24 September, 2008

penhujung ramadan

assalamualaikum...hari ni dah 24 ramadan.bermakna ada lebih kurang seminggu lagi untuk umat islam berpuasa dan seterusnya menyambut aidilfitri.tahun ni aku berhari raya di tampin dulu.raya kedua baru balik machang.tapi kalut la juga kerana isnin lepas raya tu aku ada final exam kat upm.mesti jem punya nanti masa nak datang kl.baju raya?untuk mama ngan adam serta hawani dah siap pun cuma ada sikit2 je lagi.alhamdulillah la sebab dapat menyediakan kelengkapan raya yang sepatutnya pada family aku.bukan apa,cuma dalam situasi ekonomi sekarang ni sebenarnya takut juga nak berbelanja lebih2.oh ya...fitrah mcm mana?aku dah bayar semalam.senang sikit,takut nanti terlupa.tahun ni juga merupakan kali pertama aku beraya tanpa abah.sedih juga la...al-fatihah.
di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan2 aku tidak kira di mana mereka berada....juga kepada mereka yang mengunjungi blog aku ini.selamat hari raya,maaf zahir batin...

Tiada ulasan: