30 Januari, 2010

Begitu pantas...

Dah penghujung bulan Januari....cepatnya masa berlalu... Minggu ni aku sibuk dengan Larian Permai. Semalam adalah hari kejohanan berlangsung. Larian Permai tu macam merentas desa juga la. Sampai demam juga la aku sebab kena jaga 'check point'. Masa latihan penat juga la sebab kena jaga lalu lintas tu dengan Abai je tetapi semalam kita orang dapat bantuan daripada RELA dan juga polis trafik. Takdelah penat sangat.
Apabila melihat budak-budak tu berlari,teringat zaman aku 'merentas desa' masa bersekolah dahulu. ketika dahulu memang sesuai dinamakan merentas desa kerana sememangnya aku terpaksa melalui desa pun....penat juga la. Macam tu lah apabila ada murid aku yang merungut kepenatan. Senang je aku jawab,aku dulu pun kena lari macam ni juga masa bersekolah...hahaha.
Sebulan dalam tahun 2010 ni banyak perubahan yang berlaku dalam diri aku. Agak drastik juga la apa yang aku lakukan. Alhamdulillah,perubahan yang berlaku itu banyak menenangkan jiwa aku untuk terus melangkah menghadapi hari - hari berikutnya. Banyak lagi halangan yang perlu aku tempuhi untuk menikmati kejayaan. Cuma kadangkala aku merasakan terlalu penat dengan apa yang perlu kita lalui sekarang,tetapi memandangkan perjalanan hidup ini yang masih jauh,kepenatan itu akan hilang macam tu sahaja...
Adam,Wani dan Rayyan.....aku begitu terhibur dengan telatah mereka. abang Adam sudah mula bersekolah di sini. Seronok sungguh Adam dapat bersekolah di sini kerana dapat bersama denagan aku dan mama. Wani pun sama,seronok dengan aksi 'mak nenek' nya. wani begitu petah bercakap dan tidak sabar nak bersekolah. Suka sangat mengusik abangnya dan Rayyan. Tapi mereka berdua ni suka sangat menulis,melukis dan membaca. Cikgunya ialah mama. Adam dan Wani kalau mengeja ni lagi 'best'...lain yang disebut,lain pula yang dibaca...haha,macam cerita P.Ramlee tu...adik Rayyan pula semakin membesar. Abang dengan kakaknya suka usik Rayyan. Insyaallah,aku akan mendapat seorang lagi cahaya mata,alhamdulillah. Terima kasih mama...untuk mama...terima kasih untuk segala-galanya..hahahaha...

13 Januari, 2010

kisah lelaki.

Selalu dikatakan yang lelaki yang 'establish' dikatakan mempunyai tahap keegoaan yang tinggi. Betul,aku setuju tu. Tetapi untuk pengetahuan,setiap lelaki walau setinggi mana ego mereka pasti terdapat kelemahan yang boleh menjatuhkan keegoaan mereka. Contohnya,wanita. Sehebat mana pun lelaki itu pasti akan ada seorang wanita yang mampu untuk membuatkan mereka terpaksa mengalah dengan keegoaan mereka sendiri.
Untuk 'outsider',keegoaan seorang lelaki akan tercabar apabila mereka berjumpa dengan 'soulmate' mereka. Macam yang selalu saya katakan dahulu yang jika kita merasakan diri kita hebat,akan ada lagi yang lebih hebat daripada kita. Aku juga bersetuju dengan MAMA yang setiap lelaki yang mempunyai keegoaan yang tinggi itu sebenarnya seorang yang 'penakut'. Takut untuk menghadapi kenyataan yang beliau tidak mampu untuk mengawal keadaan dan tidak mempunyai kuasa. Itu yang membuatkan mereka rasa hebat. Lelaki 'establish' la katakan. Ada wang dan rupa. Hakikatnya tindakan kita yang sebenarnya menggambarkan tahap 'kehebatan' kita. Akal yang dikurniakan dan ilmu yang dimilik sebenarnya yang menjadikan kita hebat...
Aku juga lelaki biasa......

sometimes

begitu cepat masa berlalu......banyak benda yang dah berubah....

04 Januari, 2010

Satu Penghijrahan

Alhamdulillah,hari pertama persekolahan semuanya berjalan dengan lancar. Aku juga dapat merasakan ketenangan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Jujurnya inilah kali pertama dalam tempoh tersebut aku dapat merasai perasaan tersebut,seolah-olah aku baru dilahirkan semula. Aku dapat merasakan semuanya baru bagi aku. Aku dapat merasakan kekosongan tersebut dan yang ada hanyalah perkara-perkara yang perlu aku lalui dan fikirkan sahaja. Lebih kurang yang wajib sahaja.
Tambahan pula aku tidak lagi dibebani dengan tugas-tugas disiplin yang mana membolehkan aku memberikan tumpuan kepada pengurusan panitia Bahasa Melayu.Insyaallah aku akan tinggalkan sesuatu kenangan manis di SK Tasek Permai sebelum aku pergi meninggalkannya.
Aku berharap penghijrahan ini akan membawa seribu kebaikan kepada semua pihak,harap-haraplah...cuma kita tidak tahu bila waktu kita...sekarang mungkin kita bersenang lenang tetapi tidak mustahil esok lusa pula sebaliknya. Jika hari ini kita bergembira,mana tahu esok lusa kita dilanda kesedihan...ingatlah...