18 Disember, 2008

bukan menghilang

assalamualaikum semua...maaflah lama tak jenguk blog aku ni.bukan apa,cuma malas nak menulis.hehehe.lagipun adam ngan wani ada kat kampung.macam mama cakap la,mati kutu aku rasakan.mad&ct,terima kasih la sebab sudi menjenguk blog aku ni.amboi,celebrate anniversary sampai ke penang tu.tahniah,k.sepanjang tempoh aku tak masuk blog ni,banyak juga yang berlaku kat ruangan chat kat sebelah tu.la'tahzan....hmmmm.soalan dia tu kacang je.mama dah tau jawapan ayahkan?biar la ayah jawab kat la'tahzan tu,sian dia,kan?jawapannya...MAMA dan ANAK-ANAK aku adalah sumber kekuatan pada aku.terpulanglah pada pandangan kita ianya sebagai sumber motivasi atau inspirasi.'dia' hanyalah sebagai panduan kepada aku untuk memberikan segala-galanya kepada mama dan anak-anak aku.setidak-tidaknya aku mempunyai pengalaman untuk menentukan apa yang terbaik buat mama dan anak-anak aku.itulah gunanya pengalaman kehidupan.untuk berjaya kita mestilah menggunakan apa sahaja pengalaman dan pengajaran yang kita dapat sepanjang tempoh kehidupan ini.takkanlah kalau kita dah tahu tindakan kita itu salah suatu ketika dahulu takkanlah sekarang kita akan mengambil langkah yang sama.sebab itulah pengalaman yang pernah aku dapat sebelum berjumpa dan berkahwin dengan mama,dapat aku jadikan sebagai panduan demi untuk kebahagian aku bersama-sama dengan mama dan anak-anak tercinta.untuk la'tahzan,betapa bodohnya jika aku mempersia-siakan kasih sayang yang mama berikan pada aku sekian lama.bagi aku apa yang mama berikan pada aku tidak mungkin akan ada perempuan lain yang boleh berikan sekalipun perempuan itu adalah 'dia'.bagi aku itulah perbezaannya,antara motivasi,inspirasi dan keinginan kita.apapun ianya terpulang kepada hati dan niat kita...insyaallah mama kebahagian akan terus bersama kita...adam,wani tunggu kepulangan ayah dan mama...kuntaidam.

Tiada ulasan: