10 September, 2008

10 ramadan

assalamualaikum semua.....sedar tak sedar kita sudah berjaya menempuhi 1/3 bulan puasa.bagaimana pengisian kita semua?itu terpulang la pada individu itu sendiri.kebelakangan ini timbul pula isu 'rasis' atau perkauman.buka je akhbar mesti kes seorang pemimpin bahagian di pulau pinang yang menjadi topik hangat.beliau dikatakan telah mengguris hati kaum lain di negara kita.begitu teruk beliau dihentam,dikritik.....seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan yang tidak boleh diampun lagi hinggakan ada cadangan untuk menarik balik anugerah kebesaran yang telah dikurniakan sebelum ini.beliau juga kemungkinan besar akan menghadapi tindakan disiplin parti yang dianggotainya.begitu sekali penangannya akibat 'menyentuh' sensitiviti orang lain.kalau orang lain yang 'menyentuh' sensitiviti kita,apakah agaknya tindakan kita dan pemimpin2 kita? dalam kesibukan seharian,kadang kala kita lupa pada bangsa kita yang masih lagi memerlukan bimbingan untuk terus berjaya.kita dibuai dengan beberapa kejayaan yang pernah dikecapi tetapi terlupa yang bangsa lain terus mencipta kejayaan.jangan lupa pada sejarah tamadun bangsa yang kita mungkin akan kehilangan 'nikmat' kehidupan kita sekiranya masih lagi alpa dan lupa pada perjuangan bangsa kita.sudah sampai masanya kita mengenepikan ideologi politik yang berbeza ntuk kesejahteraan anak bangsa kita yang semakin hanyut dengan arus kemodenan yang boleh mengakibatkan kehilangan jati diri dan identiti bangsa MELAYU.kaum lain perlu tetap dihormati sebagaimana kebiasaan kita, cuma kita perlu lebih menghargai bangsa kita.
ingatlah keharmonian yang telah kita kecapi sekian lama ini.janganlah disebabkan kepentingan masing-masing kita terpaksa membayarnya dengan 'ketidakharonian' pada negara.INGATLAH akan hak anak-anak kita dan seterusnya generasi akan datang.mereka berhak untuk menikmati kesenangan yang telah kita kecapi selama ini.renungkanlah bersama.....

Tiada ulasan: