04 Januari, 2010

Satu Penghijrahan

Alhamdulillah,hari pertama persekolahan semuanya berjalan dengan lancar. Aku juga dapat merasakan ketenangan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Jujurnya inilah kali pertama dalam tempoh tersebut aku dapat merasai perasaan tersebut,seolah-olah aku baru dilahirkan semula. Aku dapat merasakan semuanya baru bagi aku. Aku dapat merasakan kekosongan tersebut dan yang ada hanyalah perkara-perkara yang perlu aku lalui dan fikirkan sahaja. Lebih kurang yang wajib sahaja.
Tambahan pula aku tidak lagi dibebani dengan tugas-tugas disiplin yang mana membolehkan aku memberikan tumpuan kepada pengurusan panitia Bahasa Melayu.Insyaallah aku akan tinggalkan sesuatu kenangan manis di SK Tasek Permai sebelum aku pergi meninggalkannya.
Aku berharap penghijrahan ini akan membawa seribu kebaikan kepada semua pihak,harap-haraplah...cuma kita tidak tahu bila waktu kita...sekarang mungkin kita bersenang lenang tetapi tidak mustahil esok lusa pula sebaliknya. Jika hari ini kita bergembira,mana tahu esok lusa kita dilanda kesedihan...ingatlah...

Tiada ulasan: