19 Mac, 2010

Pengalaman menjadi guru pelatih

Minggu lepas aku melihat kembali gambar-gambar lama aku. Aku tersenyum sahaja apabila ternampak gambar-gambar sewaktu menjadi guru pelatih dahulu. Semuanya itu menjadi kenangan yang menarik dan berharga. Semuanya bermula apabila Lan menunjukkan gambar-gambar lama dalam simpanannya...hahaha. Aku dengan Lan ni memang dah berkawan agak lama,semenjak zaman maktab,menjalani latihan praktikum bersama-sama hinggalah ditempatkan di sekolah yang sama untuk mengajar.
Pengalaman pertama menjalani praktikum,masa tu dipanggil ROS (Rancangan Orientasi Sekolalah). Sekolahnya ialah SK Klian Intan,Grik,Perak. Kami ditempatkan di situ selama hampir sebulan. Objektifnya ialah untuk mendedahkan kami semua dengan suasana persekolahan. Kalau tak silap aku dalam tahun awal 1997.
Aku,Pade dan beberapa orang lagi kawan menaiki bas dari Gelugor,Pulau Pinang menuju ke Grik kerana kebanyakannya ditempatkan di Grik. Bayangkan dengan membawa beg dengan menaiki bas...hmmm... Aku sempat bermalam di Baling sementara menunggu bas ke Grik. Lan pula menaiki van yang disewa oleh rakan-rakan lain. Sampai di sekolah SK Klian Intan aku disambut oleh tukang kebun sekolah itu. Maaf,namanya aku sudah lupa. Setelah menunggu beberapa lama,Lan pun sampai.
Hampir sebulan aku dan Lan menginap di surau sekolah kerana sukar untuk mencari penginapan yang sesuai dalam tempoh sesingkat sebulan ini. Guru-guru yang bujang tinggal di kuarters di Pengkalan Hulu. Guru pelatih perempuan bernasib baik kerana ada guru yang bujang tinggal berhampiran sekolah. Kami semua seramai empat orang,dua lelaki dan dua perempuan. Kawan-kawan yang lain semuanya ada di sekolah yang berhampiran.
Hampir sebulan jugalah aku terpaksa berjalan ke tepi jalan raya untuk mencari kedai makan pada waktu petang,maklumlah kawasan ini terpencil sikit. Pantang ada masa aku mesti ke Grik atau Pengkalan Hulu untuk berjumpa kawan-kawan. Hari minggu aku akan pulang ke Kelantan kerana jaraknya hanya tiga jam sahaja.....menaiki bas tu...memang pengalaman yang menarik. Saat menunggu untuk menaiki bas yang kami gelar 'bas Israel'...hahaha.
Banyak pengalaman yang dapat aku dan Lan kutip di sini. Guru Besarnya baik. Beliau sentiasa memberikan peluang untuk kami mengambil sebanyak mungkin pengalaman di sekolah ini. Guru-gurunya juga sentiasa memberikan kami ruang untuk meraih sebanyak mungkin pengalaman yang diperlukan.
Itu hanya pengalaman berdasarkan sewaktu menjalani praktikum di SK Klian Intan bersama Lan....pengalaman pertama sewaktu berpraktikum,banayak lagi sebenarnya kisah-kisah selama sebulan aku di sana....cuma gambar-gambar belum sempat untuk aku uploadkan....insyaallah....

Tiada ulasan: