07 Oktober, 2008

kisah hari raya

tahun ni raya pertama aku kat tampin.raya kedua baru aku balik kelantan.semasa sembahyang raya kat masjid repah hari tu aku terpaksa solat kat luar.punya la ramai orang.warga asing seperti bangladesh pun ramai juga.terpaksa la orang kita sembahyang kat luar.raya pertama tu sempat la juga pergi menziarah saudara mara terdekat dan wajib sahaja.maklumlah raya kedua dah nak balik kelantan.masa kat kelantan pula saudara aku ada buat kenduri kahwin.sibuk la juga,bukan apa pun dah sekali sekala balik tolongla apa yang patut.hari sabtu barulah aku sempat pergi berhari raya rumah saudara dan kawan2.tapi walau sesibuk mana pun aku masih lagi sempat keluar ngan kawan2,tapi lewat malam la.sempat la juga aku berkumpul ngan kawan2 kamcing masa kat kampung.sempat juga sembang2 dan mengetahui perkembangan terkini masing2.
sabtu tu juga sempat la pergi beraya rumah abang angkat mama kat jerteh.dapat la juga jumpa ngan datuk seri idris jusoh.cuma aku tak sempat nak bergambar je...
balik raya ni aku hanya pusing kampung je,takut nak keluar jauh2,takut terperangkap dalam 'jem'.lagi pun masa keluar jerteh hari tu pun dah 'jem'.kena pula nak isi minyak pula susah.ada stesen minyak yang kena 'q'.yang paling teruk ada yang minyak habis terus.aku yang nak isi minyak kat machang kena pusing balik ke banggul judah.nasib baik dapat isi minyak...tahun ni pun aku tak jumpa kawan2 aku masa belajar kat M4P.selalu tu dapat la jumpa juga.ngan pokcet,jeman pun aku tak sempat jumpa...tapi takpe,yang penting dapat beraya bersama keluarga.cuma terasa juga kehilangan abah,maklumlah ni lah raya pertama kami tanpa beliau...ramai la juga saudara aku belah abah yang sudah tiada...al-fatihah untuk semua...jumpa lagi.

Tiada ulasan: