19 April, 2009

Alhamdulillah....

Akhirnya pasukan bola sepak Kelantan berjaya membuktikan kehebatan apabila berjaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan semalam. Kehadiran penyokong yang boleh dikatakan agak ramai juga memberikan impak yang besar kepada pemain. Sepanjang lebuh raya PLUS ke Seremban semalam aku lihat para penyokong Kelantan begitu bersemangat sambil memakai jersi merah. Aku semalam pun bertolak agak lewat juga. Kadir dengan kawannya pun ada juga. Kami bergerak sekali cuma apabila balik aku terus ke Tampin. Tahniah juga untuk penyokong Negeri Sembilan yang begitu 'sporting'. Sepanjang permainan berlangsung tiada insiden yang boleh dikatakan agak kritikal. Sorak - menyorak itu adalah perkara biasa sewaktu perlawanan bola sepak.
Apa yang pasti,penyokong cukup berpuas hati dengan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir nanti. Kehadiran penyokong import dalam kalangan warga negro juga memeriahkan suasana. Cuma apa yang aku kesalkan terdapat bendera parti politik yang berkibaran dalam kalangan ribuan penyokong Kelantan pada malam itu. Bukan apa,aku rasakan suasana itu begitu kontras dengan apa yang cuba ditonjolkan oleh bendera parti politik itu. Yang mengibarkannya pula terpekik terlolong sambil mengeluarkan kata - kata yang kurang enak didengari,tambahan pula dengan tingkah laku yang boleh merosakkan imej parti tersebut. Yang pastinya perkara itu sudah dianggap biasa dan bukan merupakan satu kesalahan. Kesalahan itu cuma dari segi moral sahaja. Bermacam ragam penyokong yang dapat aku saksikan semalam. Baik penyokong cilik mahu pun yang bergelar warga emas. Matlamat mereka sama cuma cara mereka menterjemahkan sokongan mereka itu. Aku dapat lihat bagaimana seorang pakcik merayakan pemain Kelantan, Norfarhan Mohammad menjaringkan gol pertama Kelantan. Warga emas itu dengan selamba melontarkan gelas minumannya ke arah padang. Bagi aku itu bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana cara itu dilihat agak kasar kerana perbuatannya itu disaksikan oleh kanak-kanak. Ini akan memberikan gambaran awal kepada kanak-kanak itu bahawa cara kita meraikan kejayaan adalah sebegitu sedangkan hakikatnya salah. Mereka inilah yang merosakkan imej penyokong-penyokong Kelantan yang lain.
Apa pun kami menunggu pasukan Selangor pada perlawanan akhir nanti yang dijadualkan berlangsung pada 25 April nanti di gelanggang pasukan Kelantan iaitu Stadium Nasional 'Darul Naim'. Insyaallah pada malam itu akan dapat disaksikan lautan penyokong 'The Red Warrior' akan memenuhi stadium.
GOMO KELATE GOMO

Tiada ulasan: