Hampir dua bulan lamanya aku tidak berkongsi rasa dalam blog ini,bukan apa sebenarnya cuma terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini dan masa yang berlalu dengan begitu pantas tanpa aku terasa. Sedar tak sedar pun anak perempuan aku yang baru lahir pun sudah hampir berusia dua bulan... Yasmine...itulah namanya....
Banyak pengalaman hidup yang dapat aku kutip semenjak dua menjak ini. Semuanya memberikan aku pengajaran dan pengalaman yang berguna. Aku juga akan memulakan fasa baru dalam hidup aku. Ya, fasa baru apabila aku akan memulakan sessi persekolahan tahun 2011 di sekolah baru. Aku akan meninggalkan SK Tasek Permai yang telah banyak mengajar aku tentang proses kehidupan...hampir sebelas tahun aku di situ.....terlalu banyak yang aku perolehi di situ. Terlalu banyak..............cepatnya sebelas tahun berlalu. Sudah tiba masanya untuk aku pula beralih dari Tasek Permai. Siapa sangka yang aku akan meninggalkan SK Tasek Permai kerana aku pernah mengatakan bahawa aku akan setia di situ sehinggalah aku ditukarkan. Itulah yang dikatakan ketentuan Tuhan. Sekarang yang tinggal di situ hanyalah Lan,Nik sahaja yang merupakan satu 'badge' dengan aku...yang lain-lain tu merupakan guru-guru yang datang secara berperingkat.
Terlalu banyak memori yang terkumpul selama sebelas tahun aku di sana. Semua telah aku laluinya..... Insyaallah ada masa nanti aku akan coretkan semuanya.....di mana di situlah aku bermula segala-galanya...
23 November, 2010
01 November, 2010
Alhamdulillah.
Alhamdulillah akhirnya pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010....dan juga tidak lupa kepada mama,selamat kembali bekerja....
28 September, 2010
Apa khabar semua??
Minta maaf kerana lama sangat tidak menulis dalam blog aku ini. Banyak sangat perkara yang perlu dilalui oleh diri aku kebelakangan ini. Aku rasakan jiwa aku sudah tidak ada di SK Tasek Permai. Aku hanya bekerja untuk menghalalkan gaji aku dan untuk murid-murid kesayangan aku 4 Zuhrah. Selain daripada itu tiada apa yang menarik untuk aku. Mungkin jarak perjalanan yang jauh telah membuatkan motivasi aku semakin berkurangan. Aku berharap sangat agar aku dapat bertukar ke Negeri Sembilan pada tahun depan. Sudah terlalu lama aku tidak menggunakan 'skill' aku dalam bidang pendidikan. Mungkin faktor persekitaran yang membuatkan 'kreativiti' aku terbantut.......................................
19 Ogos, 2010
Selamat datang Ramadan
Hari ini hari ke-9 kita semua berpuasa. Tahun ini Adam sudah mula berpuasa. Bermacam karenah dia sewaktu menjalani ibadah berpuasa. Rasanya Adam dah berpuasa penuh selama enam hari sehingga ke hari ini. Kasihan juga kat dia tetapi Adam bermotivasi untuk berpuasa. Godaannya ialah adik-adiknya. Yang kelakarnya masa hari kedua,Adam makan biskut 'chipsmore' setelah melihat adik Wani dan Rayyan sedang makan biskut tersebut. Lapar katanya.
Orang yang paling bising tentulah mama yang akan memantau Adam. Mama banyak memberikan galakan kepada Adam,aku cuma memberikan sokongan aje. Tapi aku tahu yang Adam boleh melaluinya.
Adam juga sanggup untuk bangun bersama-sama untuk bersahur. Kalau ditanya padanya nak bersahur atau tak,pantas je menjawab "Adam nak puasa".....
Cuma kelmarin dia berpuasa tetapi terpaksa berbuka bersama bibiknya sahaja kerana aku pulang agak lewat ke rumah. Aku lewat kerana kereta aku lambat siap setelah dibaiki. Aku bersama mama terpaksa berbuka dalam perjalanan sahaja.
Langgan:
Ulasan (Atom)