05 Ogos, 2008

permatang pauh

assalamualaikum.....
nampaknya senario politik negara kita akan bertambah menarik apabila pilihan raya kecil akan diadakan di parlimen permatang pauh nanti.nampaknya anwar ibrahim akan dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi ahli parlimen.cuma sekarang yang ditunggu2 oleh penyokongnya ialah tarikh keramat 16 september nanti......bagi aku itu hanyalah perancangan beliau sahaja dan merupakan strategi politik....kalau diikutkan suasana politik memang beliau dianggap lebih popular tetapi mesti diingat yang politik ni sukar untuk diramalkan.apa sahaja boleh berlaku........
tidak dinafikan yang kawan2 aku ramai yang menyokong pakatan rakyat.ahli atau tidak aitu aku tidak tahu cuma bagi diri aku,masih lagi percaya pada perjuangan umno kerana bagi aku yang tidak baik hanyalah individu dalam umno sahaja.aku sukar untuk mencari sebab untuk 'meninggalkan' umno.dalam situasi sekarang,aku banyak mendengar yang kerajaan sekarang banyak sangat kekurangan dan kelemahan.rasuah,salah guna kuasa,ketidakcekapan pentadbiran,kronism,birokrasi dan segala macam bentuk masalah yang mereka ini tidak puas hati.kenaikan harga minyak misalnya....kita bising2 tentang harganya,kita juga bising tentang kenaikan barang2 yang lain tetapi pernahkah kita cuba mengambil bahagian dalam membantu kerajaan?cuba lihat pusat membeli belah,restoran2 sentiasa penuh sesak dgn manusia.mungkin ada yang berkata itu sudah perkara yang wajib dilakukan,mungkin benar tetapi tengok pula kalau ada konsert.contohnya karnival,berduyun2 orang ramai pergi 'menziarah'.kadang kala kita lupa sebenarnya yang perlu berubah ialah diri kita iaitu individu itu sendiri.kita dapat merubah segala-galanya sekiranya kita tahu tujuan hidup dan matlamat kita.insyaallah,jika nawaitu kita betul....allah akan merestui perjalanan hidup kita.renungkanlah.....semoga kita dapat hidup aman damai dalam negara yang tercinta ini........

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup UMNO...dulu kini dan selamanya..