09 Mei, 2009

Macam-macam Yang Berlaku

Assalamualaikum w.b.t. Hampir dua minggu aku tidak menulis dalam blog aku ni. Sepanjang dua minggu ni pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup aku sekeluarga.
Cuti 1 Mei minggu lepas aku pulang ke kampung,Kelantan. Hampir 4 hari juga aku kat sana. Lama betul rasanya aku tak pulang ke kampung. Sempat la juga aku jumpa kawan-kawan,cikgu aku kat sekolah menengah dulu. Kira berbaloi la juga aku balik kampung kali ini. Aku juga sempat membuat kenduri cukur jambul Rayyan kat rumah neneknya hari tu. Kenduri kecil je,ambil syarat buat kat kampung. Aku juga sempat menziarah kubur arwah abah aku. Hmmmm....kejap je masa berlalukan?
Adam yang tidak sabar untuk pulang ke Kelantan hari tu. Lepas maghrib malam tu dia dah bising-bising tanya bila nak balik kampung. Adam dengan Hawani seronok betul jumpa sepupu dia orang,siap dapat mandi kolam rumah Cik Long lagi. Adik Wani sampai tak mahu naik, "nak mandi lagi",katanya. Abang Adam pula senang je. Sejuk kot. Adik Rayyan pula tak banyak ragam,ok je sepanjang perjalanan pulang dan juga semasa berda kat sana. Cuma mama je yang tak sempat nak 'shopping' kat pasar borong Wakaf Che Yeh. Nanti la mama...
Rumah Abang pun dah siap. Boleh tahan juga la 'design' rumahnya. Menarik. Cuma aku tak sempat nak ambil gambar hari tu. Mama cukup berkenan dengan reka bentuk dan ruang dalaman rumah Abang tu. Aku pun tertarik juga. Memang cantik. Hmmm...bila aku dapat hadiahkan mama rumah yang cantik macam tu ye...hehehehehe. Sabar mama....insyaallah. Kak Long biasa la sibuk dengan 'bisnes' dia. Abang Long pula dengan klinik dia. Kadang-kadang aku kagum juga dengan cara mereka menambah aset mereka. Tak termampu aku rasakan. Tetapi berbaloi dengan apa yang mereka dapatkan? Aku juga yang 'sesak'. Hahahahahaha...
Aku juga baru lepas mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas pada 29 April hari tu. Alhamdulillah,akhirnya selesailah juga satu program daripada unit aku iaitu pengawas dan disiplin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu terutama kepada bos aku iaitu Puan Guru Besar,GPK HEM,GPK KOKU dan fasilitator. Lega rasanya dapat menyelesaikan program tu walaupun hanya berlangsung sehari bermula dari pagi hingga ke petang. Yang penting aku dapat mengadakan program tersebut kerana tahun lepas aku tidak menjalankan kursus ini untuk pengawas-pengawas semua. UBK juga banyak membantu. Semasa nak menjayakan program ini aku dapat belajar banyak perkara. Walaupun tempoh masa sehari dan hanya dijalankan peringkat dalaman sahaja aku perlu pastikan ianya berjalan dengan lancar. Dan rupa-rupanya bukan senang untuk menguruskan sesuatu program di mana kita adalah penyelarasnya... Setiap perkara aku tidak boleh ambil mudah dan yang paling penting adalah kerjasama yang baik di antara setiap jawatan kuasa. Yang paling penting ialah jangan ambil mudah setiap perkara yang berlaku. Setiap apa yang berlaku atau terjadi aku hendaklah sentiasa mengambil tahu dan juga bos aku iaitu En.Jaapar dan GB aku hendaklah sentiasa dimaklumi. Apa yang pasti aku akan bertanggungjawab atas setiap tindakan yang aku ambil. Setiap keputusan yang aku buat hendaklah berdasarkan perbincangan aku bersama jawatan kuasa dan juga pentadbir. Itu baru peringkat dalaman. Tetapi yang pastinya kerjasama sesama rakan merupakan elemen penting untuk menjayakan sesuatu program dan alhamdulillah perkara itu (kerjasama) ada di SK TASEK PERMAI....... Semoga aku dan kawan-kawan dapat terus cemerlang di sini......

Tiada ulasan: