23 Julai, 2008

tugasan kuliah

hai.....begitu cepat rasanya masa berlalu.minggu ni dah minggu ke 4 kuliah.assigment tak buat apa pun lagi.31 julai nanti kena hantar yang dr.fadzillah punya,analisis skrip drama.yang hjh halimah pun tak buat apa lg.paper drama aku dan kumpulan aku kena pentaskan satu persembahan,tajuk yang budak2 ni pilih ialah raja bersiong.watak aku ialah raja bersiong.lantakla,boleh ke tak....sapa suruh pilih aku....malam ni pun ada kelas sastera,hjh halimah.minggu depan dia punya mid term.banyak juga la nak kena baca nota kuliah dia.kat sekolah pula macam2 hal juga.minggu lepas tuan hj ismail,ppd dtg buat lawatan mengejut.pagi2 lagi dad ada kat pagar sekolah,nak tengok keadaan sekolah gamaknya.musim sekarang pula ppd tengah buat pemantauan p&p.kena selalu bersedia la jawabnya.minit mesyuarat panitia kali kedua tak taip lg.fail pengawas lagi......
adam ngan hawani pula dah semakin bijak.adam dah semakin petah bercakap.suka bertanya....adik wani pula semakin menghiburkan dengan keletahnya.dah pandai berlakon tu.lg satu dah pandai merajuk...nak aku ngan mama dia pujuk la tu.maklumlah,seminggu kena tinggal tampin hari tu.
alhamdulillah....insyaallah tahun depan adam ngan wani akan dapat adik baru.mama dah pregnant.aku pun seronok juga.semoga bertambah bahagia aku sekeluarga dan juga dimurahkan rezeki dengan kedatangan baby baru nanti.....jumpa lagi.

Tiada ulasan: