17 Julai, 2008

macam2 cerita

assalamualaikum semua....lama rasanya aku tak membuat catatan dalam blog ini.pelbagai perkara yang ingin aku kongsikan sepanjang 2 minggu aku tidak menulis.isu besar yang menjadi perbualan hangat sekarang sudah semestinya berita penahanan anwar ibrahim.isu ini menjadi bualan ramai sehinggakan yang tidak pernah bercakap tentang politik pun ada membuat ulasan.bagi aku selepas debat pada malam itu,anwar berjaya menggunakan ruang yang diberikan kepadanya untuk menonjolkan kredibilitinya.aksi debatnya yang dilihat bersahaja dan berkeyakinan berjaya menarik minat rakyat.beliau dilihat mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin.jadi tidak hairanlah jika pengaruhnya masih kuat dan tidak mustahil jika pemimpin2 umno berterusan memandang rendah keupayaan anwar maka keyakinan rakyat pada barisan nasional akan terhakis.rakyat akan menilai berdasarkan apa yang mereka nampak dan akan berfikir ikut logik akal sahaja.tak ada gunanya jika alasan yang diberikan itu memerlukan rakyat terpaksa berfikir secara mendalam.anwar menggunakan alasan yang mudah difahami oleh rakyat.kalau ikutkan pemerhatian aku,pembangkang banyak mendapat sokongan golongan rakyat.mereka lebih popular di mata rakyat sekarang.
umno sebenarnya memerlukan perubahan cara berfikir.mereka ini perlu berfikir macam mana golongan rakyat berfikir untuk lebih memahami kehendak rakyat.mereka perlu tahu apa yang diinginkan rakyat.bagi aku,lika kita menjaga kepentingan rakyat tanpa perlu mementingkan diri sendiri,insyaalah kita akan dapat menarik kembali keyakinan rakyat.ini tak...mereka dilihat lebih banyak bercakap tentang masalah rakyat tetapi dalam masa yang sama masih hidup dalam gaya hidup yang lama.sepatutnya mereka perlu menunjukkan teladan yang baik.tak salah rasanya kita cuba mengambil pendekatan waki rakyat pakatan rakyat yang dilihat menggunakan pendekatan 'mesra rakyat'.mereka ini dilihat ikhlas bersama rakyat.dalam hati siapa yang tahu.takpa la,yang penting usaha tu.sepatutnya kita kena lebih realistik untuk memastikan pemerintahan yang berterusan.rakyat sekarang semakin terdedah dengan ilmu.mereka dapat berfikir dengan baik.setiap yang berlaku perlukan alasan yang boleh diterima.
jadi,fikir-fikirkanlah.........

Tiada ulasan: