18 Disember, 2008

bukan menghilang

assalamualaikum semua...maaflah lama tak jenguk blog aku ni.bukan apa,cuma malas nak menulis.hehehe.lagipun adam ngan wani ada kat kampung.macam mama cakap la,mati kutu aku rasakan.mad&ct,terima kasih la sebab sudi menjenguk blog aku ni.amboi,celebrate anniversary sampai ke penang tu.tahniah,k.sepanjang tempoh aku tak masuk blog ni,banyak juga yang berlaku kat ruangan chat kat sebelah tu.la'tahzan....hmmmm.soalan dia tu kacang je.mama dah tau jawapan ayahkan?biar la ayah jawab kat la'tahzan tu,sian dia,kan?jawapannya...MAMA dan ANAK-ANAK aku adalah sumber kekuatan pada aku.terpulanglah pada pandangan kita ianya sebagai sumber motivasi atau inspirasi.'dia' hanyalah sebagai panduan kepada aku untuk memberikan segala-galanya kepada mama dan anak-anak aku.setidak-tidaknya aku mempunyai pengalaman untuk menentukan apa yang terbaik buat mama dan anak-anak aku.itulah gunanya pengalaman kehidupan.untuk berjaya kita mestilah menggunakan apa sahaja pengalaman dan pengajaran yang kita dapat sepanjang tempoh kehidupan ini.takkanlah kalau kita dah tahu tindakan kita itu salah suatu ketika dahulu takkanlah sekarang kita akan mengambil langkah yang sama.sebab itulah pengalaman yang pernah aku dapat sebelum berjumpa dan berkahwin dengan mama,dapat aku jadikan sebagai panduan demi untuk kebahagian aku bersama-sama dengan mama dan anak-anak tercinta.untuk la'tahzan,betapa bodohnya jika aku mempersia-siakan kasih sayang yang mama berikan pada aku sekian lama.bagi aku apa yang mama berikan pada aku tidak mungkin akan ada perempuan lain yang boleh berikan sekalipun perempuan itu adalah 'dia'.bagi aku itulah perbezaannya,antara motivasi,inspirasi dan keinginan kita.apapun ianya terpulang kepada hati dan niat kita...insyaallah mama kebahagian akan terus bersama kita...adam,wani tunggu kepulangan ayah dan mama...kuntaidam.

03 Disember, 2008

awal disember

assalamualaikum semua...dah masuk bulan disember dah ye...tak lama lagi tahun baru 2009.banyak perubahan yang akan berlaku.semoga perubahan yang positif,kan...terima kasih la mad dan ct yang rajin masuk blog aku ni.hilang rindu kat hangpa semua.ni pun aku baru balik tampin.adam ngan wani ada kat sana.apabila diorang tiada ni,rindu la pula ngan telatah mereka.dah la dua2 baru potong rambut,nampak 'cute' sangat.
minggu ni aku akan pulang ke kelantan untuk menyambut raya aidiladha kat sana.kat sana tengah musim banjir tetapi kampung aku tak kot.cuma yang merisaukan aku adalah semasa dalam perjalanan tu...balik pun kejap je.hari selasa dah kena datang sini balik,mama kerja.balik berhari raya sambil menziarahi cik aku.
lupa la pula,masa kat tampin hari tu,aku ngan 'family' sambut 'birthday' adam.punya la seronok budak adam tu.dah la kena beli ultraman ngan power rangers dia sebelum tu.punyalah mahal.takpe,yang penting adam gumbira,kan.
minggu lepas juga aku pergi shah alam,stadium melawati.saja nak tengok perhimpunan agung parti pkr.bukan bagi sokongan tau,cuma untuk melihat apakah yang ada pada mereka sehingga meraih sokongan daripada rakyat pada pru yang lepas.kalaulah aku 'someone' mcm zaid ibrahim dah tentu aku kena tindakan.tapi aku tetap berpegang pada kepercayaan aku.aku tetap akan memilih untuk bersama-sama dgn umno.bukan apa,sebab aku masih tidak nampak dengan jelas tentang perjuangan parti pembangkang.pandangan aku ni mungkin menimbulkan tanggapan sinis kawan2,takpe kerana mereka memahaminya,tak begitu jai,pali?jangan marah aaaa.aku tetap 'respect' prinsip kawan2.
yang penting kita mesti meneruskan kehidupan kita...cuti panjang lagi,manfaatkanlah dengan baik.aku....mcm ni lah.jadi mr.mama.masa nilah aku nak menolong mama,kan...dgn kerja rumah.insyaalah,mama.ayah akan berikan yang terbaik untuk mama...ayah akan cuba jadi sesempurna mungkin untuk mama...

28 November, 2008

10 tahun lagi...

assalamualaikum...la'tahzan?power juga soalan kau...terpulang pada rasional akal la.yang susah dan senang bersama aku adalah mama dan anak2.yang percaya pada impian aku pun cuma mama dan anak2.adakah aku sanggup membiarkan mereka merasai apa yang telah aku rasa...bagi aku tidak.ini kerana sejarah aku tiada kaitan dengan hak yang sepatutnya mereka dapat.yang melalui sejarah itu adalah aku.mengapa aku perlu membuatkan mereka merasai dan melalui apa yang aku rasai.mama dan anak2 aku akan endapat segal-galanya kebahagian dan kegembiraan yang sepatutnya mereka dapat daripada aku.tentang sejarah aku tu,hanya aku yang perlu menempuhinya.itu pun kalau aku perlu menempuhinya...bagi aku yang berlalu tu biarlah berlalu.memang akan sentiasa ingat,namanya pun sejarah.tetapi aku tidak akan membiarkan keluarga aku terganggu dengan hal itu.aku cuma terlalu menghargai kehadiran mereka yang pernah wujud dalam hidup aku.sekarang ang lagi penting pada aku adalah mama dan anak2 aku.bayangkan kalau 'dia' yang pernah hadir seketika dalam hidup aku,aku akan ingat sampai bila-bila,mustahil pula aku akan sia-siakan mama dan anak2 yang telah mengharungi perjalanan hidup ini bersama dengan aku.tidak semudah itu,la'tahzan.cuma 'dia' mungkin memberikan aku motivasi untuk aku memberikan yang terbaik pada mama dan anak2.selagi mampu aku akan memberikan segala kasih sayang aku pada mama dan anak2...

26 November, 2008

kisah di sebalik lagu

hem...menarik juga topik mama tu.lg winter sonata tu memang sy tak simpan dlm phone pun,yg ada lg sonata,hazami je.dulu cukup susah nak dptkan lg tu...memang sy ada banyak sejarah.semua mama tahu.satu pun saya tak sembunyikan daripada mama.senang sikit,takde perasaan bersalah nanti.tapi itu adalah tinggalan sejarah yang hanya menjadi antara beberapa babak dalam hidup.bukan semua yang kekal dalam ingatan pun.bukan tidakmenghargai mereka-mereka itu cuma bukan satu keperluan kerana ruang yang ada cukup untuk mama dan anak-anak.memang kadang kala sejarah itu penting tetapi berbaloikah?apa yang mama buat untuk aku cukup bernilai,rasa macam tak terbalas.dan sejujurnya aku tidak pernah terlintas di hati ini untuk menduakannya.bagi aku cukuplah pengalaman aku yang terdahulu.pengalaman-pengalaman terebut sudah cukup bagi aku untuk dijadikan pedoman hidup.aku terlalu bahagia dengan kehidupan sekarang...alhamdulillah...
memang diakui ada sejarah tersebut memberikan impak yang besar pada aku tetapi aku cukup menghormati mama lebih daripada segala-galanya.mama tahu maksud ayahkan?ada sejarah tersebut tidak akan aku lupakan,kerana itulah pengalaman yang paling bernilai bagi aku.tapi untuk dan demi mama,apa sahaja...insyaallah mama...

hari ni pun aku pergi sekolah,siapkan apa yang patut.abai je yang ada kat sekolah selain pentadbir.rileks juga buat kerja sorang-sorang ni.sunyi?memang la tapi takpe,akan jadi kebiasaan nanti...cuma aku terasa macam baru-baru posting dulu.kena biasakan diri kembali...macam mana agakna suasana sekolah tahun depan,kan?saje je terfikir...

24 November, 2008

cameron highland part 2

mandi kat kuala woh.diaorang la,aku tak...hihihi
kat ladang teh...

adik wani dan mama


mama ngan adik wani



adik wani ngan bang long
gambar-gambar semasa percutian family mama di cameron highland pada 21,22 dan 23 november 2008.adam ngan wani seronok sangat...




cameron highland part 1

mama kat taman agro
kereta mama...

mama ngan kak ngah...


adik wani ngan insyirah...jelingan tajam adik wani



mama





kenangan terindah

suasana semasa majlis



aku la ni...

sufizan,cik seno,aku dan jai


pertukaran hadiah antara aku ngan jai
ini adalah majlis hi-tea sktp kat holiday villa pada 20.11 hari tu.bertemakan kenangan terindah...........



19 November, 2008

hai

apa khabar?pening ni,tengah siapkan kerja-kerja kat sekolah.israq,mat qori,jai tengah melalak tu.layan sinar fm.aku biasa la,layan blog aku.banyak yang nak ditulis,tapi tunggulah masa yang sesuai.rasa memang nak kongsikan dengan kalian semua tapi takpelah.biarlah rahsia.....hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

adam,wani

adik wani...cun tak adik wani?
hahahaha

cantik tak saya?


gambar masa kat putrajaya,masa celebrate birthday aku.



adam ngan adik wani masa kat restoran chop&steak,serdang





17 November, 2008

persahabatan dan nilainya

assalamualaikum semua....hari ni aku cuti.mama pun mc hari ni,tak sihat.jadi mama cuma rehat kat rumah je.esok aku akan bersekolah.takde apa cuma mesyuarat guru dan untuk menyelesaikan tugas-tugas untuk tahun ini.menjawab persoalan 'outsider' kat ruangan chat di sebelah yang mengatakan bahawa nilai persahabatan hanya dapat dinilai setelah kita berpisah.betul,saya setuju tapi bagi saya kawan-kawan merupakan satu aspek penting dalam kehidupan saya.mama lebih memahami aku.kadang kala aku terpaksa mementingkan kawan-kawan.betul,kalau bab ni memang mama lebih arif tentang pandangan aku perihal 'kawan'.cuma dalam bab kawan2 aku kat sekolah ni,lain sikit.bukan apa kerana usia persahabatan aku sama usia dengan bermulanya karier aku.itu yang membuatkan aku terasa sedih.betul...sedih...lagipun ada di kalangan mereka itu yang memberikan impak yang besar dalam hidup aku.jadi tidak salah rasanya aku akan merasa sedih.memang setiap yang bermula akan berakhir tetapi perasaan sedih itu juga merupakan sebahagian skrip kehidupan.bayangkan kalau dah mereka ini selalu ada di sekeliling kita selama hampir sepuluh tahun.tentulah pelbagai suka duka yang berlaku yang akan bermain di fikiran.ada juga 'kawan' aku ini yang banyak mengajar aku pengalaman hidup,bagaimana untuk menghadapi saat2 yang sukar yang membuatkan aku lebih tabah untuk meneruskan kehidupan ini...tapi kehidupan akan terus berjalan dan tahun depan sekolah aku akan merasa suasana baru.ye la,kira geng2 'otai' sudah tiada....baiklah,kita jumpa lagi...banyak lagi coretan tentang kawan2 yang aku akan kongsikan bersama.cuma tunggu sahaja...

15 November, 2008

cerita tentang kisah-kisah lama

assalamualaikum semua...lama betul aku tak kemas kini blog ni,bukan apa rasa macam perlu cari masa yang sesuai nak menulis.sekarang pula aku dah habis belajar memang rasa semacam je...2,3 minngu ni pula banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku...minggu lepas juga adalah birthday aku.terima kasih mama atas kasih sayang yang tak ternilai untuk aku dan anak2.semua itu membuatkan aku lebih menghargai kasih sayang mama.adam ngan hawani macam selalulah,menghiburkan aku dengan keletahmasing2.alhamdulilllah...syukur dengan apa yang dinikmati.
kat sekolah memang sibuk sikit,maklumlah akhir tahun.banyak benda yang perlu dihantar.laporan.perancangan,markah budak dan macam2 lagilah.hari ni pula baru lepas hari anugerah kecemerlangan.penat?dah menjadi rutin.rasa macam dah tak kisah sangat.cuma akhir tahun ni lain sikit sebab ramai juga kawan2 yang satu zaman dapat berpindah.macam jai,mungkin dapat bertukar ke semenyih.hisno juga dapat bertukar ke perak bersama isterinya,pn.ruzitawati.mereka2 ini adalah cikgu2 lama yang sama2 posting ngan aku dulu.dan yang tinggal sekarang hanyalah aku,lan,midon,abai,nik.yang lain2 boleh dikatakan baru kat sekolah tu.mereka2 itu banyak memberikan impak pada aku.mcm juga pali,zack,abg man,abg din,bidi,madi,samad,siti,matyi,syappi,din kulaan.sedih?memang sedih sebab banyak benda yang pernah dilalui sebab dalam tempoh hampir sepuluh tahun,mereka2 inilah yang melingkari kehidupan aku.banyak pengalaman yang aku dapat.kenangan yang manis dan pahit.yang membuatkan aku mengerti erti kehidupan...terima kasih kepada kalian semua...memang kenangan yang terindah...banyak lagi kenangan bersama mereka akan aku kongsikan.nantilah sebab aku nak kena balik tampin ni,siapa tak sayang bini woi.....lg pun cuti sekolah dah bermula...nanti aku akan coretkan tentang kenangan2 itu,assalamualaikum semua dan selamat berjaya kepada mereka semua nanti....sedih la pulak....

28 Oktober, 2008

gambar-gambar

kat kfc
ni aku la...hihihi

mama ngan adik wani.


adik wani tengah main piano...betul,siap baca note lagi


ni la tempat aku minum lepas habis kuliah kat upm ngan kawan-kawan





setelah sekian lama

assalamualaikum semua....lama rasanya saya tidak menulis dalam blog saya ini.bukan apa,masa tu rasa berlalu begitu cepat.minggu lepas budak2 baru habis periksa akhir tahun.jada sekarang ni aku tengah bertungkus lumus nak menanda kertas mereka.semua nak kena siap sebelum cuti sekolah.lagi pun penghujung syawal ni nak memenuhi undangan rumah terbuka rasanya macam tak sempat.minggu ni aku balik tampin.lepas raya hari tu,minggu ni baru sempat balik sana.minggu lepas hantar adam ngan wani balik ngan makcik dia je.minggu lepas kena bawa budak2 pergi sepang tengok grand prix motor.minggu sebelum tu sekolah buat hari kantin...
nasib baik la aku dah habis belajar.takde la aku terkejar-kejar macam dulu.tapi boring la pula...buat kawan-kawan yang dah masuk blog aku ni terima kasih...untuk mama,mama dan anak2 adalah segala-galanya untuk ayah...kepada mereka2 yang pernah hadir dalam hidup aku terima kasih diucapkan kerana memberikan pengalaman yang berguna untuk aku untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga aku.
sekarang ni tengah sibuk ngan pemilihan umno.tak lupa juga dengan 'pergolakan' tentang kuasa melayu...apa pun fikirlah sendiri untuk kebaikan masing2.
jai....sebelum terlupa...selamat hari jadi yang ke 30.dah tua rupanya ko ni...jumpa lagi

07 Oktober, 2008

adik wani

adik wani ngan kak tisya semasa kenduri rumah pok min raya hari tu
semasa pulang dari kelantan
cute tak?
lena dipangkuan mama...
hobi saya...saja je nak suruh mama 'exercise' kejar adik wani...hahaha

kisah hari raya

tahun ni raya pertama aku kat tampin.raya kedua baru aku balik kelantan.semasa sembahyang raya kat masjid repah hari tu aku terpaksa solat kat luar.punya la ramai orang.warga asing seperti bangladesh pun ramai juga.terpaksa la orang kita sembahyang kat luar.raya pertama tu sempat la juga pergi menziarah saudara mara terdekat dan wajib sahaja.maklumlah raya kedua dah nak balik kelantan.masa kat kelantan pula saudara aku ada buat kenduri kahwin.sibuk la juga,bukan apa pun dah sekali sekala balik tolongla apa yang patut.hari sabtu barulah aku sempat pergi berhari raya rumah saudara dan kawan2.tapi walau sesibuk mana pun aku masih lagi sempat keluar ngan kawan2,tapi lewat malam la.sempat la juga aku berkumpul ngan kawan2 kamcing masa kat kampung.sempat juga sembang2 dan mengetahui perkembangan terkini masing2.
sabtu tu juga sempat la pergi beraya rumah abang angkat mama kat jerteh.dapat la juga jumpa ngan datuk seri idris jusoh.cuma aku tak sempat nak bergambar je...
balik raya ni aku hanya pusing kampung je,takut nak keluar jauh2,takut terperangkap dalam 'jem'.lagi pun masa keluar jerteh hari tu pun dah 'jem'.kena pula nak isi minyak pula susah.ada stesen minyak yang kena 'q'.yang paling teruk ada yang minyak habis terus.aku yang nak isi minyak kat machang kena pusing balik ke banggul judah.nasib baik dapat isi minyak...tahun ni pun aku tak jumpa kawan2 aku masa belajar kat M4P.selalu tu dapat la jumpa juga.ngan pokcet,jeman pun aku tak sempat jumpa...tapi takpe,yang penting dapat beraya bersama keluarga.cuma terasa juga kehilangan abah,maklumlah ni lah raya pertama kami tanpa beliau...ramai la juga saudara aku belah abah yang sudah tiada...al-fatihah untuk semua...jumpa lagi.

06 Oktober, 2008

jem parok gu

assalamualikum......aku sangkut dalam kesesakan jalan raya semalam semasa balik dari kelantan.aku keluar rumah dalam pukul 7.00 pg dan sampai ke ampang pada pukul 6.00 ptg.perghhh...penat tu.banyak betul kereta sepanjang jalan dari kelantan hingga ke kl.aku pula sangkut dari raub hinggalah ke 'highway' karak...
aku takleh nak tulis banyak2 sebab malam ni aku ada final exam.nanti aku akan tulis tentang hari raya,kawan2 dan juga tentang suasana politik sekarang.buat la tahzan kat ruangan 'chat' di sebelah ni...sabar je la.macam besar je masalah kau,tapi itu hanyalah sekadar masalah yang dicari...banyak lagi perkara yang lebih penting dalam kehidupan ini...nanti kita berbicara lagi.salam






gambar semasa dalam perjalanan pulang ke kelantan dan semasa hendak pulang ke kl

hari raya 2008

adam.aksi 'spiderman'(tengok tangan dia) pada mlm menjelang raya
aku ngan mama,raya pertama
hahaha....adam ngan hawani kepenatan berhari raya...
adam masa dalam perjalanan balik ke kelantan
adam on the way balik kl semalam.

26 September, 2008

ucapan selamat hari raya

adam ngan hawani masa shopping raya kat jusco

seronok tu sampai tak nak turun...

pemandangan dari tingkat 3 sk tasek permai

juga dari view yang sama

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pihak terutama keluarga aku,kawan2 aku dari zaman persekolahan hinggalah ke zaman sekolah sk tasek permai,kawan2 kuliah di upm,murid-murid,ibu bapa mereka dan semua sekalilah.hanya ucapan maaf yang dapat diungkapkan sekirannya ada salah dan silap sepanjang mengenali aku.
mungkin lepas raya baru aku masuk balik blog aku ni,dah cutikan...lagi pun dah tentu aku sibuk beraya lagi pun aku ada exam nanti...ok lah jumpa lagi dan semoga bergembira di hari raya nanti...assalamualaikum...

24 September, 2008

adam ngan hawani

aik...tidur pulak

hawani


adik wani ngan motor abangnya


handsome tak?


mcm abg bil?nabil raja lawak tu...

majlis ihya ramadan-tadarus dan khatam quran sktp

kamarul,jai,aku,mat qori,kucai


jai,aku dan mat qori


aku,mat qori,ustaz mat jaji dan israq


ngan mat qori