15 September, 2011

Raya lagi ke???

Assalamualaikum semua...terlalu lama masa yang aku ambil untuk menulis dalam blog aku ni. apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan dan juga jutaan ampun dan maaf kepadasemua atas sebarang kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan kepada semua.
Memang aku akui banyak kesilapan yang aku lakukan dalam hidup ini. Semua itu memberikan aku pengalaman yang berguna sebenarnya. Melalui pengalaman seperti itu banyak mengajar aku erti kehidupan. Kehidupan yang pada mulanya aku anggapkan begitu ramai yang menyokong aku tetapi sebenarnya aku lupa hakikat kehidupan. Ya...hakikatnya kita masing-masing sebenarnya dalam menuju destinasi hidup masing-masing. mungkin itulah sebenarnya yang merencatkan perjalanan hidup aku. Aku tidak berfikir sebagaimana orang lain. Terlalu jujur dalam kehidupan...

04 Jun, 2011

25 Mei, 2011

sekarang....aku di SJK(C) Pei Hwa,Pedas.

Hampir setengah tahun telah berlalu. Minggu depan sekoalh akan mula bercuti. Sekarang murid tengah menghadapi peperiksaan. Ini ialah kali pertama aku akan menghadapi peperiksaan di sekolah baru,iaitu SJK(C) Pei Hwa,Pedas. Banyak perkara baru yang aku pelajari di sini. Tambahan pula sekolah ini dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Guru pula hanaylah seramai 10 orang termasuk pentadbir. Lelaki??? Hanya aku dan seorang lagi guru GSTT. Hmmmm....................satu pengalaman baharu.....
Aku dapat mempelajari tentang bagaimana untuk mendidik pelajar-pelajar yang kurang memahami bahasa Melayu dengan baik. Mereka semua ini lebih kurang sama sahaja dengan murid-murid di sekolah kebangsaan malah lagi hebat kerana masa belajar yang lebih. Murid-murid tahap dua akan belajar di waktu petang selepas tamat waktu persekolahan malah mereka ini juga boleh dikatakan bersemangat untuk menuntut ilmu. Cuma,dalam pembelajaran bahasa Melayu mereka agak ketinggalan sedikit. Ini mungkin kerana mereka dapat mengeja perkataan tersebut cuma tidak memahami dengan sebaiknya makna perkataan tersebut.
Walaupun sekolah ini adalah sekolah jenis kebangsaan cina tetapi sekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang hampir sama dengan bangsa-bangsa lain malah dalam tahun 3,murid Cina hanyalah 2 orang sahaja berbanding bilangan murid dalam kelas itu,15 orang. Sekolah ini mempunyai berbilang bangsa,Cina,Melayu,India,dan juga Orang Asli.

27 Mac, 2011

gambar-gambar kenangan

hahahaha... bersama Lan....
jamuan akhir tahun 6 2010 yang lalu....................
red warrior's mache..........................
bersama Nik,Mat Qori,dan Kucai....
bersama Mama....

13 Mac, 2011

Pertama di 2011

Terlalu lama aku terlepas pandang blog aku ini. Bukan tidak mahu mencoretkan sesuatu tetapi begitu banyak kekangan yang perlu aku lalui untuk menulisnya,jadi aku terpaksa membiarkannya. Dalam tempoh itu terlalu banyak yang berlaku pada diri aku,hampir berubah keseluruhan rutin aku kebelakangan ini.
Aku sebenarnya telah membina kehidupan baru di tempat yang baru bagi ku...aku bukan lagi di Tasek Permai. Aku sekarang mengajar di SJK (C) Pei Hwa,Pedas,Negeri Sembilan............ Dua bulan di sana banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang pernah aku lalui dahulu....maklumlah sekolah surang murid(skm)....Insyaallah aku akan coretkan tentang pengalaman aku di tempat baru ini....
Semalam Kelantan kalah 2-0 dengan pasukan Pahang. Kekalahan pertama Kelantan bagi musim 2011....apa yang berlaku....????