28 Mac, 2010

Ulang alik Senawang Ampang.

Hampir sebulan sudah aku berulang alik ke Ampang dari Senawang. Boleh tahan juga penatnya,terutama apabila melibatkan kos perjalanan yang terpaksa ditanggung. Setiap pagi aku bersama mama terpaksa keluar awal pagi. Selalunya kami akan sampai ke rumah dalam pukul enam petang. Itu pun kalau aku balik bersama mama,kalau tak dalam pukul dua petang aku dah balik rumah. Kalau aku terus bergegas pulang maknanya mama terpaksa menaiki komuter untuk pulang. Aku hanya akan menjemputnya di stesen komuter. Tetapi selalunya aku menunggu mama untuk pulang bersama kerana kalau sebolehnya aku tidak ingin menyusahkan mama... Sampaikan Adam dan Hawani dah pandai merungut mengatakan kami ni sibuk sangat. Pernah mereka bertanyakan kenapa kami pulan lambat kepada bibiknya. Yang paling kelakar ialah apabila mereka mengatakan yang kami ni nak tidur kat 'office' ke tak balik-balik lagi ni...hahaha....
Abang Adam pun sudah mula bersekolah di tadika berhampiran rumah kami. Hari pertama dia kat sekolah dia tertidur dalam kelas...hahaha,maklumlah malam tu dia tidur lewat. Adam ni sebenarnya budak yang bijak cuma dia banyak sangat helahnya. Kalau dia sedang buat kerja rumah punyalah 'slow' sampaikan mamanya bising. Dia dah tahu huruf-huruf tu,jadi dia main-mainlah. Tapi jika aku yang mengajarnya dia akan terus membuat kerja rumahnya itu...aku sememangnya garang,bukan apa...sekurang-kurangnya Adam akan mengingati saat kegarangan aku nanti. Adamkan anak sulung,jadi dia perlu tabah untuk menjadi conth yang terbaik untuk adik-adiknya nanti. Sekarang pun Hawani dan Rayyan mempunyai motivasi untuk belajar apabila melihat Abang Adam sedang belajar. Hawani misalnya beria-ia menyuruh mamanya menghantarnya ke sekolah. Rayyan pun sama,mesti sibuk nak pegang pensil dan melakar kat kertas macam abang dan kakaknya...

Tiada ulasan: