18 Disember, 2008

bukan menghilang

assalamualaikum semua...maaflah lama tak jenguk blog aku ni.bukan apa,cuma malas nak menulis.hehehe.lagipun adam ngan wani ada kat kampung.macam mama cakap la,mati kutu aku rasakan.mad&ct,terima kasih la sebab sudi menjenguk blog aku ni.amboi,celebrate anniversary sampai ke penang tu.tahniah,k.sepanjang tempoh aku tak masuk blog ni,banyak juga yang berlaku kat ruangan chat kat sebelah tu.la'tahzan....hmmmm.soalan dia tu kacang je.mama dah tau jawapan ayahkan?biar la ayah jawab kat la'tahzan tu,sian dia,kan?jawapannya...MAMA dan ANAK-ANAK aku adalah sumber kekuatan pada aku.terpulanglah pada pandangan kita ianya sebagai sumber motivasi atau inspirasi.'dia' hanyalah sebagai panduan kepada aku untuk memberikan segala-galanya kepada mama dan anak-anak aku.setidak-tidaknya aku mempunyai pengalaman untuk menentukan apa yang terbaik buat mama dan anak-anak aku.itulah gunanya pengalaman kehidupan.untuk berjaya kita mestilah menggunakan apa sahaja pengalaman dan pengajaran yang kita dapat sepanjang tempoh kehidupan ini.takkanlah kalau kita dah tahu tindakan kita itu salah suatu ketika dahulu takkanlah sekarang kita akan mengambil langkah yang sama.sebab itulah pengalaman yang pernah aku dapat sebelum berjumpa dan berkahwin dengan mama,dapat aku jadikan sebagai panduan demi untuk kebahagian aku bersama-sama dengan mama dan anak-anak tercinta.untuk la'tahzan,betapa bodohnya jika aku mempersia-siakan kasih sayang yang mama berikan pada aku sekian lama.bagi aku apa yang mama berikan pada aku tidak mungkin akan ada perempuan lain yang boleh berikan sekalipun perempuan itu adalah 'dia'.bagi aku itulah perbezaannya,antara motivasi,inspirasi dan keinginan kita.apapun ianya terpulang kepada hati dan niat kita...insyaallah mama kebahagian akan terus bersama kita...adam,wani tunggu kepulangan ayah dan mama...kuntaidam.

03 Disember, 2008

awal disember

assalamualaikum semua...dah masuk bulan disember dah ye...tak lama lagi tahun baru 2009.banyak perubahan yang akan berlaku.semoga perubahan yang positif,kan...terima kasih la mad dan ct yang rajin masuk blog aku ni.hilang rindu kat hangpa semua.ni pun aku baru balik tampin.adam ngan wani ada kat sana.apabila diorang tiada ni,rindu la pula ngan telatah mereka.dah la dua2 baru potong rambut,nampak 'cute' sangat.
minggu ni aku akan pulang ke kelantan untuk menyambut raya aidiladha kat sana.kat sana tengah musim banjir tetapi kampung aku tak kot.cuma yang merisaukan aku adalah semasa dalam perjalanan tu...balik pun kejap je.hari selasa dah kena datang sini balik,mama kerja.balik berhari raya sambil menziarahi cik aku.
lupa la pula,masa kat tampin hari tu,aku ngan 'family' sambut 'birthday' adam.punya la seronok budak adam tu.dah la kena beli ultraman ngan power rangers dia sebelum tu.punyalah mahal.takpe,yang penting adam gumbira,kan.
minggu lepas juga aku pergi shah alam,stadium melawati.saja nak tengok perhimpunan agung parti pkr.bukan bagi sokongan tau,cuma untuk melihat apakah yang ada pada mereka sehingga meraih sokongan daripada rakyat pada pru yang lepas.kalaulah aku 'someone' mcm zaid ibrahim dah tentu aku kena tindakan.tapi aku tetap berpegang pada kepercayaan aku.aku tetap akan memilih untuk bersama-sama dgn umno.bukan apa,sebab aku masih tidak nampak dengan jelas tentang perjuangan parti pembangkang.pandangan aku ni mungkin menimbulkan tanggapan sinis kawan2,takpe kerana mereka memahaminya,tak begitu jai,pali?jangan marah aaaa.aku tetap 'respect' prinsip kawan2.
yang penting kita mesti meneruskan kehidupan kita...cuti panjang lagi,manfaatkanlah dengan baik.aku....mcm ni lah.jadi mr.mama.masa nilah aku nak menolong mama,kan...dgn kerja rumah.insyaalah,mama.ayah akan berikan yang terbaik untuk mama...ayah akan cuba jadi sesempurna mungkin untuk mama...

28 November, 2008

10 tahun lagi...

assalamualaikum...la'tahzan?power juga soalan kau...terpulang pada rasional akal la.yang susah dan senang bersama aku adalah mama dan anak2.yang percaya pada impian aku pun cuma mama dan anak2.adakah aku sanggup membiarkan mereka merasai apa yang telah aku rasa...bagi aku tidak.ini kerana sejarah aku tiada kaitan dengan hak yang sepatutnya mereka dapat.yang melalui sejarah itu adalah aku.mengapa aku perlu membuatkan mereka merasai dan melalui apa yang aku rasai.mama dan anak2 aku akan endapat segal-galanya kebahagian dan kegembiraan yang sepatutnya mereka dapat daripada aku.tentang sejarah aku tu,hanya aku yang perlu menempuhinya.itu pun kalau aku perlu menempuhinya...bagi aku yang berlalu tu biarlah berlalu.memang akan sentiasa ingat,namanya pun sejarah.tetapi aku tidak akan membiarkan keluarga aku terganggu dengan hal itu.aku cuma terlalu menghargai kehadiran mereka yang pernah wujud dalam hidup aku.sekarang ang lagi penting pada aku adalah mama dan anak2 aku.bayangkan kalau 'dia' yang pernah hadir seketika dalam hidup aku,aku akan ingat sampai bila-bila,mustahil pula aku akan sia-siakan mama dan anak2 yang telah mengharungi perjalanan hidup ini bersama dengan aku.tidak semudah itu,la'tahzan.cuma 'dia' mungkin memberikan aku motivasi untuk aku memberikan yang terbaik pada mama dan anak2.selagi mampu aku akan memberikan segala kasih sayang aku pada mama dan anak2...

26 November, 2008

kisah di sebalik lagu

hem...menarik juga topik mama tu.lg winter sonata tu memang sy tak simpan dlm phone pun,yg ada lg sonata,hazami je.dulu cukup susah nak dptkan lg tu...memang sy ada banyak sejarah.semua mama tahu.satu pun saya tak sembunyikan daripada mama.senang sikit,takde perasaan bersalah nanti.tapi itu adalah tinggalan sejarah yang hanya menjadi antara beberapa babak dalam hidup.bukan semua yang kekal dalam ingatan pun.bukan tidakmenghargai mereka-mereka itu cuma bukan satu keperluan kerana ruang yang ada cukup untuk mama dan anak-anak.memang kadang kala sejarah itu penting tetapi berbaloikah?apa yang mama buat untuk aku cukup bernilai,rasa macam tak terbalas.dan sejujurnya aku tidak pernah terlintas di hati ini untuk menduakannya.bagi aku cukuplah pengalaman aku yang terdahulu.pengalaman-pengalaman terebut sudah cukup bagi aku untuk dijadikan pedoman hidup.aku terlalu bahagia dengan kehidupan sekarang...alhamdulillah...
memang diakui ada sejarah tersebut memberikan impak yang besar pada aku tetapi aku cukup menghormati mama lebih daripada segala-galanya.mama tahu maksud ayahkan?ada sejarah tersebut tidak akan aku lupakan,kerana itulah pengalaman yang paling bernilai bagi aku.tapi untuk dan demi mama,apa sahaja...insyaallah mama...

hari ni pun aku pergi sekolah,siapkan apa yang patut.abai je yang ada kat sekolah selain pentadbir.rileks juga buat kerja sorang-sorang ni.sunyi?memang la tapi takpe,akan jadi kebiasaan nanti...cuma aku terasa macam baru-baru posting dulu.kena biasakan diri kembali...macam mana agakna suasana sekolah tahun depan,kan?saje je terfikir...