29 Mei, 2008

apa yang aku rasa

hidup ini kadang kala membuatkan kita lupa pada segalanya.....kita lupa pada keluarga,kawan2,kegembiraan,kesedihan dan segala macam lagi.tapi percayalah....kehidupan yang kita lalui ini memang yang terbaik untuk kita miliki.bukan apa,cuma aku nak berkongsi sikit apa yang aku rasa.hidup ini banyak mengajar aku tentang apa yang perlu aku hargai.....terutamanya mama dan anak2.untuk mama,aku memang sayang dia sepenuh hati dan bagi aku tidak mungkin ada orang lain yang boleh menggantikan tempatnya.aku kena akuinya kerana hanya dia sahaja yang percaya pada setiap impian yang aku impikan.aku pernah 'jatuh' dalam hidup ini.aku terlalu taksub pada 'dia',tapi mama tetap juga mempercayai aku.bagi aku tiada alasan untuk aku mempersiakan kepercayaan yang telah diberikan olehnya.dan aku seboleh2nya ingin memberikan segala2nya kepada mama dan keluarga aku.memang 'dia' ada tetapi bagi aku sekadar seorang teman shj,yang mana 'dia' pun kadang2 mungkin ada masalah tersendiri.mungkin 'dia' meminta bantuan aku kerana percaya pada aku.dan aku tahu setalah sekian lama dia berdiam diri,baru2 ni 'dia' ada menghubungi aku kerana ingin meminta pendapat daripada aku,tiada apa yang lain kerana kami masing2 bahagia dgn kehidupan masing2.kadang kala orang susah untuk memahami apa yang aku rasa................

cuti sekolah lagi....

a'kum.......semalam ada kelas cerpen,dr.nik rafidah.semalam bincang tentang tajuk2 penting untuk exam nanti.mlm ni pula ada kelas utk puisi.kelas mlm ni pun penting gak sebab nak bincang tajuk2 utk exam.....semalam adam seronok sangat sebab kak nani,abg long,acik dia,uncle dan mummy dia datang rumah aku.aku pulak semalam pergi kelas.adam sampai nangis2 la nak ikut dia orang balik.adam,adam.....ptg ni pula cik ngan kaklong datang kl,rumah aku la.maklumlah,tunggu aku balik kg tak pasti lagi bila,akhirnya dia orang yang dtg jenguk aku.hehehe......
paper hari ni pula menceritakan tentang kemasukan ezam ke pangkuan umno.banyaklah komen daripada pemimpin2 tertinggi tentang isu ini.bagi aku,ini merupakan satu bentuk 'moral support' kerana dalam orang memperkatakan tentang perjuangan umno yang semakin luntur ini tindakan ezam mampu menyuntik semangat umno untuk terus dianggap relevan dalam memperjuangkan nasib bangsa.mungkin ada pro dan kontra tentang isu ini tetapi kita perlu melihatnya sebagai satu usaha untuk meyakinkan rakyat.pemimpin atas dan juga mt sepatutnya memikirkan satu langkah terbaik untuk menangani kehendak rakyat.usahlah terus bertelingkah kerana itulah yang pihak musuh inginkan kerana umno menjadi lemah bikan kerana mereka itu kuat tetapi umno lemah kerana sikap kita sendiri.sejarah telah membuktikan yang melaka jatuh kerana silap kita sendiri.renungkanlah.........

28 Mei, 2008

cuti sekolah

a'kum.....

sekarang musim cuti sekolah.aku mcm biasa la,ada kelas.lagi pun final exam sem ni pada 9 jun,ngam2 buka sekolah nanti.ramai gak kawan2 yg balik kg.yang kahwin pun ada.jadi aku nak ucapkan selamat pengantin baru pada ustaz aziz,israq,ustaz kucai yang akan berkahwin dalam cuti sekolah ni.

adam ngan wani pun mcm biasa.adik wani semakin menunjukkan dia punya perkembangan.dia dah pandai nak usik abang dia.apa yang abang dia buat mesti dia nak buat jugak.kalau ada melukis,hawani pun mesti nak melukis menggunakan pensel dan buku yang sama.sama gak kalau minum,hawani cukup suka guna cawan abg adam.yang pasti adam cukup seronok bila aku dapat meluangkan masa bergurau dan bermain dgn dia.ye la sebab skrg balik jemput dia dari rumah babysitter aku kalut nak pergi kelas pulak.tapi sekarang aku kena pastikan aku ada masa nak melayan karenah adam dan juga si hawani tu.mama,mcm biasa sibuk dgn tugas hariannya di pejabat dan mlm pula sibuk ngan aku dan anak2.yang penting sekali aku tidak akan mempersia2kan kepercayaan mama....

22 Mei, 2008

adm,adam,adam lagi

adam dah semakin pandai,bijak dan 'nakal'.hawani,mcm biasalah,jadi mangsa pada abgnya tu.cuma beberapa hari ni adam kuat sangat merajuk.bila nak hantar rumah babysitter je mesti taknak.lepas tu bila nak pulang pula taknak balik.confuse aku....adam pun dah pandai cakap 'ambik kau','padan muka kau'.kadang2 bila difikirkan itulah cabaran utk mendidik anak2.kita dah berusaha sebaik mungkin untuk menerapkan nilai2 murni tetapi faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi.mamanya sentiasa berpesan dan mendidiknya,cuma adam ni jenis yang mendengar kata.bila dia dah buat salah dia tahu nak cakap 'minta maaf,mama'.adi wani pula dah semakin bijak.tapi hobi dia boleh tahan.panjat tangga,baca buku dan yang bagusnya ialah suka kacau abang dia menulis atau melukis.hahaha....boleh tahan juga hawani ni.mama,mcm biasalah sibuk dgan tugas hariannya.kasiahan juga kat mama ni.seharian penat kat pejabat,balik rumah kena layan karenah putera dan puteri kesayangan dan juga aku.tapi mama memang best sebab mampu melayan karenah aku dan anak2.terima kasih mama.....sorry mama,ayah tak sempat nak masukkan gambar adam kat zoo hari tu......

kisah che det dan umno

a'kum semua...................
dah beberapa hari aku tak masuk blog aku ni,sibuk ngan kelas,assigment,sekolah dan keluarga.baru2 ni kita dikejutkan oleh tun dr mahathir yang mengumumkan beliau keluar dari umno.ini telah menjadi isu yng mendpt pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.bagi aku,mungkin che det ada rasionalnya sendiri dengan tindakannya itu.mcm2 komen yg boleh didengari.ada yang lantang dan ada yang masih lagi berkias menjawab persoalan ini.bagi aku,kita perlu bertenang dan merenung kembali tentang apa yang berlaku.che det dan paklah adalah individu yang menentukan jatuh bangun umno.janganlah disebabkan kedua2 tokoh ini kita perlu mengorbankan umno yang masih lagi menjadi tunjang kepada bangsa melayu.itu pun kalau org melayu sendiri menghargainya.untuk bercakap dan mengkritik memang satu pekerjaan yang cukup senang tetapi untuk memikul tanggungjawab dan melaksanakan adalah satu amanah yang cukup berat.kita memerlukan hampir 50 tahun utk berada pada tahap ini dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk 'menjahanamkannya' dalam masa yang singkat.yang pasti perjuangan memerlukan satu pengorbanan...antaranya ialah che det yang mengorbankan keahliannya untuk satu 'perjuangan' yang beliau percaya kebenarannya.kita?terpulang pada kepercayaan masing2.......kita yang memilih mereka untuk memimpin kita.............dan setiap pilihan itu haruslah dihormati.

15 Mei, 2008

selamat hari guru

assalamualaikum.................
selamat hari guru kepada semua guru di malaysia terutamanya semua kawan2 aku,juga kepada ipar2 aku,abg zamri,kak al,kakteh,kak jihah,alang,abg imi.esok sekolah aku adakan sambutan hari guru,ada la beberapa aktiviti esok....
mlm ni kelas puisi melayu.ada dua lagi tugasan aku tak siapkan,cerpen ngan multimedia.minggu ni siap la.kebanyakan dia orang semua dah siap.aku mcm biasa la.
adam pula ada kat kg.adik wani pun sama.borinhnya rasa,sunyi je rasa rumah aku.bila mama dia telefon,terus je adam cakap apa yang dia buat,makan apa dan tanya mama ngan ayah kat mana.mungkin dia pun rindu juga kot.ini membuatkan aku sedar yang aku amat menyayangi mereka.aku rasakan tak sanggup untuk berjauahan lama2 ngan anak2 aku,lebih2 lagi bila teringat telatah dan gelagat mereka.
hari ni kat sekolah penat sikit,kelas tak penuh tapi dapat relief.nasib baik ada peperiksaan.hari ni dalam paper ada melaporkan yang ada ahli parlimen bn ditawarkan sejumlah wang utk menyertai pembangkang.betul juga apa yang dikatakannya itu.mereka ingin membentuk kerajaan yang bersih dari rasuah tetapi mereka menawarkan wang dan jawatan.itu pun satu bentuk rasuah.entahlah,sebab dalam politik segala macam benda boleh berlaku.kuasa dan wang boleh mengubah seseorang individu.kita mungkin boleh menghadapi ujian ketika susah tetapi belum pasti dpt menghadapi ujian ketika senang.fikirlah............

14 Mei, 2008

kawan2 aku

sesekali aku rindu ngan kawan2 aku.
antara kawan2 aku.mungkin aku tak dapat senaraikan semua tapi lihatlah......masa sekolah rendah;roji,pokta,sudin,jali,nasir,bucit,mahadir.masa sek menengah;juki,hazar,matyi budu,matyiberuk,pakcu,tokye,isam,kama,pijjal,darus,mekna,jojet,faridah,hariani,dilla,sseni,selan ular,juslan,pok ide;maso di m4p pula;lan;budin,pade,miji bangla,semul,kama,pokya,nuar,azan,yie spek,yie cit.ramai lagi la.aku tak sempat nak senaraikan semua.tapi kalian semua ada dalam ingatan.senang cerita member kat smk machang sesi 89-93,tingkatan 6 sesi 94-95,pastu member kat maktab perguruan persekutuan pulau pinang,sesi kdpm 96-99 dan kawan2 kat ampang dan dimana2 jua.maaf la kalau tak sebut ta[i aku sentiasa ingat.bagi aku kawan2 amat penting.tanpa kawan2 semua hidup ini mesti boring.tu belum kira lagi awek's2 aku.nak aku senaraikan ke?hahaha......tapi yang pasti mereka yag pernah kenal ngan aku mesti anggap aku ni seorang yang baik hati.....aku nak minta maaf ngan mereka semua.maafkan aku,boleh?mama,jangan marah,k.mama tetap di hati.....................

kisah si adam

a'kum semua,
hari ni adam ada kat kg,tampin ngan adiknya wani.terpaksa hantar kg sebab dia dah rindu sangat ngan diaorang kat sana.lagi pun dia tak berapa sihat.jadi mak nak bawa dia jumpa pak lang jap.tengok mcm mana.balik rumah hari ni rasa sunyi je.mamanya lagi la sedih.ye la,selalu budak2 tu ada bising ngan telatah masing2.
esok budak2 aku kat sekolah mula periksa sem 1.dah tentu kalut nak kena tanda kertas pulak.tambahan pula aku lepas cuti sekolah ni ada peperiksaan akhir kat upm.ni pun tugasan tak siap2 lagi.pening la juga nak memikirkannya.
perkembangan politik pun tak sempat aku nak ikuti lebih lanjut,baca paper je.tp kalu ikut pembacaan tu,tiada apa sangat cuma isu sekarang ni hanyalah tentang kenaikan harga barang keperluan sahaja yang mendapat liputan meluas.bagi aku,ini hanyalah permainan dalam urusan perniagaan sahaja.mungkin ada pihak yang cuma memikirkan keuntungan sahaja.mungkin juga ini sebagai peringatan supaya kita hendaklah bersyukur dengan kemakmuran yang kita kecapi sekarang.sepatutnya kita tahu untuk menghargainya.
semenjak akhir2 ini,banyak benda yang telah berlakukan?pelbagai isu yang telah menjadi perhatian umum,antaranya ialah peranan guru2.semalam,akhbar harian melaporkan yang guru mengamuk di sebuah sekolah.mengapakah ini boleh berlaku?fikir-fikirkan lah semua.

13 Mei, 2008

sajak aku

DIA
Dia pernah hadir
Mengisi ruang hatiku
Saat itu ku rasakan
Satu momen indah yang pernah wujud

Dia pernah mengisi
Kekosongan hatiku
Membuatkan ku rasa debaran
Perasaan ini

Dia pernah membuatku gembira
Dengan hilai tawa dan senyuman
Yang spontan
Yang riuhnya

Dia pernah mengasihi
Walau seketika cuma
Walau sesaat cuma
Dia pernah hadir

Terima kasih,DIA

sajak nilah yang membuatkan mama terasa.untuk mama sajak ini hanyalah sebuah sajak sahaja.mcm ayah cakap,yang ada pada ayah sekarang cuma mama dan anak2 kita sahaja.dia hanyalah satu sejarah yang pernah ayah lalui.sayang mama...........

meeting lagi,adam dan wani

a'kum,
hari ni mesyuarat lagi,pasal kurikulum dan sambutan hari guru.habis pukul 4 ptg.nasib baik takde kelas mlm ni.pastu balik rumah tidur jap,penat sangat la.janji ngan mam nak pergi seremban tapi.....tak pergi jugak,sorry mama.
adam pula tak berapa sihat,batuk2.mama dia dah bimbang.takut asma.jadi malamnya aku keluar pergi farmasi jap,beli ubat batuk adam.adik wani ok.adam pula masa keluar farmasi tu,kaki dia termasuk dalam longkang.selipar dia jatuh dalam tu,nangis la dia sebab selipar dia jatuh dan memang tak boleh ambil pun.lepas tu aku ingat nak pergi rumah acik dia kat kelana jaya,tapi dia orang keluar pula.jadi aku pun pergi rumah man kat damansara.
aku pun bimbang juga pasal adam ni sebab dia asyik batuk je.bila tengokkan dia kasihan pula.tapi dia tetap aktif.adi wani dia tetap kena sakat juga.hari ni pergi rumah babysitter dia pun dia siap bawa white board dia ngan marker pen.adam seronok tu menulis dan melukis kat white board tu.adik wani pula asyik main2 dan suka baca buku.

11 Mei, 2008

hari ni,hari ibu

assalamualaikum......
hari ini hari ibu.hari ni juga aku telah pergi ke rumah anak2 yatim nurhikmah,kajang utk menyiapkan tugasan aku.apa yg dapat dikatakan bahawa mereka2 itu memerlukan penjagaan yang sempurna.bukan sahaj dari segi kebendaan tapi juga dari aspek kasih sayang.nampak sangat mereka itu begitu dahagakan kasih sayang dari sebuah keluarga.ini membuatkan aku lebih menyayangi dan menghargai anak2 aku.yg penting kami semua berpuas hati dpt menyumbangkan sesuatu walaupun mungkin tak seberapa.
janji ngan mama nak pergi melawat along dan alang kat seremban,tapi aku penat sangat la.along mendapat kecederaan kat kaki manakala alang pula baru mendapat cahaya mata baru,lelaki.
adam ngan adik wani mcm biasa la.aktiviti dia orang main2,tapi kat dalam rumah la.oh ye,lan dah balik kg,hantar nik ngan anaknya.nanti la tengok anaknya.sekolah?mcm biasa,cuma pada hari selasa ni ada ceramah displin kat smk taman tasik.sekolah aku terlibat,kena hantar murid ambil bahagian.abg j dah bagi arahan dah.

10 Mei, 2008

cerita hari ini,10 mei

a'kum semua.......
sebelum terlupa aku nak ucapkan terima kasih pada kawan2 yang telah memberikan sokongan dengan kewujudan blog aku ni.terima kasih kawan...........
hari ni aku jadi hakim kat sekolah agama pandan indah,untuk aktiviti sekolah agama daerah hulu langat.hakim mewarna je,ngan jimi.mama kerja.tengah hari pergi kenduri kat taman aku ni.malam pulak makan kat bukit bintang,kat sg weng plaza.along arip belanja.adam seronok tu dapat keluar jalan2.ye la,mungkin dia boring kot.lagi pun minggu ni pun tak balik tampin lagi.mesti dia rindu sangat ngan dia orang semua.
esok hari ibu,jadi aku nak ucapkan hari ibu ni pada cik aku kat machang,kelantan dan mak mertua aku kat tampin,n.sembilan.terima kasih cik.....juga pada mak.tak lupa juga pada mama.untuk mama,terima kasih kerana menjaga dan mendidik  anak2 kita dengan baik.terima kasih mama......tak terbalas jasa kalian semua........

09 Mei, 2008

catatan hari ini

assalamualaikum semua,
minggu ni memang memenatkan.kuliah ,sekolah dan juga assigment.semalam je aku baru menyiapkan tugasan dr.samsina iaitu sajak.aku berjaya juga menyiapkan sajak tu.dah hantar pun.semua sajak tu asli.penat la jugak nak mencari idea.ada la juga sajak yang menyentuh perasaan masa muda2 dulu.tu yang buat mama 'jeles' tu....takde apa la mama......
soalan periksa dah siap cuma nak kena hantar kat midon je,untuk semakan.
minggu ni aku kena pergi buat kerja amal untuk assigment multimedia.kumpulan aku kena hasilkan satu klip video tentang apa yang kami lakukan itu....nampaknya gayanya tak dapat balik tampin lagilah minggu ni.sabtu nanti aku kena jadi hakim kat sekolah ustaz razali.bukan hakim apa pun,pertandingan mewarna je...
kat sekolah pula macam biasa la....rutin harian,cuma sebagai kumpulan yang bertugas tumpuan tu lebih la sikit.yang bestnya kat sekolah ini,murid2 nya tidaklah terlalu nakal.budak2 biasalah.cuma mereka ini memerlukan bimbingan dan dorongan yang berterusan.ye la,budak2kan ada potensi diri masing2

08 Mei, 2008

gambar aku kahwin





ni gambar kahwin aku tahun 2005.

gambar-gambar lagi

handsome tak saya?
ngan adik wani
hai.......
kak nani,kak ngah,adam,abg long,atikah
jangan kacau,adik tidur ni...

07 Mei, 2008

tentang adam dan hawani

adam sekarang semakin bijak.adik wani pun sama.gelagat mereka menghiburkan.betullah kata orang,anak2 ni mampu membuatkan kita rasa senang walaupun pada hakikatnya penat dengan segala macam urusan hidup.
adam dah pandai nyanyi dah.aku pun terkejut.siap boleh nyanyi lagu ketahuan,pecinta wanita dan favourite dia lagu aspalela.yang bagusnya adam ni suka baca buku,mudah ingat apa yang kita bacakan untuknya.lagi satu dia cukup suka melukis sekarang ni.lagi satu hobi dia ialah menyakat adiknya.
adik wani pula dah pandai buat mimik muka,tersengih menunjukkan dua batang giginya yang baru tumbuh itu.hobinya,hahaha.................naik tangga la.kalau aku tak tengok aje,atau mama dia terlepas pandang tiba2 je dah ada kat tingkat atas menjerit kegirangan.
yang pasti kedua2 mereka itu cukup gemar 'mengemas' rumah.paling lama rumah tu kemas mungkin 2-3 jam je.itu pun apabila mereka tidur.tapi percaya tak,keadaan rumah yang bersepah itu kadang kala merupakan satu kepuasan pada aku dan mama.walaupun penat itulah kebahagiaan namanya...........

balik lewat

ngantuknya..................................kelas dah habis.lepas rehat ada KT.Petang ni ada ko-kurikulum pulak.Balik kelas semalam pula kereta Jimi buat hal.Bukan keretanya tapi kunci keretanya patah.dah satu hal pulak kena phone member datang hantar kunci spare.dekat sejam lebih la juga aku ngan dia duduk depan dewan kuliah tu.lepas tu minum jap kat pandan mewah tu.kejap2 pun kat pukul 1 la juga.dah la mama tunggu aku nak makan.maklumlah mama dah masak kena la hargai sikit.sanggup balik makan sama-sama.
kelas falsafah,dr ahmad musanif semalam banyak mengajar aku tentang erti kehidupan.beliau banyak menyentuh tentang nilai2 kehidupan dan perlunya kita berfikir,merenung tentang apa sahaja yang kita buat.apa yang diterangkan itu merupakan apa yang kita lalui cuma antara kita sedar atau tidak menyedarinya.
lantas aku teringat pada anak2 aku apabila dr menyebut tentang ayahnya walau pun tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi tetapi mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan anak2nya.itu pun disedari setelah usia semakin bertambah.aku pun terfikir........adakah aku telah melakukan yang terbaik untuk mereka yang aku sayangi?
lebih2 lagi sewaktu minum kat pandan mewah semalam aku dapat menyaksikan sebilangan budak2 perempuan yang masih lagi bersama kawan2nya,bergelak gembira,seolah-olah tiada pengawasan.cuba fikirkan.....hampir pukul 1 pagi,apa yang masih dibincangkan oleh mereka?adakah mereka sudah berjaya dalam hidup?dari segi gaya dan bentuk fizikal tubuh badan aku rasakan mereka masih lagi seorang pelajar.itu belum dilihat dari segi pemakaian mereka.agak2nya kalau nenek kita kat kampung tengok mungkin pengsan.mungkin dunia sudah berubah............

06 Mei, 2008

kisah dan teladan

Malam ni ada kelas ganti untuk paper falsafah bahasa melayu kat dk c-1.semalam dah kelas ni,malam ni kelas ganti untuk wesak ni.ingat boleh rehat malam ni tapi memandangkan aku perlu score mark untuk paper ni kena mai la juga.mid-term hari tu aku nyawa2 ikan je.biasa la jujur la katakan.
pagi tadi masa hantar mama,aku layan hot.fm.tajuk dia 'dulu dan sekarang'.tajuk ni membincangkan tentang perubahan kawan2 masa sekolah dulu dan apa yang berlaku pada mereka sekarang.ada pemanggil yang mengatakan mereka tidak sangka akan perubahan yang dialami kawan2 mereka terutamanya jika kawan2 mereka itu mempunyai kekurangan atau tidak begitu menyerlah masa sekolah.dalam erti kata lain mereka yang dikatakan tidak begitu cerdik itu sekarang ini berjaya dalam hidup.
moralnya,jangan memandang rendah keupayaan orang lain kerana apa yang berlaku sekarang tidak semestinya akan terus begitu.mungkin nasibnya akan lebih baik pada masa akan datang.
meminjam kata2 keramat raja lawak 2,nabil "LU PIKIR LA SENDIRI".

6/5/08

Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Karpal Singh meminta supaya istana Perak jangan masuk campur urusan pentadbiran negeri.Kadang kala politik ni sukar untuk dijangka.Mungkin apa yang berlaku tak sebagaimana yang diperkatakan.Dalam politik ni sesiapa pun boleh jadi kawan dan dalam masa yang sama mungkin juga lawan.Di sini lah sebenarnya terletak kewarasan atau kematangan seseorang itu.Dalam masa yang sama,kita juga dapat menilai tahap profesinalisme seseorang.
Aku bukan apa,cuma kadang kala terfikir tentang senario politik negara saat ini.Kita perlu mengambil tahu tentang benda2 macam ni,terutama setelah pru12 hari tu.Ada yang merasa gembira,ada juga yang merasa sedih,keliru dan bermacam-macam perasaan lagi.Itu semua apa yang kita rasakan sahaja tetapi apa yang kita alami tak semestinya sama dengan apa yang kita rasa.Hidup ini memerlukan satu komitmen yang betul2 jitu untuk terus memastikan kita dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh rahmat Allah....kerana perjalanan hidup kita hanyalah satu destinasi akhirnya................iaitu kembali ke pangkuan yang maha Esa.
Apabila terfikirkan benda2 ini membuatkan aku lebih menghargai keluarga aku.Betapa aku lebih memerlukan mama,adam dan adik wani,dan juga keluarga aku.Aku sedar yang mereka sebenarnya merupakan satu aset dan semangat yang aku perlukan untuk mencapai impian dan cita-cita aku.Tu la...... impian tinggi sangat.Takpa yang penting ada impian dan berusaha menuju ke arah itu......................................

05 Mei, 2008

kisah hari ini

hari ini tiada apa yang menarik cuma aku bertugas pada minggu ini.yang tak bestnya hari ini ada budak terluka.apa lagi,dah aku bertugas minggu ni,kena hantar pergi klinik.tapi semua ok.malam ni ada kelas pula.rasa macam penat pula tapi kena pergi gak sebab ni dah minggu ke 9.lagi pun ada satu semester je lagi....
Mesyuarat HEM berlangsung lepas sekolah tadi.tiada apa cuma makluman tentang ajk yang baru dan mengemas kinikan organisasi HEM.aku macam biasalah,disiplin.tapi Kucai jadi aku punya s/u....
sajak untuk assigment dr.samsina belum cukup lagi.dia nak 15 buah sajak................pening juga nak memikirkan tentang sajak ni.sekolah?kerja kat sekolah memang tak habis,tapi dah tanggungjawab kita.yang penting buat satu-satu.soalan peperiksaan semester satu tak hantar lagi,kak ita dah bising tu..........dah siap cuma nak letak tarikh je lagi...........

Gambar SK Tasek Permai


Guru-guru SK Tasek Permai

04 Mei, 2008

gambar adam dan hawani













kisah adam ngan adik wani

Minggu ni kami sekeluarga tak balik Tampin. Jadi aku bawa dia orang jalan2 kat Jusco Balakong. Sampai ngantuk la budak2 tu. Adam macam biasa la,tengok je kedai mainan masti nak tengok. Pas tu siap nak makan mcdonalds pula. Minggu ni tak balik Tampin kerana aku ada kelas,ada assigment yang perlu disiapkan dan juga kerja-kerja sekolah. Kelantan? pun dah lama aku tak balik. Rindu la juga kat cik ngan family.

03 Mei, 2008

cerita adam

hahahaha...................adam begitu seronok dpt pergi zoo negara cuti hari pekerja hari tu.aku pun sebenarnya first time juga pergi zoo.

gambar-gambar








kebanyakan gambar-gambar ini adalah gambar tahun lepas

adam


gambar adam bersama uwan dan atuknya

salam pengenalan


assalamuaikum w.b.t

salam perkenalan diucapkan kepada semua yang membaca dan mengunjungi blog ini.blog ini diwujudkan untuk tugasan dr.normaliza.semoga dapat menggunakan ruangan ini dengan sebaik mungkin.....................................