12 Mei, 2009

Situasi Politik Sekarang

Situasi politik yang berlaku sekarang amat rumit. Apa sahaja tindakan oleh kerajaan Barisan Nasional akan dianggap sebagai 'gimik' untuk menarik perhatian sahaja. Sebetulnya apa yang berlaku sekarang ialah akibat kelemahan daripada Barisan Nasional khususnya UMNO itu sendiri. Bukan apa,aku merasa begitu terpanggil untuk mencoretkan apa yang aku rasa kebelakangan ini. Perasaan yang tidak senang apabila melihat kerajaan 'Barisan Nasional' yang ditunjangi oleh Umno sering menjadi bahan kritikan dan sasaran cemuhan oleh segolongan yang kononnya mewakili majoriti rakyat Malaysia. Aku cuma merasakan tahap kebencian mereka kepada pihak Umno seolah-olah Umno itu suatu pihak yang langsung tiada kebaikannya. Yang peliknya tindakan mereka itu pula dikatakan sebagai rasional dan dipersetujui oleh rakyat. Kadang kala rakyat mendapat gambaran yang tidak tepat. Di sinilah kelemahan Umno,tiada tindakan susulan dan tiada keinginan untuk menjelaskan situasi yang berlaku. Mereka hanya membiarkan sahaja sesuatu isu itu berlarutan dan mahukan rakyat dapat memahami sesuatu yang terjadi itu secara sendirinya.
Umno juga sudah terlalu selesa dan membiarkan apa sahaja yang berlaku itu. Aku teringat tentang kata-kata ini " SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA,...BIARKAN,BIARKAN"......Siapakah Si Luncai dan apakah bendanya labu yang dibawanya itu? Mungkin ada yang mengatakan aku ini terlalu menyanjung 'UMNO'.......Biarkan kerana aku tahu kesalahan yang ada sekarang adalah kesilapan segelintir yang dilakukan oleh ahli-ahli Umno sahaja. Bukanlah perjuangan PAS itu tidak elok tetapi mereka pun ahli politik juga dan aku akui dasar perjuangan mereka sememangnya murni. Dato' Seri Najib juga telah memberikan peringatan bahawa kita tidak boleh lagi bernostalgia dalam memperjuangkan Umno....yang penting patut tahu tindakan yang sewajarnya untuk kebaikan rakyat.
Dalam keadaan sekarang Umno lebih dilihat bersendirian sahaja. Bukan hendak mempertikaikan rakan-rakan dalam komponen tetapi apabila Umno lemah secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada Barisan Nasional. Dan yang lebih membuatkan aku terasa ialah dalam keadaan sekarang,disaat kita memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi ada juga yang cuba mengambil kesempatan dengan meminta apa sahaja yang diingini sedangkan sebelum ini memberikan sokongan yang kononnya tidak berbelah bagi. Dimanakah keikhlasan dalam perjuangan? Kita juga boleh menilai hati kita dimanakah kedudukan kita sekarang?
Bagi aku kita perlulah menyayangi diri sendiri dahulu barulah kita boleh membantu orang lain. Apa yang berlaku sekarang ialah kita menolong orang lain dahulu sedangkan kita tidak tahu hati budi orang yang kita tolong itu. Adakah mereka dapat menolong kita sekiranya kita berada dalam situasi yang sama? Tengoklah dalam bidang perniagaan....FIKIRLAH.... Mungkin tulisan aku ni nampak macam beremosi sikit tetapi itulah apa yang aku rasakan. Aku begitu sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Aku akui yang aku sedikit tersentuh dan begitu sayu selepas
Pilihan Raya ke 12 lalu....

11 Mei, 2009

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU UNTUK CIK DAN MAK dan untuk semua ibu-ibu di Malaysia.

09 Mei, 2009

Rayyan


Rayyan
Rayyan

Macam-macam Yang Berlaku

Assalamualaikum w.b.t. Hampir dua minggu aku tidak menulis dalam blog aku ni. Sepanjang dua minggu ni pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup aku sekeluarga.
Cuti 1 Mei minggu lepas aku pulang ke kampung,Kelantan. Hampir 4 hari juga aku kat sana. Lama betul rasanya aku tak pulang ke kampung. Sempat la juga aku jumpa kawan-kawan,cikgu aku kat sekolah menengah dulu. Kira berbaloi la juga aku balik kampung kali ini. Aku juga sempat membuat kenduri cukur jambul Rayyan kat rumah neneknya hari tu. Kenduri kecil je,ambil syarat buat kat kampung. Aku juga sempat menziarah kubur arwah abah aku. Hmmmm....kejap je masa berlalukan?
Adam yang tidak sabar untuk pulang ke Kelantan hari tu. Lepas maghrib malam tu dia dah bising-bising tanya bila nak balik kampung. Adam dengan Hawani seronok betul jumpa sepupu dia orang,siap dapat mandi kolam rumah Cik Long lagi. Adik Wani sampai tak mahu naik, "nak mandi lagi",katanya. Abang Adam pula senang je. Sejuk kot. Adik Rayyan pula tak banyak ragam,ok je sepanjang perjalanan pulang dan juga semasa berda kat sana. Cuma mama je yang tak sempat nak 'shopping' kat pasar borong Wakaf Che Yeh. Nanti la mama...
Rumah Abang pun dah siap. Boleh tahan juga la 'design' rumahnya. Menarik. Cuma aku tak sempat nak ambil gambar hari tu. Mama cukup berkenan dengan reka bentuk dan ruang dalaman rumah Abang tu. Aku pun tertarik juga. Memang cantik. Hmmm...bila aku dapat hadiahkan mama rumah yang cantik macam tu ye...hehehehehe. Sabar mama....insyaallah. Kak Long biasa la sibuk dengan 'bisnes' dia. Abang Long pula dengan klinik dia. Kadang-kadang aku kagum juga dengan cara mereka menambah aset mereka. Tak termampu aku rasakan. Tetapi berbaloi dengan apa yang mereka dapatkan? Aku juga yang 'sesak'. Hahahahahaha...
Aku juga baru lepas mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas pada 29 April hari tu. Alhamdulillah,akhirnya selesailah juga satu program daripada unit aku iaitu pengawas dan disiplin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu terutama kepada bos aku iaitu Puan Guru Besar,GPK HEM,GPK KOKU dan fasilitator. Lega rasanya dapat menyelesaikan program tu walaupun hanya berlangsung sehari bermula dari pagi hingga ke petang. Yang penting aku dapat mengadakan program tersebut kerana tahun lepas aku tidak menjalankan kursus ini untuk pengawas-pengawas semua. UBK juga banyak membantu. Semasa nak menjayakan program ini aku dapat belajar banyak perkara. Walaupun tempoh masa sehari dan hanya dijalankan peringkat dalaman sahaja aku perlu pastikan ianya berjalan dengan lancar. Dan rupa-rupanya bukan senang untuk menguruskan sesuatu program di mana kita adalah penyelarasnya... Setiap perkara aku tidak boleh ambil mudah dan yang paling penting adalah kerjasama yang baik di antara setiap jawatan kuasa. Yang paling penting ialah jangan ambil mudah setiap perkara yang berlaku. Setiap apa yang berlaku atau terjadi aku hendaklah sentiasa mengambil tahu dan juga bos aku iaitu En.Jaapar dan GB aku hendaklah sentiasa dimaklumi. Apa yang pasti aku akan bertanggungjawab atas setiap tindakan yang aku ambil. Setiap keputusan yang aku buat hendaklah berdasarkan perbincangan aku bersama jawatan kuasa dan juga pentadbir. Itu baru peringkat dalaman. Tetapi yang pastinya kerjasama sesama rakan merupakan elemen penting untuk menjayakan sesuatu program dan alhamdulillah perkara itu (kerjasama) ada di SK TASEK PERMAI....... Semoga aku dan kawan-kawan dapat terus cemerlang di sini......