06 Jun, 2008

minyak naik lagi!!!!!!

a'kum semua.........minyak naik lagi.kali ni agak membebankan juga la,lagi2 orang macam aku yang banyak menggunakan kenderaan untuk kehidupan seharian.tapi aku pelik la,malam pengumuman minyak naik tu habis jem stesen minyak.kereta penuh sampai tak leh nak jalan.malam tu pula aku nak bawa adik wani pergi klinik.sanggup dia orang beratur bersesak-sesak semata2 nak isi minyak.berapa ringgit la dapat jimat kalau nak dibandingkan dengan masa dan keselesaan.rata2 masyarakat berpendapat kenaikan harga akli ini terlalu tinggi dan membebankan.mungkin kerajaan ada rasional mereka sendiri.bukan mereka tidak tahu yang rakyat sedang memerhati segala tindakan/langkah yang dilakukan.ini akan memberikan kelebihan kepada pembangkang untuk memanipulasi isu ini.dalam situasi sekarang,rakyat hanya akan memikirkan tentang kebajikan masing2.mana yang dapat meringankan beban mereka itulah yang akan disokong.tentang perjuangan akan menjadi perkara kedua.betul lah tu,kalau nak hidup pun susah macam mana nak fikir tentang perjuangan.tambahan pula dengan peranan pembangkang sekarang.jadi diharap kerajaan dapat memikir jalan terbaik untuk menangani masalah ini untuk kesejahteraan rakyat sekali gus membuktikan keupayaan kerajaan dalam membela nasib rakyat dan menggembalikan keyakinan rakyat.jika tidak ,tidak mustahil untuk pembangkang berkuasa memerintah kerajaan pusat nanti.rakyat akan berfikir tidak salah untuk mencuba sekiranya itu dapat membantu mereka.......

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau bukan sekarang, mungkin dalam 2-3 tahun nanti pun minyak akan naik juga...tah2 lagi tinggi...bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita hari ini... hargai sebaiknya.. sebab, hari-hari yang mendatang adalah cabaran baru buat kita semua..