdulillah masih sempat merasai suasana Ramadan tahun ini. Abang Adam dan adik-adiknya demam hari ni. Abang Adam dah tinggal puasa setakat hari ini da masuk empat hari...hmmm...
Kehidupan kami sekeluarga setakat ni alhamdulilla. Tetapi masih belum berkesempatan untuk pulang berbuka di kampung. Raya pun mungkin di sini saja...

18 Jun, 2012

cuti Israq Mikraj....pergi kebun

 
     
Hari ni sempat pergi kebun mama...

Sambutan hari guru kat Sk Jimah 2012

Ini adalah gambar sewaktu sambutan hari guru kat Sk Jimah. Terima kasih kepada semua...

Rindunya nak menulis...

Assalamualaikum semua....lama betul aku tidak menulis dalam blog ini. Banyak perkara yang aku nak kongsikan tetapi ambil masa sedikit. Maklumlah,dah lama sangat tak menulis.
Sekarang mungkin sibuk dengan persediaan hari sukan sekolah. Benda baharu bagi aku. Selama ini hanya membantu sahaja,sekarang nak kena pastikan ianya berjalan dengan lancar.
Sekarang juga mus Euro...aku pun tak terkecuali walau tiada pasukan kegemaran. Minatlah katakan...
Politik? Masih berminat lagi...saja menyibukkan diri dalam aktiviti pengundi luar bagi parlimen Machang.

27 Januari, 2012

Sekolah baru lagi....

Assalamualaikum w.b.t,
Sekolah baru lagi???? Ya,aku sekarang kat sekolah baru lagi. Jika enam bulan pertama dalam tahun 2011 aku mengajar kat SJK (C) Pei Hwa,Pedas,sekarang aku mengajar kat SK Jimah bermula bulan Jun 2011 sehingga saat ini. Sekolah ini terletak dalam PPD Port Dickson tetapi berhampiran dengan Seremban je. Sekolah ni sama juga macam Pei Hwa, Sekolah Kurang Murid (SKM). Maknanya,kurang meriah dalam segi bilangan murid.
Kiranya aku dah dua buah sekolah dalam tempoh setahun lebih di Negeri Sembilan ini. Kiranya macam menambah pengalaman baru la ni.

26 Januari, 2012

Assalamualaikum.wbt..................

Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar semua? Maaflah sebab lama sangat tidak mengemaskini blog ini. Tiada ruang masa yang betul-betul ada untuk menulis sepatah dua. Pelikkan? Masa amat terhad ditambah pula dengan proses penyesuaian diri dalam menghadapi situasi yang sentiasa memerlukan tumpuan berlebihan. Tapi bak kata pepatah kalau hendak seribu daya,kalau tak hendak tu macam-macam alasan yang kita boleh bagi....hahahaha...
Apa yang terkini ya??? ya,yang terkini ialah aku sekarang sudah memiliki lima orang anak. Hmmm,cepatnya masa berlalu dan abang Adam pun sudah memasuki darjah satu. Mungkin aku boleh berkongsi tentang pengalaman abang Adam nanti.........

15 September, 2011

Raya lagi ke???

Assalamualaikum semua...terlalu lama masa yang aku ambil untuk menulis dalam blog aku ni. apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan dan juga jutaan ampun dan maaf kepadasemua atas sebarang kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan kepada semua.
Memang aku akui banyak kesilapan yang aku lakukan dalam hidup ini. Semua itu memberikan aku pengalaman yang berguna sebenarnya. Melalui pengalaman seperti itu banyak mengajar aku erti kehidupan. Kehidupan yang pada mulanya aku anggapkan begitu ramai yang menyokong aku tetapi sebenarnya aku lupa hakikat kehidupan. Ya...hakikatnya kita masing-masing sebenarnya dalam menuju destinasi hidup masing-masing. mungkin itulah sebenarnya yang merencatkan perjalanan hidup aku. Aku tidak berfikir sebagaimana orang lain. Terlalu jujur dalam kehidupan...

04 Jun, 2011

25 Mei, 2011

sekarang....aku di SJK(C) Pei Hwa,Pedas.

Hampir setengah tahun telah berlalu. Minggu depan sekoalh akan mula bercuti. Sekarang murid tengah menghadapi peperiksaan. Ini ialah kali pertama aku akan menghadapi peperiksaan di sekolah baru,iaitu SJK(C) Pei Hwa,Pedas. Banyak perkara baru yang aku pelajari di sini. Tambahan pula sekolah ini dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Guru pula hanaylah seramai 10 orang termasuk pentadbir. Lelaki??? Hanya aku dan seorang lagi guru GSTT. Hmmmm....................satu pengalaman baharu.....
Aku dapat mempelajari tentang bagaimana untuk mendidik pelajar-pelajar yang kurang memahami bahasa Melayu dengan baik. Mereka semua ini lebih kurang sama sahaja dengan murid-murid di sekolah kebangsaan malah lagi hebat kerana masa belajar yang lebih. Murid-murid tahap dua akan belajar di waktu petang selepas tamat waktu persekolahan malah mereka ini juga boleh dikatakan bersemangat untuk menuntut ilmu. Cuma,dalam pembelajaran bahasa Melayu mereka agak ketinggalan sedikit. Ini mungkin kerana mereka dapat mengeja perkataan tersebut cuma tidak memahami dengan sebaiknya makna perkataan tersebut.
Walaupun sekolah ini adalah sekolah jenis kebangsaan cina tetapi sekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang hampir sama dengan bangsa-bangsa lain malah dalam tahun 3,murid Cina hanyalah 2 orang sahaja berbanding bilangan murid dalam kelas itu,15 orang. Sekolah ini mempunyai berbilang bangsa,Cina,Melayu,India,dan juga Orang Asli.

27 Mac, 2011

gambar-gambar kenangan

hahahaha... bersama Lan....
jamuan akhir tahun 6 2010 yang lalu....................
red warrior's mache..........................
bersama Nik,Mat Qori,dan Kucai....
bersama Mama....

13 Mac, 2011

Pertama di 2011

Terlalu lama aku terlepas pandang blog aku ini. Bukan tidak mahu mencoretkan sesuatu tetapi begitu banyak kekangan yang perlu aku lalui untuk menulisnya,jadi aku terpaksa membiarkannya. Dalam tempoh itu terlalu banyak yang berlaku pada diri aku,hampir berubah keseluruhan rutin aku kebelakangan ini.
Aku sebenarnya telah membina kehidupan baru di tempat yang baru bagi ku...aku bukan lagi di Tasek Permai. Aku sekarang mengajar di SJK (C) Pei Hwa,Pedas,Negeri Sembilan............ Dua bulan di sana banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang pernah aku lalui dahulu....maklumlah sekolah surang murid(skm)....Insyaallah aku akan coretkan tentang pengalaman aku di tempat baru ini....
Semalam Kelantan kalah 2-0 dengan pasukan Pahang. Kekalahan pertama Kelantan bagi musim 2011....apa yang berlaku....????

23 November, 2010

penat,letih dan mengantuk tetapi..................

Hampir dua bulan lamanya aku tidak berkongsi rasa dalam blog ini,bukan apa sebenarnya cuma terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini dan masa yang berlalu dengan begitu pantas tanpa aku terasa. Sedar tak sedar pun anak perempuan aku yang baru lahir pun sudah hampir berusia dua bulan... Yasmine...itulah namanya....
Banyak pengalaman hidup yang dapat aku kutip semenjak dua menjak ini. Semuanya memberikan aku pengajaran dan pengalaman yang berguna. Aku juga akan memulakan fasa baru dalam hidup aku. Ya, fasa baru apabila aku akan memulakan sessi persekolahan tahun 2011 di sekolah baru. Aku akan meninggalkan SK Tasek Permai yang telah banyak mengajar aku tentang proses kehidupan...hampir sebelas tahun aku di situ.....terlalu banyak yang aku perolehi di situ. Terlalu banyak..............cepatnya sebelas tahun berlalu. Sudah tiba masanya untuk aku pula beralih dari Tasek Permai. Siapa sangka yang aku akan meninggalkan SK Tasek Permai kerana aku pernah mengatakan bahawa aku akan setia di situ sehinggalah aku ditukarkan. Itulah yang dikatakan ketentuan Tuhan. Sekarang yang tinggal di situ hanyalah Lan,Nik sahaja yang merupakan satu 'badge' dengan aku...yang lain-lain tu merupakan guru-guru yang datang secara berperingkat.
Terlalu banyak memori yang terkumpul selama sebelas tahun aku di sana. Semua telah aku laluinya..... Insyaallah ada masa nanti aku akan coretkan semuanya.....di mana di situlah aku bermula segala-galanya...

01 November, 2010

Alhamdulillah.

Alhamdulillah akhirnya pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010....dan juga tidak lupa kepada mama,selamat kembali bekerja....

28 September, 2010

Apa khabar semua??

Minta maaf kerana lama sangat tidak menulis dalam blog aku ini. Banyak sangat perkara yang perlu dilalui oleh diri aku kebelakangan ini. Aku rasakan jiwa aku sudah tidak ada di SK Tasek Permai. Aku hanya bekerja untuk menghalalkan gaji aku dan untuk murid-murid kesayangan aku 4 Zuhrah. Selain daripada itu tiada apa yang menarik untuk aku. Mungkin jarak perjalanan yang jauh telah membuatkan motivasi aku semakin berkurangan. Aku berharap sangat agar aku dapat bertukar ke Negeri Sembilan pada tahun depan. Sudah terlalu lama aku tidak menggunakan 'skill' aku dalam bidang pendidikan. Mungkin faktor persekitaran yang membuatkan 'kreativiti' aku terbantut.......................................

19 Ogos, 2010

Selamat datang Ramadan


Hari ini hari ke-9 kita semua berpuasa. Tahun ini Adam sudah mula berpuasa. Bermacam karenah dia sewaktu menjalani ibadah berpuasa. Rasanya Adam dah berpuasa penuh selama enam hari sehingga ke hari ini. Kasihan juga kat dia tetapi Adam bermotivasi untuk berpuasa. Godaannya ialah adik-adiknya. Yang kelakarnya masa hari kedua,Adam makan biskut 'chipsmore' setelah melihat adik Wani dan Rayyan sedang makan biskut tersebut. Lapar katanya.
Orang yang paling bising tentulah mama yang akan memantau Adam. Mama banyak memberikan galakan kepada Adam,aku cuma memberikan sokongan aje. Tapi aku tahu yang Adam boleh melaluinya.
Adam juga sanggup untuk bangun bersama-sama untuk bersahur. Kalau ditanya padanya nak bersahur atau tak,pantas je menjawab "Adam nak puasa".....
Cuma kelmarin dia berpuasa tetapi terpaksa berbuka bersama bibiknya sahaja kerana aku pulang agak lewat ke rumah. Aku lewat kerana kereta aku lambat siap setelah dibaiki. Aku bersama mama terpaksa berbuka dalam perjalanan sahaja.

Bengkel Persatuan dan Kelab SKTP

sebelum memberikan ceramah. aku terpaksa menggantikan cikgu azelan yang bercuti....bidan terjun la tu....

sedang memberikan ceramah.

sedang berbincang bersama penyelaras,gpk...

murid-murid tahun enam tekun mendengar ceramah.

bersama Ikram....