19 Ogos, 2010

Selamat datang Ramadan


Hari ini hari ke-9 kita semua berpuasa. Tahun ini Adam sudah mula berpuasa. Bermacam karenah dia sewaktu menjalani ibadah berpuasa. Rasanya Adam dah berpuasa penuh selama enam hari sehingga ke hari ini. Kasihan juga kat dia tetapi Adam bermotivasi untuk berpuasa. Godaannya ialah adik-adiknya. Yang kelakarnya masa hari kedua,Adam makan biskut 'chipsmore' setelah melihat adik Wani dan Rayyan sedang makan biskut tersebut. Lapar katanya.
Orang yang paling bising tentulah mama yang akan memantau Adam. Mama banyak memberikan galakan kepada Adam,aku cuma memberikan sokongan aje. Tapi aku tahu yang Adam boleh melaluinya.
Adam juga sanggup untuk bangun bersama-sama untuk bersahur. Kalau ditanya padanya nak bersahur atau tak,pantas je menjawab "Adam nak puasa".....
Cuma kelmarin dia berpuasa tetapi terpaksa berbuka bersama bibiknya sahaja kerana aku pulang agak lewat ke rumah. Aku lewat kerana kereta aku lambat siap setelah dibaiki. Aku bersama mama terpaksa berbuka dalam perjalanan sahaja.

Tiada ulasan: