16 April, 2009

Letih sangat...

Assalamualaikum semua...penat sangat aku rasakan minggu ni. Pagi Isnin,setiap minggu aku akan bertolak dari Tampin untuk ke sekolah. Begitulah rutin aku sepanjang mama dan anak-anak ada kat kampung. Kehidupan aku kat sini rasa macam sedikit kekurangan. Bagi sesiapa yang mengenali aku secara rapat mesti sudah mengetahui tentang bagaimana kehidupan aku.
aku rasa seolah-olah macam mati kutu. Yelah,selalunya mama dan anak-anak sentiasa berada bersama aku...Memang aku rindukan mereka.
Kat sekolah pula macam biasalah. Sibuk dengan rutin harian. Semalam aku menghadiri mesyuarat ajk PIBG kat sekolah. Mengantuknya...aku pula terpaksa memaklumkan tentang kursus kepimpinan pengawas yang aku kena buat. Mulanya aku rancang nak buat pada 25 April nanti,sehari sebelum Sukan Sekolah. Setelah aku memaklumkan perkara itu dalam mesyuarat semalam ajk memutuskan untuk menunda kursus tersebut memandangkan terlalu hampir dengan acara sukan tersebut. Aku terpaksa akur. Ada masa lagi untuk aku mengemaskini kertas kerja dan pengurusan yang berkaitan dengan kursus itu.
Bukannya apa,kerana tahun ini aku mempunyai matlamat aku sendiri dalam karier aku sebagai seorang guru. Aku cuma mahu menumpukan perhatian untuk membentuk unit disiplin dan pengawas sekolah agar menjadi sebuah organisasi yang dapat membantu meningkatkan kualiti murid-murid aku. Sepuluh tahun aku di sekolah ini,aku rasakan impak kewujudan aku di sekolah ini tidaklah begitu besar. Aku inginkan sesuatu yang dapat memberikan aku kepuasan. Kepuasan dalam kerjaya aku sebagai seorang guru. Di sekolah ini aku cukup bertuah kerana dapat mengutip pengalaman demi pengalaman. Banyak benda yang dapat aku pelajari di sekolah ini. Betul! Semua itu memberikan aku panduan untuk memantapkan lagi karier aku.

Tiada ulasan: