16 September, 2008

16 september 2008-dalam kenangan

sambil membuat assigment semalam aku tertunggu-tunggu tarikh 16/9.bukan apa sebab sebelum ini tarikh ini diwar-warkan akan menjadi tarikh keramat peralihan kerajaan.mereka mahu berkongsi tarikh ini kerana tarikh ini sinonim dengan tarikh negara tercinta ini terbentuk bersama-sama dengan sabah dan sarawak.tambahan pula dengan situasi politik yang berlaku sekarang.bermula dengan kenyataan berbaur perkauman,penahanan ISA beberapa individu,bebarapa ahli pkr yg pergi ke taiwan,kenyataan muhyiddin dan akhirnya perletakan jawatan zaid ibrahim yang telah ditolak oleh pak lah.ini semua membuatkan aku tertunggu-tunggu tarikh ini.akhirnya tiada apa yg berlaku.itu yg kita nampak.yg tersirat tidak pula kita tahu.bermacam-macam komen atau pandangan yg dapat kita dengar tentang apa yg berlaku sekarang.semua ingin menyatakan pendapat masing-masing.maklumlah sekarang ramai yg berpendidikan tinggi.kalau boleh masing-masing ingin menunjukkan bahawa mereka ini adalah pejuang yang sejati.yang tahu masalah rakyat dan segala bentuk maslah lg.kita kadang kala terlupa tentang pengisian sebuah perjuangan.sesiapa saja boleh mengaku untuk menjadi pelindung rakyat.baik pihak kerajaan mahu pun pembangkang.tetapi sejauh manakah usaha yang dilakukan?sering kali kita hanya tahu menyalahkan pihak lain tanpa perlu muhasabah diri sendiri.adakah kita sudah cukup sempurna.ini adalah pandangan umum aku.masih adakah lg mereka yg ikhlas berjuang untuk bangsa,agama dan negara sekiranya tiada balasan yang setimpal.kita cuma perlu berfikir,apakah yg akan mereka dapat sekiranya seseorang itu berkuasa dan apa pula manfaatnya pada kita sebagai rakyat biasa?apakah kita sebagai individu rakyat malaysia telah menjalankan tanggungjawab kita pada bangsa kita,pada agama kita dan pada negara kita.....yg paling utama adalah untuk keluarga kita yang tercinta.kalau masing-masing memainkan peranan,insyaallah kita akan mendapat kebahagian dalam kehidupan ini.sayangilah diri sendiri dulu,keluarga,bangsa dan negara kita sebelum berjuang untuk orang lain kerana mereka yang lain juga akan melakukan perkara yang sama.itu sudah menjadi lumrah manusia...fikirkanlah. bukan apa,aku cuma terfikir.....lagi pun assigment hjh halimah dah siap.lega rasanya.



Tiada ulasan: