17 November, 2008

persahabatan dan nilainya

assalamualaikum semua....hari ni aku cuti.mama pun mc hari ni,tak sihat.jadi mama cuma rehat kat rumah je.esok aku akan bersekolah.takde apa cuma mesyuarat guru dan untuk menyelesaikan tugas-tugas untuk tahun ini.menjawab persoalan 'outsider' kat ruangan chat di sebelah yang mengatakan bahawa nilai persahabatan hanya dapat dinilai setelah kita berpisah.betul,saya setuju tapi bagi saya kawan-kawan merupakan satu aspek penting dalam kehidupan saya.mama lebih memahami aku.kadang kala aku terpaksa mementingkan kawan-kawan.betul,kalau bab ni memang mama lebih arif tentang pandangan aku perihal 'kawan'.cuma dalam bab kawan2 aku kat sekolah ni,lain sikit.bukan apa kerana usia persahabatan aku sama usia dengan bermulanya karier aku.itu yang membuatkan aku terasa sedih.betul...sedih...lagipun ada di kalangan mereka itu yang memberikan impak yang besar dalam hidup aku.jadi tidak salah rasanya aku akan merasa sedih.memang setiap yang bermula akan berakhir tetapi perasaan sedih itu juga merupakan sebahagian skrip kehidupan.bayangkan kalau dah mereka ini selalu ada di sekeliling kita selama hampir sepuluh tahun.tentulah pelbagai suka duka yang berlaku yang akan bermain di fikiran.ada juga 'kawan' aku ini yang banyak mengajar aku pengalaman hidup,bagaimana untuk menghadapi saat2 yang sukar yang membuatkan aku lebih tabah untuk meneruskan kehidupan ini...tapi kehidupan akan terus berjalan dan tahun depan sekolah aku akan merasa suasana baru.ye la,kira geng2 'otai' sudah tiada....baiklah,kita jumpa lagi...banyak lagi coretan tentang kawan2 yang aku akan kongsikan bersama.cuma tunggu sahaja...

Tiada ulasan: