12 Jun, 2008

apa yang aku rasa

dua tiga hari ni aku rasa macam tak best sangat.banyak benda yang bermain dalam kepala otak aku ni.pasal belajar,kerja dan juga yang berkaitan dengan kehidupan.kadang kala untuk menggembirakan orang lain kita perlu mengorbankan kegembiraan diri sendiri.ada benda yang pada anggapan kita yang kita rasakan betul dan wajar tetapi sebenarnya pada pandangan orang lain benda itu tak semestinya betul.mungkin juga sebab mereka ada hak untuk beranggapan sedemikian.banyak betul perkara yang berlaku pada aku dalam 2,3 hari ni.tapi,yang paling penting adalah kegembiraan anak dan isteri ku.itu yang penting.tapi aku sudah pun' membuang' segala yang telah menghantui aku selama ini.aku rasa inilah jalan terbaik untuk aku.tapi secara jujurnya aku akn merasa satu kehilangan kerana aku menganggapnya sebagai satu benda bernilai yang pernah aku cuba miliki.tapi.........................sekarang untuk memikirkanya pun sudah menjadi satu benda yang bersalah.ye la kot,memang salah kot sebab aku tidak sepatutnya menjadikan benda itu wujud dalam ruang hati ini.jangan bimbang.....aku rasa sekarang tidak pernah pun terlintas tentang benda itu...................mungkin susah tapi dah wajibkan.dah jadi satu benda yang wajib untuk aku membuangnya.sebabnya senang,ada yang lagi penting.tak gembira?itu tak timbul sebab definisi gembira itu luas.mungkin ada benda lain yang boleh membuat aku gembira.anak2 dan mama boleh menggembirakan aku.telatah adam dan hawani pun dah boleh membuatkan aku terhibur.
satu lagi,ada benda yang kita boleh kongsikan dan ada juga benda yang hanya kita sahaja yang mampu memahaminya kerana hanya kita yang mengalaminya.orang hanya munkin boleh bersimpati sahaja dan berkata 'saya mamahaminya'.tapi sebenarnya mereka itu hanya mampu bersimpati tetapi tidak mampu untuk berempati dengan sebenar-benarnya................
apa yang pasti jangan biarkan kita kehilangan benda yang paling bernilai dalam kehidupan iaitu keluarga kerana merekalah harta kita.jangan utamakan kepentingan diri kita sahaja.pastikan mereka mendapat apa yang sepatutnya daripada kita.renungkanlah.....
apa yang aku rasa......hanya aku sahaja yang mengetahuinya............................................................

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It can be wrong, when it feel so right...

Tanpa Nama berkata...

tak bolehkah kita perbetulkan keadaan kusut ini....?