24 September, 2008

penhujung ramadan

assalamualaikum...hari ni dah 24 ramadan.bermakna ada lebih kurang seminggu lagi untuk umat islam berpuasa dan seterusnya menyambut aidilfitri.tahun ni aku berhari raya di tampin dulu.raya kedua baru balik machang.tapi kalut la juga kerana isnin lepas raya tu aku ada final exam kat upm.mesti jem punya nanti masa nak datang kl.baju raya?untuk mama ngan adam serta hawani dah siap pun cuma ada sikit2 je lagi.alhamdulillah la sebab dapat menyediakan kelengkapan raya yang sepatutnya pada family aku.bukan apa,cuma dalam situasi ekonomi sekarang ni sebenarnya takut juga nak berbelanja lebih2.oh ya...fitrah mcm mana?aku dah bayar semalam.senang sikit,takut nanti terlupa.tahun ni juga merupakan kali pertama aku beraya tanpa abah.sedih juga la...al-fatihah.
di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan2 aku tidak kira di mana mereka berada....juga kepada mereka yang mengunjungi blog aku ini.selamat hari raya,maaf zahir batin...

16 September, 2008

16 september 2008-dalam kenangan

sambil membuat assigment semalam aku tertunggu-tunggu tarikh 16/9.bukan apa sebab sebelum ini tarikh ini diwar-warkan akan menjadi tarikh keramat peralihan kerajaan.mereka mahu berkongsi tarikh ini kerana tarikh ini sinonim dengan tarikh negara tercinta ini terbentuk bersama-sama dengan sabah dan sarawak.tambahan pula dengan situasi politik yang berlaku sekarang.bermula dengan kenyataan berbaur perkauman,penahanan ISA beberapa individu,bebarapa ahli pkr yg pergi ke taiwan,kenyataan muhyiddin dan akhirnya perletakan jawatan zaid ibrahim yang telah ditolak oleh pak lah.ini semua membuatkan aku tertunggu-tunggu tarikh ini.akhirnya tiada apa yg berlaku.itu yg kita nampak.yg tersirat tidak pula kita tahu.bermacam-macam komen atau pandangan yg dapat kita dengar tentang apa yg berlaku sekarang.semua ingin menyatakan pendapat masing-masing.maklumlah sekarang ramai yg berpendidikan tinggi.kalau boleh masing-masing ingin menunjukkan bahawa mereka ini adalah pejuang yang sejati.yang tahu masalah rakyat dan segala bentuk maslah lg.kita kadang kala terlupa tentang pengisian sebuah perjuangan.sesiapa saja boleh mengaku untuk menjadi pelindung rakyat.baik pihak kerajaan mahu pun pembangkang.tetapi sejauh manakah usaha yang dilakukan?sering kali kita hanya tahu menyalahkan pihak lain tanpa perlu muhasabah diri sendiri.adakah kita sudah cukup sempurna.ini adalah pandangan umum aku.masih adakah lg mereka yg ikhlas berjuang untuk bangsa,agama dan negara sekiranya tiada balasan yang setimpal.kita cuma perlu berfikir,apakah yg akan mereka dapat sekiranya seseorang itu berkuasa dan apa pula manfaatnya pada kita sebagai rakyat biasa?apakah kita sebagai individu rakyat malaysia telah menjalankan tanggungjawab kita pada bangsa kita,pada agama kita dan pada negara kita.....yg paling utama adalah untuk keluarga kita yang tercinta.kalau masing-masing memainkan peranan,insyaallah kita akan mendapat kebahagian dalam kehidupan ini.sayangilah diri sendiri dulu,keluarga,bangsa dan negara kita sebelum berjuang untuk orang lain kerana mereka yang lain juga akan melakukan perkara yang sama.itu sudah menjadi lumrah manusia...fikirkanlah. bukan apa,aku cuma terfikir.....lagi pun assigment hjh halimah dah siap.lega rasanya.



15 September, 2008

Tugasan Hjh.Halimah

minggu ni aku kena hantar tugasan hjh halimah.lebih tepat lg 16 sept.pening juga la nak cari maklumatnya.tp insyaallah,mlm ni siap.ni pun dah separuh dah taip.balik tampin minggu ni aku rehat je.tu la yang mama gelakkan aku.bukan apa,nak mulakan tu yang malas.lagi pun syok layan karenah adam dgn hawani.....nampaknya mlm ni bersengkang mata la nak menyiapkan tugasan ini.tajuknya sejarah melayu atau sulalatus salatin ni bolehkah dipercayai kebenarannya...lebih kurang mcm tu la tajuknya.akhbar utusan hari ni menyiarkan artikel tentang karya ilmiah bahasa melayu.dalam akhbar tu juga menerangkan tentang pensyarah Falsafah Bahasa iaitu Prof Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif dan pensyarah Perkamusan,Prof Madya Arbak Othman memenangi anugerah penulisan ilmiah yang ditulis oleh mereka...kedua-dua mereka memang seorang yang hebat bagi aku.banyak yang aku dapat pelajari tentang kehidupan terutamanya Dr Ahmad Musanif.Subjeknya pun Falsafah.Beliau juga menjadi pensyarah aku untuk subjek Semantik.6 dan 7 okt ni aku akan menduduki peperiksaan akhir untuk sem 9 dan seterusnya insyaallah akan menamatkan pengajian aku.bukan tamat terus,tp berehat sementara waktu untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya...

11 September, 2008

Persekitaran Berkualiti Untuk Semua


Perkembangan staff oleh Dr.Hj.Mustafa Hashim dari Malaysia Productivity Corporation.Bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.00 pagi hari ni.