03 Disember, 2008

awal disember

assalamualaikum semua...dah masuk bulan disember dah ye...tak lama lagi tahun baru 2009.banyak perubahan yang akan berlaku.semoga perubahan yang positif,kan...terima kasih la mad dan ct yang rajin masuk blog aku ni.hilang rindu kat hangpa semua.ni pun aku baru balik tampin.adam ngan wani ada kat sana.apabila diorang tiada ni,rindu la pula ngan telatah mereka.dah la dua2 baru potong rambut,nampak 'cute' sangat.
minggu ni aku akan pulang ke kelantan untuk menyambut raya aidiladha kat sana.kat sana tengah musim banjir tetapi kampung aku tak kot.cuma yang merisaukan aku adalah semasa dalam perjalanan tu...balik pun kejap je.hari selasa dah kena datang sini balik,mama kerja.balik berhari raya sambil menziarahi cik aku.
lupa la pula,masa kat tampin hari tu,aku ngan 'family' sambut 'birthday' adam.punya la seronok budak adam tu.dah la kena beli ultraman ngan power rangers dia sebelum tu.punyalah mahal.takpe,yang penting adam gumbira,kan.
minggu lepas juga aku pergi shah alam,stadium melawati.saja nak tengok perhimpunan agung parti pkr.bukan bagi sokongan tau,cuma untuk melihat apakah yang ada pada mereka sehingga meraih sokongan daripada rakyat pada pru yang lepas.kalaulah aku 'someone' mcm zaid ibrahim dah tentu aku kena tindakan.tapi aku tetap berpegang pada kepercayaan aku.aku tetap akan memilih untuk bersama-sama dgn umno.bukan apa,sebab aku masih tidak nampak dengan jelas tentang perjuangan parti pembangkang.pandangan aku ni mungkin menimbulkan tanggapan sinis kawan2,takpe kerana mereka memahaminya,tak begitu jai,pali?jangan marah aaaa.aku tetap 'respect' prinsip kawan2.
yang penting kita mesti meneruskan kehidupan kita...cuti panjang lagi,manfaatkanlah dengan baik.aku....mcm ni lah.jadi mr.mama.masa nilah aku nak menolong mama,kan...dgn kerja rumah.insyaalah,mama.ayah akan berikan yang terbaik untuk mama...ayah akan cuba jadi sesempurna mungkin untuk mama...

2 ulasan:

mama berkata...

sempurna atau tidak bukan satu perkara yang penting untuk mama..tapi mama nak ayah tau yang mama sgt-sgt menghargai setiap apa jua yang ayah berikan pada mama dan anak-anak.. kita saling melengkapi.. itulah yg dikatakan sempurna.. mama sayang ayah..

amk semenyih berkata...

bila nak tulis yg baru ni....