30 Januari, 2010

Begitu pantas...

Dah penghujung bulan Januari....cepatnya masa berlalu... Minggu ni aku sibuk dengan Larian Permai. Semalam adalah hari kejohanan berlangsung. Larian Permai tu macam merentas desa juga la. Sampai demam juga la aku sebab kena jaga 'check point'. Masa latihan penat juga la sebab kena jaga lalu lintas tu dengan Abai je tetapi semalam kita orang dapat bantuan daripada RELA dan juga polis trafik. Takdelah penat sangat.
Apabila melihat budak-budak tu berlari,teringat zaman aku 'merentas desa' masa bersekolah dahulu. ketika dahulu memang sesuai dinamakan merentas desa kerana sememangnya aku terpaksa melalui desa pun....penat juga la. Macam tu lah apabila ada murid aku yang merungut kepenatan. Senang je aku jawab,aku dulu pun kena lari macam ni juga masa bersekolah...hahaha.
Sebulan dalam tahun 2010 ni banyak perubahan yang berlaku dalam diri aku. Agak drastik juga la apa yang aku lakukan. Alhamdulillah,perubahan yang berlaku itu banyak menenangkan jiwa aku untuk terus melangkah menghadapi hari - hari berikutnya. Banyak lagi halangan yang perlu aku tempuhi untuk menikmati kejayaan. Cuma kadangkala aku merasakan terlalu penat dengan apa yang perlu kita lalui sekarang,tetapi memandangkan perjalanan hidup ini yang masih jauh,kepenatan itu akan hilang macam tu sahaja...
Adam,Wani dan Rayyan.....aku begitu terhibur dengan telatah mereka. abang Adam sudah mula bersekolah di sini. Seronok sungguh Adam dapat bersekolah di sini kerana dapat bersama denagan aku dan mama. Wani pun sama,seronok dengan aksi 'mak nenek' nya. wani begitu petah bercakap dan tidak sabar nak bersekolah. Suka sangat mengusik abangnya dan Rayyan. Tapi mereka berdua ni suka sangat menulis,melukis dan membaca. Cikgunya ialah mama. Adam dan Wani kalau mengeja ni lagi 'best'...lain yang disebut,lain pula yang dibaca...haha,macam cerita P.Ramlee tu...adik Rayyan pula semakin membesar. Abang dengan kakaknya suka usik Rayyan. Insyaallah,aku akan mendapat seorang lagi cahaya mata,alhamdulillah. Terima kasih mama...untuk mama...terima kasih untuk segala-galanya..hahahaha...

Tiada ulasan: