30 Jun, 2008

stress ke?

lama tak menulis dalam blog aku ni.tak sempat la,banyak sangat urusan harian yang perlu dibereskan.malam ni aku dah start kelas kat upm.kelas apa aku pun tak tahu.mungkin kelas drama atau kelas epik melayu.tapi kelas aku cuma isnin dan selasa je.lama tak tengok blog aku ni macam2 komen drpd kawan2.dalam ruangan sembang2 tu ada pengunjung yang menggelar dirinya 'outsider' yang menarik minat aku.ulasan2 yang diberikannya bagus juga untuk direnungkan.terima kasih aku ucapkan.memang kebelakangan ini aku penat sikit.ini berlaku apabila kita bekerja menggunakan mental,bebanan yang dirasakan berat rasanya.mungkin ada yang mengatakan kerja sebagai guru ni senang,mudah dan ada banyak cuti.itu bagi mereka yang berpandangan cetek sahaja.sedangkan kerja guru ini meliputi pelbagai aspek daripada mendidik pelajar2nya untuk menjadi seseorang sehinggalah kepada mengajar mereka untuk membaca,menulis dan mengira.kalau setakat nak mengajar sahaja memang senang tetapi kesan terhadap murid itu yang perlu diambil kira.apa yang berlaku kepada murid2 itu setelah dewasa akan di persoalkan.apa yang dipersoalkan?mereka akan mempersoal tindakan guru2 mereka sewaktu mereka belajar dahulu.ini kerana murid2 ini berhak mendapat hak mereka untuk dididik dan diajar.bagi aku itu suatu tanggungjawab yang berat.lebih2 lagi dalam situasi sekarang yang semakin banyak cabarannya.
minggu lepas aku balik kelantan.adam cukup seronok.aku pula memang terasa kepenatannya memandu untuk jangka masa yang lama.waktu balik dari kelantan semalam hampir tiga kali aku berhenti rehat.adik wani pula macam biasa cuma keluarga aku kat kampung terhibur la dengan keletah wani.nenek diaorang pun seronok sangat dengan kepulangan kami.maklumlah dah lama tak balik.lebih2 lagi setelah ketiadaan abah ni.tapi yang paling seronok tiap kali balik sana ialah mama.apa tidaknya?shopping sakan la dia.tapi aku tak kisah pun,bukannya selalu balik kelantan.tapi adam balik pun takleh nak aktif sangat sebab dia demam tak baik lagi.
aku balik pun takde jumpa kawan2 pun.diaorang sibuk dgn aktiviti masing2......tentang politik aku tak tahu perkembangan semasa.mcm aku ckp kat jai,aku nak merajuk dulu.penat fikirkan situasi politik yang entah apa2,semakin merapu aku rasa tetapi itulah politik.yang paling best adalah isu terbaru yang melibatkan tokoh pembangkang......aku tak boleh nak memberikan jawapan sebab aku sendiri masih belum memahami situasinya tapi bagi aku itu adalah lebih kepada mainan politik atau strategi politik sahaja.sandiwara politik ini hanya pelakon2 politik itu sahaja yang mengetahui tentang kebenarannya.bagi aku ada satu pihak yang benar dan ada satu pihak salah.cuma penilaian atau jawapannya ada pada individu yang menilainya itu.mereka ada sebab tersendiri atau hujah mereka untuk mempertahankan kepercayaan masing2.cuma kadangkala kelemahan kita boleh dijadikan sebagai kekuatan kita........terpulanglah kepada mereka untuk memikirkan kewarasan masing2...................

Tiada ulasan: