Ha...inilah buku untuk para suami di luar sana, "PIKATLAH HATIKU 30 BISIKAN HATI ISTERI" karya Dr. Hassan Mohd Ali. Buku ini hanyalah untuk bacaan tambahan sahaja buat suami-suami mithali seperti aku. hahaha...Aku dah habis membaca buku ini dan ianya bagus untuk dijadikan panduan kerana kadang-kala kita sebagai suami terlalai dan terlupa apa yang diinginkan oleh isteri kita. Ada juga bisikan-bisikan isteri di dalam buku ini adalah perkara biasa yang kadang-kala memang kita juga mengambil berat tentang perkara itu. Yang penting baca dan berilah apa sahaja yang mereka inginkan kerana itu dah sememangnya tanggungjawab kita...untuk MAMA,thanks a lots...mungkin ayah bukan suami dan ayah yang terbaik tetapi ayah akan cuba menjadi yang terbaik.
13 September, 2009
30 Bisikan Hati Isteri

Pelan Strategik
Aku tengah pening sebenarnya sekarang ni. Aku sedang berusaha untuk menyiapkan pelan strategik yang baru untuk sub-unit disiplin dan pengawas. Pelan strategik ini menggunakan format terkini yang perlu memasukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Ianya sebenarnya mudah tetapi memerlukan tumpuan dan kesungguhan kerana semua borang sudah ada dalam laptop ni...cuma aku je kot yang tidak boleh memberikan perhatian. Sub-unit SPBT yang diterajui oleh Pn.Nik dah lama menyiapkannya. Habis je meeting hari tu,keesokannya beliau sudah menyiapkannya...
12 September, 2009
Seteguh Tekad
Seteguh Tekad,sebuah autobiografi tentang Prof.Dr. Sidek Baba,seorang tokoh pendidik yang berjiwa besar ini. Aku sempat menghabiskan membaca buku ini dalam dua minggu lepas. Buku ini banyak menceritakan tentang liku-liku seorang budak kampung yang miskin dalam menempuhi pelbagai kepayahan sebelum berjaya. Paling menyentuh hati ialah sewaktu beliau terpaksa mengayuh basikal ke sekolah yang jaraknya mencecah 45 batu pergi balik. Bayangkan pengorbanan beliau...Beliau juga turut menyentuh tentang kesusahan beliau memahami pengajaran guru yang tidak dapat memahami masalah yang beliau hadapi. Bagi Prof. Dr. Sidek Baba,apa yang berlaku waktu itu adalah proses pemindahan maklumat tanpa beliau dapat mempelajari ilmu yang cuba disampaikan oleh guru tersebut. Lebih-lebih lagi bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Beliau pada waktu itu adalah budak kampung tanpa mempunyai asas dalam bahasa Inggeris pada ketika itu...Kesimpulannya,setiap kejayaan itu perlulah usaha yang berterusan dan semangat yang kuat.Tidak ada kejayaan tanpa perlu berusaha...
Dalam kesibukan ini...
Assalamualaikum semua... Agak lama aku tidak meluangkan masa untuk mencoretkan tentang apa yang berlaku pada aku semenjak kebelakangan ini. Bukannya apa,masa dan kekurangan kesempatan untuk aku mencatatkan sesuatu. Kalau nak diikutkan banyak perkara yang berlaku pada aku dalam tempoh hampir tiga minggu ini.
Sedar tak sedar sudah masuk hari yang ke 22 kita semua menjalani ibadah puasa...maknanya tak lama lagi kita akan berhari raya. Hmmm...tahun ini aku berhari raya kat Tampin dulu...Mungkin raya yang kedua atau ketiga baru pulang ke Kelantan. Aku juga tidak berkesempatan untuk pulang ke Kelantan untuk berpuasa bersama cik. Maaf. Semoga pengorbanan yang aku lakukan ini mendapat rahmatnya...Entahlah,susah untuk aku jelaskan...
Puasa tahun ini juga aku rasakan macam kurang sedikit tumpuan aku dalam hal ibadah ini. Aku rasakan macam aku penat sangat... Cuma aku berpuas hati apabila aku sempat berterawih dengan mama kat masjid. Maklumlah semenjak berkahwin,inilah pertama kali kami berpeluang menunaikan ibadah ini...Anak-anak? Bibik la yang jaga.
Sekolah? Tiada apa yang menarik cuma di bawah guru besar yang baru ini lebih fleksibel rasanya. Mungkin disebabkan pengalaman dan budi bicara beliau menjadikan corak pentadbirannya lebih disenangi. Pengalaman baru bagi kami semua...yang pasti aku akan tetap memberikan sokongan padu kepada barisan pentadbir.
Dalam situasi sekarang aku mungkin sudah dapat menyesuaikan diri tanpa kawan-kawan aku yang hebat dulu. Cuma sekali sekala aku mungkin menhubungi mereka,untuk minum dan bergelak ketawa. Macam baru-baru ini,aku ke Gombak untuk minum debgan Pudin. Dah lama aku tak jumpa beliau. Tiada apa cuma rasa macam dah terlalu lama aku tidak duduk semeja bersama kawan-kawan. Sebelum puasa hari tu pun aku sempat minum bersama Jai dan Israq kat Tesco Kajang. Kawan-kawan yang lain? Entahlah...ada masa aku akan menghubungi mereka. Masing-masing sibuk dengan tugas harian dan kehidupan mereka. Sesekali aku akan minum juga dengan Khalid,M.A di Hospital Ampang...
Mama juga hairan dengan aku kerana dua tiga minggu ni aku kerap keluar minum sehingga balik ke rumah pada pukul 2 atau 3 pagi...hahaha. Itulah caranya aku melepaskan kebosanan aku. Mungkin juga berkaitan peningkatan umur...kata kawan-kawan aku la. Macam krisis usia. Ada ke? Yang pasti aku memang tidak suka terperap lama-lama kat rumah tanpa melakukan sesuatu...Sebelum ini aku dikelilingi oleh penuh dengan kawan-kawan...
Sekarang aku banyak menghabiskan dengan membaca buku-buku yang berunsur ilmiah dan motivasi. Saja,untuk penuhkan masa aku. Aku juaga masih belum mencapai matlamat aku dalam bidang perguruan ini. Insyaallah...aku akan mencapainya,cuma mungkin bukan dalam jangka masa terdekat. Hanya diri kita yang mengetahui apa yang sebenarnya kita inginkan. Diri kita juga yang mengetahui sejauh mana kemampuan diri kita kerana tidak mungkin kita dapat menipu diri sendiri...

Langgan:
Ulasan (Atom)