20 Jun, 2008

2-3 minggu ni

assalamualaikum......kebelakangan ni banyak benda yang berlaku.semua itu membuatkan aku perlu memikirkan kembali benda2 yang mungkin sudah tidak relevan dengan situasi semasa.mungkin apa yang aku lakukan boleh menyinggung perasaan mereka di sekeliling aku.sebetulnya aku rasakan yg aku terlalu penat untuk menghadapi dugaan yang semakin mencabar dewasa ini.semakin kita cuba untuk mengharungi kehidupan ini semakin banyak cabarannya.aku tahu itu semua adalah lumrah kehidupan tetapi ada perkara2 yg aku memang tahu,aku tidak mampu untuk mendepani segala macam karenah yg timbul.lepas exam kat upm hari tu,ingatkan aku boleh release tension tetapi tak juga.ini kerana kerja sekolah yang menimbun.itu belum kira lagi hal2 yg lain.
itu semua membuatkan aku rasa mcm tidak mencapai target aku dalam kehidupan.kenapa?ini kerana banyak sangat hal yg tak diduga yang muncul untuk membuatkan aku terperangkap dalam persoalan yang tidak pernah ku temui jawapannya.aku ingatkan persoalan ini sudah terjawab tetapi akhirnya masih menimbulkan seribu satu pertanyaan yang memerlukan jawapan daripada aku sendiri........hampir 2 minggu sudah aku cuba mencari penyelesaian tentang persoalan yang menghantui aku.aku ingatkan aku sudah membiarkan masa yang memberikan aku jawapannya tetapi aku silap.masa pun seolah-olah tidak ingin aku melupakan persoalan ini.apabila difikirkan kembali,membuatkan aku terasa aku perlu membuat keputusan yang boleh membuatkan persoalan ini berakhir.aku nekad untuk membuang persoalan ini.biarlah ia berakhir.aku sudah tidak mampu untuk memikirkannya.aku tidak mahu disebabkan ini aku akan kehilangan impian dan cita-cita aku.biarlah ia menjadi korban kepada kehidupan aku yang akan datang.apa yang aku harapkan ianya akan segera akan menemui titik noktah penyelesaian.aku hanya mampu untuk mengucapkan perkataan maaf sekiranya aku banyak melukakan atau menyinggung perasaan mereka yang tak sepatutnya......macam aku katakan dulu hanya kita yang tahu apa yg sebenarnya terkandung dalam hati kita...............

Tiada ulasan: