03 Jun, 2008

perjalanan hidup minggu ni

a'kum............dah beberapa hari aku tak mengemaskinikan blog ni,sibuk sikit.minggu lepas family aku datang.ahad kenduri,semalam pergi p.dickson jap.ada urusan keluarga.jadi hari ni senang sikit.tu pun adam ngan mama demam pulak.aku pula sibuk ngan kelas kat upm,maklumlah dah minggu akhir untuk sem ni.minggu depan aku dah start exam.itu beerti aku ada satu sem lagi untuk menamatkan pengajian aku.penat,memang la penat sampai nak balik kampung pun tak sempat.kawan2 ada yang call cakap aku sorang je lagi yang tak balik kampung.orang lain semua dah balik walaupun sekejap.insyaallah aku akan balik minggu ni.....tapi bergantung pada keadaan jugak la.....hihihi.
malam ni kelas multimedia.semalam kelas falsafah bahasa melayu,dr.ahmad mahmood.esok kelas dr.nik untuk cerpen.kertas budak?masih dalam proses nak tanda.belum kira buku adab lagi tu....fail panitia,jangan cerita la.cuma mungkin buka sekolah ni aku nak buat kursus kepimpinan untuk pengawas jap.banyak juga kerja cikgu ni,bukan cuma mengajar je tapi nak bentuk manusia supaya jadi seseorang yang berguna.jadi cabarannya bukanlah kecil sebab hasilnya cuma diketahui selepas puluhan tahun dan sentiasa dinilai dan ini merupakan tanggunjawab yang cikgu2 pikul walaupun sekarang ni banyak cerita2 yang tak sedap didengar berkaitan profesion keguruan..........

Tiada ulasan: