23 November, 2010

penat,letih dan mengantuk tetapi..................

Hampir dua bulan lamanya aku tidak berkongsi rasa dalam blog ini,bukan apa sebenarnya cuma terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini dan masa yang berlalu dengan begitu pantas tanpa aku terasa. Sedar tak sedar pun anak perempuan aku yang baru lahir pun sudah hampir berusia dua bulan... Yasmine...itulah namanya....
Banyak pengalaman hidup yang dapat aku kutip semenjak dua menjak ini. Semuanya memberikan aku pengajaran dan pengalaman yang berguna. Aku juga akan memulakan fasa baru dalam hidup aku. Ya, fasa baru apabila aku akan memulakan sessi persekolahan tahun 2011 di sekolah baru. Aku akan meninggalkan SK Tasek Permai yang telah banyak mengajar aku tentang proses kehidupan...hampir sebelas tahun aku di situ.....terlalu banyak yang aku perolehi di situ. Terlalu banyak..............cepatnya sebelas tahun berlalu. Sudah tiba masanya untuk aku pula beralih dari Tasek Permai. Siapa sangka yang aku akan meninggalkan SK Tasek Permai kerana aku pernah mengatakan bahawa aku akan setia di situ sehinggalah aku ditukarkan. Itulah yang dikatakan ketentuan Tuhan. Sekarang yang tinggal di situ hanyalah Lan,Nik sahaja yang merupakan satu 'badge' dengan aku...yang lain-lain tu merupakan guru-guru yang datang secara berperingkat.
Terlalu banyak memori yang terkumpul selama sebelas tahun aku di sana. Semua telah aku laluinya..... Insyaallah ada masa nanti aku akan coretkan semuanya.....di mana di situlah aku bermula segala-galanya...

01 November, 2010

Alhamdulillah.

Alhamdulillah akhirnya pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010....dan juga tidak lupa kepada mama,selamat kembali bekerja....

28 September, 2010

Apa khabar semua??

Minta maaf kerana lama sangat tidak menulis dalam blog aku ini. Banyak sangat perkara yang perlu dilalui oleh diri aku kebelakangan ini. Aku rasakan jiwa aku sudah tidak ada di SK Tasek Permai. Aku hanya bekerja untuk menghalalkan gaji aku dan untuk murid-murid kesayangan aku 4 Zuhrah. Selain daripada itu tiada apa yang menarik untuk aku. Mungkin jarak perjalanan yang jauh telah membuatkan motivasi aku semakin berkurangan. Aku berharap sangat agar aku dapat bertukar ke Negeri Sembilan pada tahun depan. Sudah terlalu lama aku tidak menggunakan 'skill' aku dalam bidang pendidikan. Mungkin faktor persekitaran yang membuatkan 'kreativiti' aku terbantut.......................................

19 Ogos, 2010

Selamat datang Ramadan


Hari ini hari ke-9 kita semua berpuasa. Tahun ini Adam sudah mula berpuasa. Bermacam karenah dia sewaktu menjalani ibadah berpuasa. Rasanya Adam dah berpuasa penuh selama enam hari sehingga ke hari ini. Kasihan juga kat dia tetapi Adam bermotivasi untuk berpuasa. Godaannya ialah adik-adiknya. Yang kelakarnya masa hari kedua,Adam makan biskut 'chipsmore' setelah melihat adik Wani dan Rayyan sedang makan biskut tersebut. Lapar katanya.
Orang yang paling bising tentulah mama yang akan memantau Adam. Mama banyak memberikan galakan kepada Adam,aku cuma memberikan sokongan aje. Tapi aku tahu yang Adam boleh melaluinya.
Adam juga sanggup untuk bangun bersama-sama untuk bersahur. Kalau ditanya padanya nak bersahur atau tak,pantas je menjawab "Adam nak puasa".....
Cuma kelmarin dia berpuasa tetapi terpaksa berbuka bersama bibiknya sahaja kerana aku pulang agak lewat ke rumah. Aku lewat kerana kereta aku lambat siap setelah dibaiki. Aku bersama mama terpaksa berbuka dalam perjalanan sahaja.

Bengkel Persatuan dan Kelab SKTP

sebelum memberikan ceramah. aku terpaksa menggantikan cikgu azelan yang bercuti....bidan terjun la tu....

sedang memberikan ceramah.

sedang berbincang bersama penyelaras,gpk...

murid-murid tahun enam tekun mendengar ceramah.

bersama Ikram....

08 Ogos, 2010

5 GOLONGAN YANG PASTI GAGAL

Aku baru lepas baca artikel dalam Maskulin edisi Ogos hasil tulisan jutawan internet,saudara Irfan Khairi. Menarik juga untuk aku kongsikan bersama. Beliau menyenaraikan ada lima jenis golongan manusia yang pasti gagal dalam apa jua bidang....
Golongan yang pertama ialah golongan yang suka membuang masa. Atau dalam erti kata lain mengikut saudara irfan ialah 'curi tulang'. Hmmmmmm...rasa macam kita pun termasuk dalam golongan tersebut. Kita pernah membaca akhbar,majalah,chatting online dan bersembang kosong sewaktu bekerja. Masa sememangnya begitu berharga. Kita takkan dapat menggembalikan kembali masa yang 'terbuang' begitu saja. Sepatutnya masa tersebut diisi dengan komitmen kepada pekerjaan kita. Mudahnya kan????
Golongan yang kedua adalah golongan pemberi alasan. Hehe...macam kena batang hidung sendiri pula. Kenapa datang lewat? alasannya ialah 'traffic jammed','accident' dan seribu macam alasan lagi. Betul juga tu...ini adalah petikan tulisan saudara Irfan;
"Kunci kejayaan terletak pada pilihan yang kita lakukan. Semua orang mempunyai pilihan kita sendiri dan apa jua pilihan adalah tanggungjawab kita sendiri. Sama ada datang lewat untuk kerja,tidak dapat siap kerja yang sepatutnya dilakukan atau tidak memulakan perniagaan,kita mengambil tanggung jawab tersebut atau pun tidak dengan memberi alasan. Ianya adalah pilihan kita'
Ini bermakna kita boleh mencari pelbagai alasan untuk setiap apa yang kita lakukan... Adakah kita termasuk dalam golongan ini???? hahaha,masing-masing ada jawapan sendiri...aku????fikirlah sendiri.
Golongan yang ketiga pula ialah golongan yang menyalahkan orang lain. Mereka ini akan sentiasa menyalahkan orang lain dan keadaan sekeliling yang menyebabkan kegagalan mereka. Pastinya ramai yang termasuk dalam golongan ini. Aku juga tertarik untuk berkongsi petikan ini yang ingin dikongsikan sebagai renungan bersama;
"Untuk berjaya,100% tannggungjawab perlu dipikul oleh diri sendiri. Sekiranya sesuatu yang hebat berlaku pada diri kita,ianya adalah atas usaha kita. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku,salahnya juga adalah salah kita."
Golongan yang keempat pula ialah golongan yang berfikiran negatif. Sebenarnya ramai yang berfikiran negatif secara tidak langsung. Golongan ini akan sentiasa akan menjatuhkan semangat mereka di sekeliling mereka yang cuba untuk berjaya. Pernahkah kita mendengar ayat seperti ini; Boleh ke berjaya apa yang kau buat ni?, Dah ramai yang buat perniagaan ni,ramai yang dah lingkup....dan bermacam lagi kata-kata yang sebenarnya boleh melemahkan semangat kita.
Golongan yang terakhir ialah golongan yang tidak mencari ilmu. Golongan inilah yang pertama sekali akan gagal. Kenapa???? Kerana ilmu adalah segal-galanya. Mereka inilah yang paling rugi,tetapi yang lagi merugikan adalah mereka yng berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Menarik bukan golongan-golongan yang telah disebutkan. Adakah kita termasuk dalam golongan tersebut? Macam aku katakan tadi,jawapannya hanya kita yang mengetahui. aku cuma ingin berkonsi hasil tulisan saudara Irfan Khairi,jutawan internet kita. Memang apa yang ditulis oleh beliau adalah perkara biasa yang mungkin kita telah ketahui cuma belum'jelas' je lagi. Jadi,kita telah diingatkan tentang perkara ini....tunggu apa lagi.....................

sukantara dan sukaneka sktp 2010




05 Ogos, 2010

dalam proses menaik taraf blog

maaf kepada kawan-kawan semua....aku sedang berusaha untuk memantapkan lagi blog ini dengan kandungan yang lebih segar dan lebih profesional....

02 Ogos, 2010

Pelancaran buku Red Warriors 'Menuju Puncak'

bersama KJ dan Tan Sri Annuar Musa
semasa ketibaan Tan Sri Annuar Musa. Majlis ini telah diadakan di Royale Chulan,Kuala Lumpur pada 18 Julai 2010.

03 Jun, 2010

Minggu peperiksaan

Hmmmmmm...minggu peperiksaan,dah tentu nak kena tanda kertas jawapan murid pula. Cuti sekolah pula dua minggu,lama juga la aku kena jadi suri rumah nanti. Harapnya bolehlah siapkan kerja-kerja sekolah aku yang masih terbengkalai. Kawan-kawan lain semuanya sibuk bergembira nak bercuti,nak balik kampung,melancong dan bermacam agenda lagi.
Aku? Tahun ini aku masih belum berkesempatan untuk pulang ke Kelantan. Bukan tak ingin pulang tetapi belum berpeluang dan berkesempatan untuk 'mencuri' masa untuk balik. Apa yang penting ialah hati aku tetap masih mengatakan aku anak Kelantan dan jati diri aku masih kuat dan aku berbangga mempunyai darah Kelantan dalam tubuh aku...emosional sikitkan? Bukan apa kerana ada juga yang tidak berbangga kerana dilahirkan sebagai anak Kelantan dan malu menggunakan dialek atau loghat Kelantan di perantauan....peliknya.
Esok aku akan terlibat dengan program jati diri atau program motivasi UPSR di sekolah. Mungkin aku akan bermalam di sekolah bersama-sama beberapa rakan guru yang lain. Hanya inilah sumbangan yang boleh aku berikan,walaupun tidak sehebat sumbangan orang lain. Petang tadi pun aku hanya membantu untuk menyiapkan persiapan untuk aktiviti petang esok. Kata-kata jauh bukan alasan untuk setiap apa yang aku lakukan di SK Tasek Permai akan menjadi 'kata-kata hikmat' yang aku tidak akan lupakan seumur hidup aku.....

02 Jun, 2010

Pertukaran

Aku telah memohon untuk bertukar pada sesi Jun 2010 dan duka cita,jawapannya ialah permohonan anda tidak diluluskan. Aku meminta bertukar ke Seremban kerana aku telah menetap di sana sekarang. Sekarang aku terpaksa berulang alik dari Seremban ke SK Tasek Permai,Ampang. Memang memenatkan.....
Dalam masa yang sama,aku masih lagi menanti kenaikan ke gred dg32. Sepatutnya aku mendapat 'time based' tersebut dalam tahun ini. Faktor itu juga membuatkan aku seolah-olah terpaksa bersabar untuk 'reda' dengan kegagalan permohonan pertukaran aku. Bukan apa,apabila berpindah ke tempat baru aku hanya perlu menumpukan untuk menunggu permohonan ke dg41 pula. Aku dah tamat belajar kat UPM dah hampir dua tahun.... Kebanyakan kawan-kawan aku semasa di Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang daulu boleh dikatakan menyambung pengajian mereka di peringkat ijazah dan ada yang dah berada dalam gred dg 41 sekarang. Lan pun telah sambung belajar kat UKM.
Nampaknya aku terpaksa 'berpenat-lelah' selama enam bulan lagi sebelum memohon untuk pertukaran Januari 2011 nanti. Kawan aku yang dapat tukar balik Kedah ialah Pn. Dien Ayu....mesti seronokkan dapat balik negeri sendiri??????

31 Mei, 2010

Hujung minggu dan konsert Rossa

Minggu lepas aku sempat menonton konsert Rossa bersama mama. Boleh tahan la cuma penonton tak la memenuhi stadium. Kata tiket yang berharga rm53 dah habis tetapi apabila aku pergi kaunter kat Bukit Jalil,masih ada lagi. Kalau tak kena beli yang berharga rm 103 lah jawabnya.
Masa tengok konsert tu pula ramai yang beli tiket rm53 je....tiket yang berharga rm103 pun lebih kurang je view dia,nasib baik la aku beli tiket yang rm53. Konsert dia boleh layan la,lagi pun nak 'spend' masa bersama mama. Artis undangan pula ialah Aizat,tapi nyanyi tak sampai satu lagu pun,duet bersama Rossa. Nampak sangat macam terpaksa jemput Aizat....hahaha.
Dapat la juga layan kumpulan ST 12 dan Pasha Ungu....Pasha memang best tetapi kumpulan ST 12 pula hancur,suara sedap,lagu sedap tetapi banyak menjerit. Imej pun entah apa-apa. Pasha juga 'cool' dengan imej dia.
Hari Ahad pula aku dan mama sempat membersihkan kawasan depan rumah yang sememangnya dah lama sepatutnya aku bersihkan. Hari tu pun mama yang bersungguh untuk membersihkannya,siap ambil pemotong rumput lagi,hahahaha....Adam ngan Wani pun seronok la menolong aku. Dia orang ditugaskan untuk memegang plastik sampah je. Rayyan pun sibuk nak menolong tapi akhirnya dia kena hantar masuk dalam rumah kerana dia 'menolong' lebih sangat...hahahaha. Berpeluh la juga.....

26 Mei, 2010

HARI GURU 2010

bersama Guru Besar,Pn.Hjh.Eshah................
ni masa main badminton suka-suka hari guru hari tu...tak baja baju,main pakai jersi sekolah dan pakai slack je.............kucai,aku dan abai...
aku ngan israq.....boleh tahan la juga sambutan
hahahahahaha

19 Mei, 2010

lawak suka-suka

hahahahaha....dah lupa ambil kat mana. Rasanya kat facebook....baca dari atas dulu kemudian dari bawah pula....jangan ikut sangat benda-benda macam ni...sekadar nak buat 'joke' boleh la.......

18 Mei, 2010

SELAMAT HARI GURU

AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU......

kalut nak beli tiket

Hahaha..........gambar ni sebenarnya masa aku bersama Shukri dan Abaidi pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil nak beli tiket separuh akhir Piala Thomas . Aku bergegas ke sana selepas solat Jumaat. Tapi tiket tersebut dah habis....frust juga la. Malam tu terpaksa la tengok live kat tv je. Apa pun aku tetap penyokong setia pasukan Malaysia,tak kira menang atau kalah...............

14 Mei, 2010

Perlawanan Piala Thomas-suku akhir,Malaysia lawan Denmark

Aku ngan Mama...awal lagi,penonton belum masuk lagi.....
Penyokong-penyokong Malaysia
Tempat duduk pemain

Kabur sikit....masa ni Hafiz main...

10 Mei, 2010

my friends



Ini adalah kenangan yang tak mungkin kembali....

Minggu baru...

Dah masuk bulan Mei...dah hampir pertengahan bulan dah. Hampir juga pada pertenghan tahun. Dalam tempoh hampir mencecah setengah tahun,aku masih belum dapat memberikan komitmen dan fokus pada karier aku. Bukan bermaksud aku mengabaikannya tetapi aku masih belum menemui rentak yang aku inginkan. Segala yang aku rancangkan masih belum menemui kesesuaiannya. Masih jauh lagi yang perlu aku lalui dalam mencari kejayaan dalam karier aku ini.
Profesion guru ini semakin mencabar seiring dengan peredaran zaman. Serba salah aku dalam menghadapi situasi begini. Murid-murid atau pelajar sekarang berkembang dengan begitu cepat sekali. Berbeza dengan pelajar-pelajar dahulu,zaman aku bersekolah dahulu. Pelajar-pelajar sekarang mungkin mempunyai ilmu akademik yang cemerlang tetapi gagal dalam pembentukan sahsiah diri. Mereka ini seolah-olah tidak dapat berfikir dengan baik tentang bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Memang tidak dinafikan yang mereka semua ini sangat cemerlang dalam pembelajaran tetapi tidak begitu cemerlang dalam menguruskan kehidupan bermasyarakat mereka. Mungkin inilah harga yang perlu dibayar dalam menempuhi kepesatan arus kemodenan,terpaksa korbankan nilai-nilai kehidupan. Kenapa ya????

09 Mei, 2010

Ucapan Selamat hari Ibu

Aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Cik,Emak dan mama. Terima kasih atas jasa-jasa kalian semua,mungkin aku tak mampu untuk menzahirkan betapa kalian begitu hebat. Aku cuma mampu melontarkan secebis ucapan sahaja.....TERIMA KASIH!

Anak-anak aku....

Rayyan,Wani,Adam
Abang Adam....
Kakak Wani...
Adik Rayyan

03 Mei, 2010

di sk tasek permai

bersama 'otai' kat sk tasek permai
semasa menjadi ajk pibg,masa mesyuarat agung 2010...
di sinilah aku mengumpul pengalaman hidup aku....sk tasek permai....

Damai

Alhamdulilah,hari minggu lepas aku dapat rasakan kedamaian yang amat sangat. Aku dapat menghabiskan masa bersama keluarga aku. Anak-anak aku begitu gembira bermain-main di halaman rumahku. Mama pun gembira melayan kerenah mereka. Rayyan begitu seronok bermain basikal bersama kakaknya,Hawani. Adam pula bermain gelungsur...masa itu aku rasakan sungguh bahagia sekali. Aku memerhatikan telatah mereka sambil membaca akhbar,dan juga menghirup nescafe yang mama buat....hmmmmmmm....kedamaian yang aku dapat rasakan....

01 Mei, 2010

salam...

yap...hargailah setiap peluang dan ruang yang pernah anda ada.........sebab kita takkan dapat kembali apa yang telah kita 'cicirkan'....

22 April, 2010

blank

mengadap pc tetapi tiada idea yang mampu untuk diluahkan............................

21 April, 2010

hanya mampu.........

tiada apa yang nak dikongsikan................................kalau diikutkan banyak idea yang nak dituliskan tetapi tiada daya untuk meluahkan melalui kata-kata.............

08 April, 2010

Rumah kami.

Inilah kediaman kami...bolehlah dikatakan hadiah ulang tahun perkahwinan aku dan mama....semuanya untuk mama dan anak-anak.

terlalu penat

Terlalu penat!!!!......kebelakangan ini aku rasakan cukup penat,mungkin sebab terpaksa mengharungi perjalanan yang agak jauh setiap hari. Cuma telatah anak-anak aku saja yang dapat membuatkan kepenatan tersebut hilang. Mama lagi lah penat....
Apabila sampai ke rumah,telatah Rayyan sangat menghiburkan. Rayyan mesti sibuk nak menyambut kepulangan aku dan mama. Gaya dia memang kelakar,cara dia jalan,wajahnya.....yang paling menarik tu kalau dia merajuk ke,menangis ke....cuma Rayyan ni selalu kena tinggal bersama dengan bibiknya jika kami keluar.
Abang Adam pula sejak bersekolah ni,alhamdulillah la...hilang la kebosanan dia kat rumah. Malam je mesti dia kena buat kerja sekolah dia. Kalau tak nangis masa buat kerja sekolah dia memang tak sah...Aku yang ajar dia memang garang sikit,mama dia pun sama. Garang sebab sayangkan dia,kalau ikutkan hati memang tak sampai hati tetapi itu pun untuk kebaikan dia juga. Hobi dia,layan kartun je. Sampaikan 'remote' Astro tu dia yang pegang,siap dia sembunyikan tak nak bagi aku tukar 'channel' lain.
Wani pula ada telatah tersendiri. Apabila nampak abangnya membuat kerja sekolah,mula la dia sibuk nak menulis,melukis dan bermacam lagi... Yang paling best mesti pesan kat aku ngan mama dia.."ayah,mama...nanti beli kit kat ye"...kalau tak kit kat mesti kinder joy atau kinder bueno... Sekarang ni dia duk bising nak beli 'handphone' mainan dia yang baru kerana yang lama dah rosak...'Handphone' tu mestilah warna 'pink' . Wani memang obses ngan warna 'pink' ni....semua nak 'pink'...
Mama...tetap best...................................................

28 Mac, 2010

Ulang alik Senawang Ampang.

Hampir sebulan sudah aku berulang alik ke Ampang dari Senawang. Boleh tahan juga penatnya,terutama apabila melibatkan kos perjalanan yang terpaksa ditanggung. Setiap pagi aku bersama mama terpaksa keluar awal pagi. Selalunya kami akan sampai ke rumah dalam pukul enam petang. Itu pun kalau aku balik bersama mama,kalau tak dalam pukul dua petang aku dah balik rumah. Kalau aku terus bergegas pulang maknanya mama terpaksa menaiki komuter untuk pulang. Aku hanya akan menjemputnya di stesen komuter. Tetapi selalunya aku menunggu mama untuk pulang bersama kerana kalau sebolehnya aku tidak ingin menyusahkan mama... Sampaikan Adam dan Hawani dah pandai merungut mengatakan kami ni sibuk sangat. Pernah mereka bertanyakan kenapa kami pulan lambat kepada bibiknya. Yang paling kelakar ialah apabila mereka mengatakan yang kami ni nak tidur kat 'office' ke tak balik-balik lagi ni...hahaha....
Abang Adam pun sudah mula bersekolah di tadika berhampiran rumah kami. Hari pertama dia kat sekolah dia tertidur dalam kelas...hahaha,maklumlah malam tu dia tidur lewat. Adam ni sebenarnya budak yang bijak cuma dia banyak sangat helahnya. Kalau dia sedang buat kerja rumah punyalah 'slow' sampaikan mamanya bising. Dia dah tahu huruf-huruf tu,jadi dia main-mainlah. Tapi jika aku yang mengajarnya dia akan terus membuat kerja rumahnya itu...aku sememangnya garang,bukan apa...sekurang-kurangnya Adam akan mengingati saat kegarangan aku nanti. Adamkan anak sulung,jadi dia perlu tabah untuk menjadi conth yang terbaik untuk adik-adiknya nanti. Sekarang pun Hawani dan Rayyan mempunyai motivasi untuk belajar apabila melihat Abang Adam sedang belajar. Hawani misalnya beria-ia menyuruh mamanya menghantarnya ke sekolah. Rayyan pun sama,mesti sibuk nak pegang pensil dan melakar kat kertas macam abang dan kakaknya...

19 Mac, 2010

Pengalaman menjadi guru pelatih

Minggu lepas aku melihat kembali gambar-gambar lama aku. Aku tersenyum sahaja apabila ternampak gambar-gambar sewaktu menjadi guru pelatih dahulu. Semuanya itu menjadi kenangan yang menarik dan berharga. Semuanya bermula apabila Lan menunjukkan gambar-gambar lama dalam simpanannya...hahaha. Aku dengan Lan ni memang dah berkawan agak lama,semenjak zaman maktab,menjalani latihan praktikum bersama-sama hinggalah ditempatkan di sekolah yang sama untuk mengajar.
Pengalaman pertama menjalani praktikum,masa tu dipanggil ROS (Rancangan Orientasi Sekolalah). Sekolahnya ialah SK Klian Intan,Grik,Perak. Kami ditempatkan di situ selama hampir sebulan. Objektifnya ialah untuk mendedahkan kami semua dengan suasana persekolahan. Kalau tak silap aku dalam tahun awal 1997.
Aku,Pade dan beberapa orang lagi kawan menaiki bas dari Gelugor,Pulau Pinang menuju ke Grik kerana kebanyakannya ditempatkan di Grik. Bayangkan dengan membawa beg dengan menaiki bas...hmmm... Aku sempat bermalam di Baling sementara menunggu bas ke Grik. Lan pula menaiki van yang disewa oleh rakan-rakan lain. Sampai di sekolah SK Klian Intan aku disambut oleh tukang kebun sekolah itu. Maaf,namanya aku sudah lupa. Setelah menunggu beberapa lama,Lan pun sampai.
Hampir sebulan aku dan Lan menginap di surau sekolah kerana sukar untuk mencari penginapan yang sesuai dalam tempoh sesingkat sebulan ini. Guru-guru yang bujang tinggal di kuarters di Pengkalan Hulu. Guru pelatih perempuan bernasib baik kerana ada guru yang bujang tinggal berhampiran sekolah. Kami semua seramai empat orang,dua lelaki dan dua perempuan. Kawan-kawan yang lain semuanya ada di sekolah yang berhampiran.
Hampir sebulan jugalah aku terpaksa berjalan ke tepi jalan raya untuk mencari kedai makan pada waktu petang,maklumlah kawasan ini terpencil sikit. Pantang ada masa aku mesti ke Grik atau Pengkalan Hulu untuk berjumpa kawan-kawan. Hari minggu aku akan pulang ke Kelantan kerana jaraknya hanya tiga jam sahaja.....menaiki bas tu...memang pengalaman yang menarik. Saat menunggu untuk menaiki bas yang kami gelar 'bas Israel'...hahaha.
Banyak pengalaman yang dapat aku dan Lan kutip di sini. Guru Besarnya baik. Beliau sentiasa memberikan peluang untuk kami mengambil sebanyak mungkin pengalaman di sekolah ini. Guru-gurunya juga sentiasa memberikan kami ruang untuk meraih sebanyak mungkin pengalaman yang diperlukan.
Itu hanya pengalaman berdasarkan sewaktu menjalani praktikum di SK Klian Intan bersama Lan....pengalaman pertama sewaktu berpraktikum,banayak lagi sebenarnya kisah-kisah selama sebulan aku di sana....cuma gambar-gambar belum sempat untuk aku uploadkan....insyaallah....

18 Mac, 2010

UCAPAN UNTUK MAMA

MAMA,
SEBELUM TERLUPA,AYAH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA.....saje je ayah nak ucap lewat sikit....kasi 'suspen' sikit....terima kasih atas sokongan dan kepercayaan mama terhadap ayah. Terima kasih kerana menjaga dan menyayangi ayah dan anak-anak kita...Sebelum terlupa 'happy birthday' Rayyan....

Pemuda UMNO Machang





08 Mac, 2010

masa hari guru 2009


israq,midon,aku...rose,efa (depan)

nak tergelak...

Aku cuma terfikir tentang sikap sesetengah manusia dalam masyarakat kita ini. Rupanya banyak jenis manusia yang ada di sekeliling kita. Aku tidak pernah peduli tentang itu semua sebelum ini. aku hanya memerhatikan sahaja setiap tingkah laku mereka ini.
Cuma kebelakangan ini sahaja aku merasakan mereka ini ada kaitan dengan 'laluan' hidup aku. Dalam aku menuju destinasi hidup aku,mereka-mereka ini,iaitu jenis-jenis manusia tadi cuba untuk 'terlibat' dalam kembara hidup aku....aku tertanya-tanya sendirian,siapakah mereka ini? Apakah motif mereka cuba untuk menyelinap masuk dalam kotak pemikiran aku? Adakah mereka berhak untuk memikirkan tentang aku? Apakah yang mereka dapat ketika cuba untuk mengisi kembara hidup aku?
Itulah lumrah kehidupan ini. Kita hidup dalam satu masyarakat yang sentiasa dilinkungi dengan pelbagai jenis 'cobaan'. Cuma kita kenal pasti adakah ianya 'cobaan' yang membina,mematangkan atau 'cobaan' yang akan membawa kita ke arah kehancuran.
Sejujurnya,aku tidak menyangka akan terlibat dengan manusia yang pelbagai jenis dan ragam ini. Mungkin sebelum ini aku sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang jujur dan ikhlas.... aku kata mungkin,dalam hati siapa tahukan? Ingatan ini sentiasa dalam hati aku....KADANGKALA ORANG YANG MEMBANTU KITA,BAIK DENGAN KITA,SENTIASA BERSAMA KITA belum PASTI MAHU MELIHAT KITA BERJAYA....mungkin MEREKA INI SENTIASA MENDAMPINGI KITA UNTUK MEMASTIKAN KITA AKAN JATUH 'TERSUNGKUR'...
atau adakah aku sekarang ini terlalu curiga dengan persekitaran???? hahahahaha.....pengalaman..............,mungkin yang menjadikan aku sebegini...

23 Februari, 2010

Masa aku konvo,UPM 2009

Abang Adam masa Hari Anugerah tadikanya

Gambar ini sebenarnya masa hari penyampaian hadiah tadika Adam tahun lepas. Masa tu Adam baru berusia empat tahun. Begitu seronok semasa dia mendapat hadiah tersebut. Yang 'bestnya' adik Wani pun dapat hadiah juga. Hahaha....dia pun dapat sebab dia menangis-nangis nakkan hadiah tersebut,maka untuk memujuknya terpaksalah cikgu tu berikan juga. Nasib ada lebih hadiah tu.
Aku masa tu berada di luar. Maklumlah yang berada kat dalam tu semuanya kaum ibu. Jadi kena la mamanya yang masuk. Kena pula ada ceramah keibubapaan sebelum majlis itu berlangsung. Mamanya la yang dengar.

Masa ni Adam tengah berbaris untuk mengambil hadiahnya. Adam ni sebenarnya aktif juga cuma apabila dia tahu aku dengan mamanya ada,dia lebih bersopan sikit.... Selalunya cikgu dia akan komen pasal Adam ni kat Wan dia...apabila kami balik kampung,banyaklah telatahnya yang kami dapat dengar....tapi Adam ni kesayangan wan dan mummy dia sebenarnya....sekarang ni Adam semakin membesar dan semakin menunjukkan sikap yang positif. Sekarang kakak Wani pula yang semakin nakal,tetapi rajin belajar. Mungkin selalu melihat abangnya membuat kerja rumah dan menulis. Rayyan pun sama. Suka menulis dan mengusik abang dan kakaknya... Syukur alhamdulillah,atas kurniaan ini...

16 Februari, 2010

12 Februari, 2010

Masa Sekolah dulu.

Ini adalah gambar aku masa tingkatan 6. Aku paling kiri...kurus sangat masa tu...hahaha. Roslan,ketua kelas aku sekarang mengajar kat SMK Taman Tasik,dekat dengan aku. Hazardie,pengawas tu pula mengajar kat Puchong. Seronok juga mengimbau kenangan lama ni...
Bila agaknya dapat jumpa dia orang semua???? Gambar ini sudah berusia hampir 16 tahun...cepatnya masa berlalu...

09 Februari, 2010

Majlis sambutan harijadi Adam yang ke-4

kek harijadi Adam yang ke -4 tahun lepas

adam bersama adiknya hawani...

adam bersama sepupu-sepupunya...