12 Mei, 2009

Situasi Politik Sekarang

Situasi politik yang berlaku sekarang amat rumit. Apa sahaja tindakan oleh kerajaan Barisan Nasional akan dianggap sebagai 'gimik' untuk menarik perhatian sahaja. Sebetulnya apa yang berlaku sekarang ialah akibat kelemahan daripada Barisan Nasional khususnya UMNO itu sendiri. Bukan apa,aku merasa begitu terpanggil untuk mencoretkan apa yang aku rasa kebelakangan ini. Perasaan yang tidak senang apabila melihat kerajaan 'Barisan Nasional' yang ditunjangi oleh Umno sering menjadi bahan kritikan dan sasaran cemuhan oleh segolongan yang kononnya mewakili majoriti rakyat Malaysia. Aku cuma merasakan tahap kebencian mereka kepada pihak Umno seolah-olah Umno itu suatu pihak yang langsung tiada kebaikannya. Yang peliknya tindakan mereka itu pula dikatakan sebagai rasional dan dipersetujui oleh rakyat. Kadang kala rakyat mendapat gambaran yang tidak tepat. Di sinilah kelemahan Umno,tiada tindakan susulan dan tiada keinginan untuk menjelaskan situasi yang berlaku. Mereka hanya membiarkan sahaja sesuatu isu itu berlarutan dan mahukan rakyat dapat memahami sesuatu yang terjadi itu secara sendirinya.
Umno juga sudah terlalu selesa dan membiarkan apa sahaja yang berlaku itu. Aku teringat tentang kata-kata ini " SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA,...BIARKAN,BIARKAN"......Siapakah Si Luncai dan apakah bendanya labu yang dibawanya itu? Mungkin ada yang mengatakan aku ini terlalu menyanjung 'UMNO'.......Biarkan kerana aku tahu kesalahan yang ada sekarang adalah kesilapan segelintir yang dilakukan oleh ahli-ahli Umno sahaja. Bukanlah perjuangan PAS itu tidak elok tetapi mereka pun ahli politik juga dan aku akui dasar perjuangan mereka sememangnya murni. Dato' Seri Najib juga telah memberikan peringatan bahawa kita tidak boleh lagi bernostalgia dalam memperjuangkan Umno....yang penting patut tahu tindakan yang sewajarnya untuk kebaikan rakyat.
Dalam keadaan sekarang Umno lebih dilihat bersendirian sahaja. Bukan hendak mempertikaikan rakan-rakan dalam komponen tetapi apabila Umno lemah secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada Barisan Nasional. Dan yang lebih membuatkan aku terasa ialah dalam keadaan sekarang,disaat kita memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi ada juga yang cuba mengambil kesempatan dengan meminta apa sahaja yang diingini sedangkan sebelum ini memberikan sokongan yang kononnya tidak berbelah bagi. Dimanakah keikhlasan dalam perjuangan? Kita juga boleh menilai hati kita dimanakah kedudukan kita sekarang?
Bagi aku kita perlulah menyayangi diri sendiri dahulu barulah kita boleh membantu orang lain. Apa yang berlaku sekarang ialah kita menolong orang lain dahulu sedangkan kita tidak tahu hati budi orang yang kita tolong itu. Adakah mereka dapat menolong kita sekiranya kita berada dalam situasi yang sama? Tengoklah dalam bidang perniagaan....FIKIRLAH.... Mungkin tulisan aku ni nampak macam beremosi sikit tetapi itulah apa yang aku rasakan. Aku begitu sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Aku akui yang aku sedikit tersentuh dan begitu sayu selepas
Pilihan Raya ke 12 lalu....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang...situasi politik di Perak sudah haru-biru atau dgn kata lainnya..kucar---woook yoooh.. faham ji...
Nak tau kenapa jadi begitu....
sebabnya...masing-masing dengan egonya dan keras kepalanya.... Tetapi mereka berhak untuk ego dan keras kepala...utk pertahankan hak mereka.

Yang aku nampak kat sini...Hak yg sepatutnya ialah milik Nizar...
sebab aku kata begitu kerana atas prinsip perundangan...
Kenapa ADUN yg keluar parti boleh senang2 berpihak kepada BN/UMNO. Walaupun is mengesahkan ia BEBAS...tetapi ia mesti melalui PRK...ini tidak...tup2 lantik MB baru... Buat tindakan lebih cepat dari buat biskut...

Aku harap engkau faham...
Aku berpihak kepada yang benar....
Dan sesungguhnya Allah akan berpihak kepada yang benar...

Aku insan yg lemah dan dangkal..
kalau aku salah /silap.....
maafkan aku....Fadzil....

Jiii...lama sungguh aku tak ketemu mu... mcmana engkau sekarang ya...aku nampak..engkau gemuk semacam jeee...

Kalau ada apa2 berita dan boring.bolehlah e-mailkan aku di
irfadsue_tal3860@yahoo.com.my atau di fadmurai@gmail.com