assalamualaikum semua...setelah sekian lama aku tidak menulis di ruangan ini akhirnya aku kembali.sabarrrrrr,banyak yang aku nak kongsikan bersama kalian semua.mesti ramai yang tertanya-tanya ke manakah aku menhilang hampir sebulan ini.....ada,cuma terlalu sibuk dengan tugasan harian.lagipun apabila adam ngan hawani ada kat tampin,jadual hidup aku pun berubah.percaya atau tidak kadang-kadang aku bertolak dari tampin untuk ke sekolah.penat?memang penat tapi sayangkan anak punya pasal,oklah.tapi yang tak tahannya pula petrol ngan tol la.aku rasa bonus bulan 12 habis untuk belanja ulang alik je.
bulan 12 hari tu juga adik wani menjalani sedikit pembedahan kecil kat tangan dia,ibu jari dia.dah ok pun.sepanjang masa kat kampung,adam ngan adik wani dah pandai menunggang basikal.yang bestnya adik wani dulu yang cepat pandai.rasa tercabar ngan adiknya adam pun akhirnya mencuba dan akhirnya dia pun dah pandai.adam ni setiap kali mama dia 'phone' masa kat kampung mesti bertanya kenapa dia kat kampung.tersentuh juga hati kami.ye la,dah pandai tanya kenapa dia kena tinggal kat kampung.tu yang dia dua beradik tu kalau kami balik hujung minggu atau pertengahan minggu mesti manja dia lain macam.adik wani sampai fobia la dengar bunyi pintu bilik.takut kena tinggal.maklumlah,kami selalu balik pukul 5 pagi dari sana.masa tu dia tengah tidur.apabila dia jaga tengok-tengok mama dan ayah dah tiada...kelakar pun ada.tapi sekarang dah ok lah.kami dah ambil 'maid'.tapi bimbang gak sebab takut la.aku memang susah nak percaya sikit tapi harap-harap ok lah.macam aku hilang sedikit 'privacy'.selalu tu apabila balik sekolah aku baca paper kat bawah,tengok tv jap.sekarang pula tak sesuai la.main ngan adam ngan wani,pastu aku naik tidur.tapi yang best tu adam dah pandai cakap 'ayah ni,tidur siang je'.adam ngan wani dah semakin bijak sekarang.kejap je masa berlalu...sedar tak sedar adam pun dah nak masuk 4 tahun.dah semakin berusia aku ni.kawan-kawan pun dah ada yang meninggal dunia.minggu lepas kawan sekampung aku,cikgu juga meninggal sebab kemalangan kat machang.petang tadi member aku bagitau yang member maktab aku meninggal.apabila mendapat khabar sedemikian membuatkan aku banyak berfikir...terlalu singkat kehidupan ini...rasa macam baru je tengah bergembira zaman kat maktab perguruan persekutuan pulau pinang.rupanya dah hampir 14 tahun zaman itu berlalu....
dalam masa sebulan ni juga aku rasakan terlalu sibuk ngan tugasan di sekolah.maklumlah semuanya nak mengikut takwim dan perancangan.kerja semua nak pantas.semalam sekolah aku baru selesai mengadakan larian permai,aku yang jadi penyelarasnya.kalut la juga nak memastikan segalanya berjalan dengan lancar.maklumlah guru-guru pula tak berapa nak cukup.hari ni pula bawa budak-budakk ke ppd untuk kejohanan merentas desa.bukan apa pun untuk pengenalan trek je.kejohanan yang sebenarnya hari khamis nanti.semuanya nak awal tahun ni...penat la juga.bayangkan dua minggu persekolahan ni aku langsung tak berpeluang untuk tidur siang,macam adam kata.tu pun fail pengawas tak sempat nak kemas kini.nasib baik dapat rose sebagai setiausaha aku.ringan beban aku.kalau nak ikutkan setiap petang ada latihan takraw tapi nasib baik ustaz husaini boleh uruskan latihannya.aku pula macam biasa la pengurus,macam larian permai.
kat sekolah?hmmmm,macam biasa la walaupun ramai kawan-kawan seangkatan aku ramai yang dah berpindah.biasalah.lumrah kehidupan.cuma kalau aktiviti sukan peringkat daerah dapatlah jumpa zack,jai.masa-masa macam tu lah baru dapat jumpa kawan-kawan.tadi pun jumpa abg z.
hah...pasal bola pula,tahun ni kelantan bersaing dalam liga super.hahaha,masa games kat kelana jaya hari tu aku pergi tengok.semua member-member turun.sampaikan jajemi pun follow.puas hati la sebab menang ngan myteam.lepas tu masa games negeri sembilan lawan perak kat paroi,seremban aku pergi juga,ngan mat qori.masuk free beb..zuhar dapat tiket.perak kalah lagi.hahaha.sekarang ni tunggu kelantan lawan selangor kat shah alam...maklumlah malam dah habis kelas kat upm.kiranya ada banyak masa la.
alamak,banyak sangat sampai terlupa pula kat mama.untuk mama...selamat menyambut hari jadi yang ke 32.semoga kasih sayang kita semakin utuh bersama-sama kebahagian anak-anak tersayang.dah dapat 'hadiah' special hari tu kan?payung pun ok apa?tu pun nasib baik tak 'payung emas'kata salih yacob.hehehe...jangan marah ye mama.ayah sayang mama.hadiah tu postpone dulu...boleh?
kawan-kawan lain apa khabar?kalau ada masa,masuklah blog aku dan tinggalkanlah pesanan.rindu kat hangpa semua.mad ngan siti,sorrylah sebab lama tak masuk blog ni.kalau nak ikutkan hati banyak lagi aku nak tulis terutamanya tentang politik,kekalahan barisan nasional kat parlimen kuala terengganu,tapi biarlah.nantilah...banyak juga peristiwa yang berlaku sepanjang aku tidak masuk blog ni.insyaallah ada masa aku akan berkongsi lagi.cuma sekarang ni aku perlu siapkan banyak tugasan sekolah.yang penting fail pengawas dan juga senarai ajk pengawas.juga kerja-kerja guru kelas...semoga aku terus bersemangat untuk terus bekerja...galakan untuk berjaya,dah tentulah mama,adam,adik wani,dan baby rayyan.rayyan ke?bolehkan mama?oklah kita jumpa lagi...selamat maju jaya.....
20 Januari, 2009
18 Disember, 2008
bukan menghilang
assalamualaikum semua...maaflah lama tak jenguk blog aku ni.bukan apa,cuma malas nak menulis.hehehe.lagipun adam ngan wani ada kat kampung.macam mama cakap la,mati kutu aku rasakan.mad&ct,terima kasih la sebab sudi menjenguk blog aku ni.amboi,celebrate anniversary sampai ke penang tu.tahniah,k.sepanjang tempoh aku tak masuk blog ni,banyak juga yang berlaku kat ruangan chat kat sebelah tu.la'tahzan....hmmmm.soalan dia tu kacang je.mama dah tau jawapan ayahkan?biar la ayah jawab kat la'tahzan tu,sian dia,kan?jawapannya...MAMA dan ANAK-ANAK aku adalah sumber kekuatan pada aku.terpulanglah pada pandangan kita ianya sebagai sumber motivasi atau inspirasi.'dia' hanyalah sebagai panduan kepada aku untuk memberikan segala-galanya kepada mama dan anak-anak aku.setidak-tidaknya aku mempunyai pengalaman untuk menentukan apa yang terbaik buat mama dan anak-anak aku.itulah gunanya pengalaman kehidupan.untuk berjaya kita mestilah menggunakan apa sahaja pengalaman dan pengajaran yang kita dapat sepanjang tempoh kehidupan ini.takkanlah kalau kita dah tahu tindakan kita itu salah suatu ketika dahulu takkanlah sekarang kita akan mengambil langkah yang sama.sebab itulah pengalaman yang pernah aku dapat sebelum berjumpa dan berkahwin dengan mama,dapat aku jadikan sebagai panduan demi untuk kebahagian aku bersama-sama dengan mama dan anak-anak tercinta.untuk la'tahzan,betapa bodohnya jika aku mempersia-siakan kasih sayang yang mama berikan pada aku sekian lama.bagi aku apa yang mama berikan pada aku tidak mungkin akan ada perempuan lain yang boleh berikan sekalipun perempuan itu adalah 'dia'.bagi aku itulah perbezaannya,antara motivasi,inspirasi dan keinginan kita.apapun ianya terpulang kepada hati dan niat kita...insyaallah mama kebahagian akan terus bersama kita...adam,wani tunggu kepulangan ayah dan mama...kuntaidam.
03 Disember, 2008
awal disember
assalamualaikum semua...dah masuk bulan disember dah ye...tak lama lagi tahun baru 2009.banyak perubahan yang akan berlaku.semoga perubahan yang positif,kan...terima kasih la mad dan ct yang rajin masuk blog aku ni.hilang rindu kat hangpa semua.ni pun aku baru balik tampin.adam ngan wani ada kat sana.apabila diorang tiada ni,rindu la pula ngan telatah mereka.dah la dua2 baru potong rambut,nampak 'cute' sangat.
minggu ni aku akan pulang ke kelantan untuk menyambut raya aidiladha kat sana.kat sana tengah musim banjir tetapi kampung aku tak kot.cuma yang merisaukan aku adalah semasa dalam perjalanan tu...balik pun kejap je.hari selasa dah kena datang sini balik,mama kerja.balik berhari raya sambil menziarahi cik aku.
lupa la pula,masa kat tampin hari tu,aku ngan 'family' sambut 'birthday' adam.punya la seronok budak adam tu.dah la kena beli ultraman ngan power rangers dia sebelum tu.punyalah mahal.takpe,yang penting adam gumbira,kan.
minggu lepas juga aku pergi shah alam,stadium melawati.saja nak tengok perhimpunan agung parti pkr.bukan bagi sokongan tau,cuma untuk melihat apakah yang ada pada mereka sehingga meraih sokongan daripada rakyat pada pru yang lepas.kalaulah aku 'someone' mcm zaid ibrahim dah tentu aku kena tindakan.tapi aku tetap berpegang pada kepercayaan aku.aku tetap akan memilih untuk bersama-sama dgn umno.bukan apa,sebab aku masih tidak nampak dengan jelas tentang perjuangan parti pembangkang.pandangan aku ni mungkin menimbulkan tanggapan sinis kawan2,takpe kerana mereka memahaminya,tak begitu jai,pali?jangan marah aaaa.aku tetap 'respect' prinsip kawan2.
yang penting kita mesti meneruskan kehidupan kita...cuti panjang lagi,manfaatkanlah dengan baik.aku....mcm ni lah.jadi mr.mama.masa nilah aku nak menolong mama,kan...dgn kerja rumah.insyaalah,mama.ayah akan berikan yang terbaik untuk mama...ayah akan cuba jadi sesempurna mungkin untuk mama...
minggu ni aku akan pulang ke kelantan untuk menyambut raya aidiladha kat sana.kat sana tengah musim banjir tetapi kampung aku tak kot.cuma yang merisaukan aku adalah semasa dalam perjalanan tu...balik pun kejap je.hari selasa dah kena datang sini balik,mama kerja.balik berhari raya sambil menziarahi cik aku.
lupa la pula,masa kat tampin hari tu,aku ngan 'family' sambut 'birthday' adam.punya la seronok budak adam tu.dah la kena beli ultraman ngan power rangers dia sebelum tu.punyalah mahal.takpe,yang penting adam gumbira,kan.
minggu lepas juga aku pergi shah alam,stadium melawati.saja nak tengok perhimpunan agung parti pkr.bukan bagi sokongan tau,cuma untuk melihat apakah yang ada pada mereka sehingga meraih sokongan daripada rakyat pada pru yang lepas.kalaulah aku 'someone' mcm zaid ibrahim dah tentu aku kena tindakan.tapi aku tetap berpegang pada kepercayaan aku.aku tetap akan memilih untuk bersama-sama dgn umno.bukan apa,sebab aku masih tidak nampak dengan jelas tentang perjuangan parti pembangkang.pandangan aku ni mungkin menimbulkan tanggapan sinis kawan2,takpe kerana mereka memahaminya,tak begitu jai,pali?jangan marah aaaa.aku tetap 'respect' prinsip kawan2.
yang penting kita mesti meneruskan kehidupan kita...cuti panjang lagi,manfaatkanlah dengan baik.aku....mcm ni lah.jadi mr.mama.masa nilah aku nak menolong mama,kan...dgn kerja rumah.insyaalah,mama.ayah akan berikan yang terbaik untuk mama...ayah akan cuba jadi sesempurna mungkin untuk mama...
28 November, 2008
10 tahun lagi...
assalamualaikum...la'tahzan?power juga soalan kau...terpulang pada rasional akal la.yang susah dan senang bersama aku adalah mama dan anak2.yang percaya pada impian aku pun cuma mama dan anak2.adakah aku sanggup membiarkan mereka merasai apa yang telah aku rasa...bagi aku tidak.ini kerana sejarah aku tiada kaitan dengan hak yang sepatutnya mereka dapat.yang melalui sejarah itu adalah aku.mengapa aku perlu membuatkan mereka merasai dan melalui apa yang aku rasai.mama dan anak2 aku akan endapat segal-galanya kebahagian dan kegembiraan yang sepatutnya mereka dapat daripada aku.tentang sejarah aku tu,hanya aku yang perlu menempuhinya.itu pun kalau aku perlu menempuhinya...bagi aku yang berlalu tu biarlah berlalu.memang akan sentiasa ingat,namanya pun sejarah.tetapi aku tidak akan membiarkan keluarga aku terganggu dengan hal itu.aku cuma terlalu menghargai kehadiran mereka yang pernah wujud dalam hidup aku.sekarang ang lagi penting pada aku adalah mama dan anak2 aku.bayangkan kalau 'dia' yang pernah hadir seketika dalam hidup aku,aku akan ingat sampai bila-bila,mustahil pula aku akan sia-siakan mama dan anak2 yang telah mengharungi perjalanan hidup ini bersama dengan aku.tidak semudah itu,la'tahzan.cuma 'dia' mungkin memberikan aku motivasi untuk aku memberikan yang terbaik pada mama dan anak2.selagi mampu aku akan memberikan segala kasih sayang aku pada mama dan anak2...
Langgan:
Catatan (Atom)