03 Jun, 2010

Minggu peperiksaan

Hmmmmmm...minggu peperiksaan,dah tentu nak kena tanda kertas jawapan murid pula. Cuti sekolah pula dua minggu,lama juga la aku kena jadi suri rumah nanti. Harapnya bolehlah siapkan kerja-kerja sekolah aku yang masih terbengkalai. Kawan-kawan lain semuanya sibuk bergembira nak bercuti,nak balik kampung,melancong dan bermacam agenda lagi.
Aku? Tahun ini aku masih belum berkesempatan untuk pulang ke Kelantan. Bukan tak ingin pulang tetapi belum berpeluang dan berkesempatan untuk 'mencuri' masa untuk balik. Apa yang penting ialah hati aku tetap masih mengatakan aku anak Kelantan dan jati diri aku masih kuat dan aku berbangga mempunyai darah Kelantan dalam tubuh aku...emosional sikitkan? Bukan apa kerana ada juga yang tidak berbangga kerana dilahirkan sebagai anak Kelantan dan malu menggunakan dialek atau loghat Kelantan di perantauan....peliknya.
Esok aku akan terlibat dengan program jati diri atau program motivasi UPSR di sekolah. Mungkin aku akan bermalam di sekolah bersama-sama beberapa rakan guru yang lain. Hanya inilah sumbangan yang boleh aku berikan,walaupun tidak sehebat sumbangan orang lain. Petang tadi pun aku hanya membantu untuk menyiapkan persiapan untuk aktiviti petang esok. Kata-kata jauh bukan alasan untuk setiap apa yang aku lakukan di SK Tasek Permai akan menjadi 'kata-kata hikmat' yang aku tidak akan lupakan seumur hidup aku.....

2 ulasan:

Mama berkata...

Sabar,bukan semua orang faham apa yang kita rasa.. yang penting kita kenal dan jujur dgn diri sendiri..

zahari ismail berkata...

tahniah sahabat ku... itulah guru yg berhati guru..
Walaupun kita berjauhan... tapi dlm setiap hati kita akn ada nama kwn2 yg sentiasa bermain di minda...
Ingat tu...
"kwn sejati bwa ke mati.."