28 November, 2008

10 tahun lagi...

assalamualaikum...la'tahzan?power juga soalan kau...terpulang pada rasional akal la.yang susah dan senang bersama aku adalah mama dan anak2.yang percaya pada impian aku pun cuma mama dan anak2.adakah aku sanggup membiarkan mereka merasai apa yang telah aku rasa...bagi aku tidak.ini kerana sejarah aku tiada kaitan dengan hak yang sepatutnya mereka dapat.yang melalui sejarah itu adalah aku.mengapa aku perlu membuatkan mereka merasai dan melalui apa yang aku rasai.mama dan anak2 aku akan endapat segal-galanya kebahagian dan kegembiraan yang sepatutnya mereka dapat daripada aku.tentang sejarah aku tu,hanya aku yang perlu menempuhinya.itu pun kalau aku perlu menempuhinya...bagi aku yang berlalu tu biarlah berlalu.memang akan sentiasa ingat,namanya pun sejarah.tetapi aku tidak akan membiarkan keluarga aku terganggu dengan hal itu.aku cuma terlalu menghargai kehadiran mereka yang pernah wujud dalam hidup aku.sekarang ang lagi penting pada aku adalah mama dan anak2 aku.bayangkan kalau 'dia' yang pernah hadir seketika dalam hidup aku,aku akan ingat sampai bila-bila,mustahil pula aku akan sia-siakan mama dan anak2 yang telah mengharungi perjalanan hidup ini bersama dengan aku.tidak semudah itu,la'tahzan.cuma 'dia' mungkin memberikan aku motivasi untuk aku memberikan yang terbaik pada mama dan anak2.selagi mampu aku akan memberikan segala kasih sayang aku pada mama dan anak2...

26 November, 2008

kisah di sebalik lagu

hem...menarik juga topik mama tu.lg winter sonata tu memang sy tak simpan dlm phone pun,yg ada lg sonata,hazami je.dulu cukup susah nak dptkan lg tu...memang sy ada banyak sejarah.semua mama tahu.satu pun saya tak sembunyikan daripada mama.senang sikit,takde perasaan bersalah nanti.tapi itu adalah tinggalan sejarah yang hanya menjadi antara beberapa babak dalam hidup.bukan semua yang kekal dalam ingatan pun.bukan tidakmenghargai mereka-mereka itu cuma bukan satu keperluan kerana ruang yang ada cukup untuk mama dan anak-anak.memang kadang kala sejarah itu penting tetapi berbaloikah?apa yang mama buat untuk aku cukup bernilai,rasa macam tak terbalas.dan sejujurnya aku tidak pernah terlintas di hati ini untuk menduakannya.bagi aku cukuplah pengalaman aku yang terdahulu.pengalaman-pengalaman terebut sudah cukup bagi aku untuk dijadikan pedoman hidup.aku terlalu bahagia dengan kehidupan sekarang...alhamdulillah...
memang diakui ada sejarah tersebut memberikan impak yang besar pada aku tetapi aku cukup menghormati mama lebih daripada segala-galanya.mama tahu maksud ayahkan?ada sejarah tersebut tidak akan aku lupakan,kerana itulah pengalaman yang paling bernilai bagi aku.tapi untuk dan demi mama,apa sahaja...insyaallah mama...

hari ni pun aku pergi sekolah,siapkan apa yang patut.abai je yang ada kat sekolah selain pentadbir.rileks juga buat kerja sorang-sorang ni.sunyi?memang la tapi takpe,akan jadi kebiasaan nanti...cuma aku terasa macam baru-baru posting dulu.kena biasakan diri kembali...macam mana agakna suasana sekolah tahun depan,kan?saje je terfikir...

24 November, 2008

cameron highland part 2

mandi kat kuala woh.diaorang la,aku tak...hihihi
kat ladang teh...

adik wani dan mama


mama ngan adik wani



adik wani ngan bang long
gambar-gambar semasa percutian family mama di cameron highland pada 21,22 dan 23 november 2008.adam ngan wani seronok sangat...




cameron highland part 1

mama kat taman agro
kereta mama...

mama ngan kak ngah...


adik wani ngan insyirah...jelingan tajam adik wani



mama





kenangan terindah

suasana semasa majlis



aku la ni...

sufizan,cik seno,aku dan jai


pertukaran hadiah antara aku ngan jai
ini adalah majlis hi-tea sktp kat holiday villa pada 20.11 hari tu.bertemakan kenangan terindah...........



19 November, 2008

hai

apa khabar?pening ni,tengah siapkan kerja-kerja kat sekolah.israq,mat qori,jai tengah melalak tu.layan sinar fm.aku biasa la,layan blog aku.banyak yang nak ditulis,tapi tunggulah masa yang sesuai.rasa memang nak kongsikan dengan kalian semua tapi takpelah.biarlah rahsia.....hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

adam,wani

adik wani...cun tak adik wani?
hahahaha

cantik tak saya?


gambar masa kat putrajaya,masa celebrate birthday aku.



adam ngan adik wani masa kat restoran chop&steak,serdang





17 November, 2008

persahabatan dan nilainya

assalamualaikum semua....hari ni aku cuti.mama pun mc hari ni,tak sihat.jadi mama cuma rehat kat rumah je.esok aku akan bersekolah.takde apa cuma mesyuarat guru dan untuk menyelesaikan tugas-tugas untuk tahun ini.menjawab persoalan 'outsider' kat ruangan chat di sebelah yang mengatakan bahawa nilai persahabatan hanya dapat dinilai setelah kita berpisah.betul,saya setuju tapi bagi saya kawan-kawan merupakan satu aspek penting dalam kehidupan saya.mama lebih memahami aku.kadang kala aku terpaksa mementingkan kawan-kawan.betul,kalau bab ni memang mama lebih arif tentang pandangan aku perihal 'kawan'.cuma dalam bab kawan2 aku kat sekolah ni,lain sikit.bukan apa kerana usia persahabatan aku sama usia dengan bermulanya karier aku.itu yang membuatkan aku terasa sedih.betul...sedih...lagipun ada di kalangan mereka itu yang memberikan impak yang besar dalam hidup aku.jadi tidak salah rasanya aku akan merasa sedih.memang setiap yang bermula akan berakhir tetapi perasaan sedih itu juga merupakan sebahagian skrip kehidupan.bayangkan kalau dah mereka ini selalu ada di sekeliling kita selama hampir sepuluh tahun.tentulah pelbagai suka duka yang berlaku yang akan bermain di fikiran.ada juga 'kawan' aku ini yang banyak mengajar aku pengalaman hidup,bagaimana untuk menghadapi saat2 yang sukar yang membuatkan aku lebih tabah untuk meneruskan kehidupan ini...tapi kehidupan akan terus berjalan dan tahun depan sekolah aku akan merasa suasana baru.ye la,kira geng2 'otai' sudah tiada....baiklah,kita jumpa lagi...banyak lagi coretan tentang kawan2 yang aku akan kongsikan bersama.cuma tunggu sahaja...

15 November, 2008

cerita tentang kisah-kisah lama

assalamualaikum semua...lama betul aku tak kemas kini blog ni,bukan apa rasa macam perlu cari masa yang sesuai nak menulis.sekarang pula aku dah habis belajar memang rasa semacam je...2,3 minngu ni pula banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku...minggu lepas juga adalah birthday aku.terima kasih mama atas kasih sayang yang tak ternilai untuk aku dan anak2.semua itu membuatkan aku lebih menghargai kasih sayang mama.adam ngan hawani macam selalulah,menghiburkan aku dengan keletahmasing2.alhamdulilllah...syukur dengan apa yang dinikmati.
kat sekolah memang sibuk sikit,maklumlah akhir tahun.banyak benda yang perlu dihantar.laporan.perancangan,markah budak dan macam2 lagilah.hari ni pula baru lepas hari anugerah kecemerlangan.penat?dah menjadi rutin.rasa macam dah tak kisah sangat.cuma akhir tahun ni lain sikit sebab ramai juga kawan2 yang satu zaman dapat berpindah.macam jai,mungkin dapat bertukar ke semenyih.hisno juga dapat bertukar ke perak bersama isterinya,pn.ruzitawati.mereka2 ini adalah cikgu2 lama yang sama2 posting ngan aku dulu.dan yang tinggal sekarang hanyalah aku,lan,midon,abai,nik.yang lain2 boleh dikatakan baru kat sekolah tu.mereka2 itu banyak memberikan impak pada aku.mcm juga pali,zack,abg man,abg din,bidi,madi,samad,siti,matyi,syappi,din kulaan.sedih?memang sedih sebab banyak benda yang pernah dilalui sebab dalam tempoh hampir sepuluh tahun,mereka2 inilah yang melingkari kehidupan aku.banyak pengalaman yang aku dapat.kenangan yang manis dan pahit.yang membuatkan aku mengerti erti kehidupan...terima kasih kepada kalian semua...memang kenangan yang terindah...banyak lagi kenangan bersama mereka akan aku kongsikan.nantilah sebab aku nak kena balik tampin ni,siapa tak sayang bini woi.....lg pun cuti sekolah dah bermula...nanti aku akan coretkan tentang kenangan2 itu,assalamualaikum semua dan selamat berjaya kepada mereka semua nanti....sedih la pulak....