10 September, 2008
10 ramadan
assalamualaikum semua.....sedar tak sedar kita sudah berjaya menempuhi 1/3 bulan puasa.bagaimana pengisian kita semua?itu terpulang la pada individu itu sendiri.kebelakangan ini timbul pula isu 'rasis' atau perkauman.buka je akhbar mesti kes seorang pemimpin bahagian di pulau pinang yang menjadi topik hangat.beliau dikatakan telah mengguris hati kaum lain di negara kita.begitu teruk beliau dihentam,dikritik.....seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan yang tidak boleh diampun lagi hinggakan ada cadangan untuk menarik balik anugerah kebesaran yang telah dikurniakan sebelum ini.beliau juga kemungkinan besar akan menghadapi tindakan disiplin parti yang dianggotainya.begitu sekali penangannya akibat 'menyentuh' sensitiviti orang lain.kalau orang lain yang 'menyentuh' sensitiviti kita,apakah agaknya tindakan kita dan pemimpin2 kita? dalam kesibukan seharian,kadang kala kita lupa pada bangsa kita yang masih lagi memerlukan bimbingan untuk terus berjaya.kita dibuai dengan beberapa kejayaan yang pernah dikecapi tetapi terlupa yang bangsa lain terus mencipta kejayaan.jangan lupa pada sejarah tamadun bangsa yang kita mungkin akan kehilangan 'nikmat' kehidupan kita sekiranya masih lagi alpa dan lupa pada perjuangan bangsa kita.sudah sampai masanya kita mengenepikan ideologi politik yang berbeza ntuk kesejahteraan anak bangsa kita yang semakin hanyut dengan arus kemodenan yang boleh mengakibatkan kehilangan jati diri dan identiti bangsa MELAYU.kaum lain perlu tetap dihormati sebagaimana kebiasaan kita, cuma kita perlu lebih menghargai bangsa kita.
ingatlah keharmonian yang telah kita kecapi sekian lama ini.janganlah disebabkan kepentingan masing-masing kita terpaksa membayarnya dengan 'ketidakharonian' pada negara.INGATLAH akan hak anak-anak kita dan seterusnya generasi akan datang.mereka berhak untuk menikmati kesenangan yang telah kita kecapi selama ini.renungkanlah bersama.....

08 September, 2008
di bulan puasa
assalamualaikum....hari ni dah 8 hari kita berpuasa.minggu ni aku ngan family balik tampin.sempat la terawih kat sana.adam sungguh seronok dpt balik sana.maklumlah pertama puasa hari tu aku balik kelantan.adam ngan wani syok je kat kg.adam sampaikan aku ngan mama keluar tampin pun taknak ikut....adam ni lg satu cukup bijak.telatahnya memang menghiburkan.adik wani pun satu,suka usik abangnya.wani cukup suka ambil mainan abangnya,pastu mulalah dia lari kat aku atau mamanya.....adam pun dah pandai macam2,spt kemas mainan dia,tolong aku ambil mcm2 dan bnyk lagi lah....masa kat kelantan hari tu siap taknak ikut aku balik kl tu.seronok sangat kat rumah cik long dia....
tentang isu yg dbincangkan kat ruangan chat sebelah ni,terpulang pada individu itu.memang setiap kita ada membuat silap cuma yang penting kehendak untuk berubah tu.....sebabnya senang sahaja iaitu tiada sesiapa yang ingin melihat orang lain derita walaupun mungkin ada setengah2 tindakan yg dilakukan membuatkan mereka2 itu menderita.paling penting niat kita.....nak berubah ke tak?kadang kala apa yg telah ditetapkan oleh tuhan itu adalah yg terbaik buat kita dalam kehidupan ini.setiap apa yang berlaku ada hikmahya....cuma masa yang menentukan untuk kita menyedari hikmah yg akan kita perolehi nanti......renungkanlah.

04 September, 2008
kehidupan ini
hai...30 ogos lepas adalah kelas aku yang terakhir untuk semester ni.kira skrg tunggu final exam la.hari tu aku ngan group aku kena pentaskan drama bangsawan 'raja bersiong'.aku sebenarnya tak berapa hafal skrip tu,kelam kabut la jugak sebenarnya....mcm biasa la,dah lepas tu drama tu mesti rasa boleh buat lagi baik kalau hafal skrip.group lain pun tunggang langgang gak cuma kebanyakan mereka menghafal skrip tersebut.
bila dah hampir nak habis belajar ni rasa mcm sedih pulak.maklumlah dah hampir 3 tahun waktu mlm aku sentiasa terkejar-kejar,mcm tak cukup waktu.skrg bulan puasa takde la rasa sangat.....sedar tak sedar dah 3 tahun....banyak benda yang aku tempuhi dan pelajari sepanjang tempoh itu.semua itu adalah pengalaman yang berguna untuk meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti.cuma yg masih menggangu feel aku ialah assigment yg belum siap....hahaha....
lepas ni aku kena fikirkan perjalanan hidup aku bersama2 mama,anak2.perjalanan yang menuju destinasi kebahagian....ini baru merupakan beberapa babak dalam kehidupan aku dan yang pasti banyak lagi babak2 lain dalam hidup ini yang aku harus tempuhi....
kehidupan seorang guru?mcm biasa la dgn rutin harian.mengajar,mendidik,kerja murid,periksa...dan segalanya yang berkaitan...bila dah biasa ngan budaya seorang guru kita takkan terasa kepenatan itu.
cuma yang pasti kita hendaklah sentiasa merencanakan kehidupan kita seiring dengan impian kita...impian bersama dgn mama,adam,hawani,baby,baby,baby...........
selamat berpuasa dan berterawih....kpd member kat ruangan 'chat' tu,teruskan dgn perbincangan anda...gunakan ruangan tersebut dgn sebaik mungkin..........jumpa lg.....

Langgan:
Ulasan (Atom)