08 April, 2009

PELBAGAI KEJUTAN BERLAKU

Assalamualaikum semua. Hari ini tajuk utama akhbar perdana menceritakan tentang keputusan pilihan raya di parlimen Bukit Gantang,DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Air. Apa yang ingin disentuh di sini ialah kekalahan calon BN di dua pilihan raya kecil iaitu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang menjadi aras penanda keutuhan UMNO yang menunjangi Barisan Nasional selama ini.
Apa yang jelas 'trend' pengundi ialah menolak calon BN tersebut. Mengikut apa yang saya fahami,golongan muda yang banyak menyumbang dan menjadi faktor kekalahan BN di dua kerusi tersebut. Sentimen 'Menteri Besar' Dr Ir Nizar Jamaluddin juga merupakan satu faktor yang tidak boleh dipandang mudah. Mungkin undi yang diberikan lebih bersifat simpati atas 'musibah' yang melanda kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Itu pandangan peribadi saya.
Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat begitu gembira dengan keputusan pilihan raya kecil ini. Baguslah...Saya banyak menerima mesej gurauan daripada kawan-kawan. Tak apa,itu tandanya saya masih diingati oleh kawan-kawan semua. Hahahaha....
Satu lagi isu yang menghangatkan keadaan hari ini ialah kekalahan pasukan bola sepak Kelantan dalam perlawanan separuh akhir Piala FA. Perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu itu berakhir dengan rusuhan pihak penyokong fanatik Kelantan yang sukar menerima kekalahan kali kedua dalam masa seminggu di tangan pasukan Negeri Sembilan. Apa lagi panas telinga saya menerima sindiran kawan-kawan. Mesej yang diterima pun bertalu-talu masuk. Hahahaha...Sejujurnya aku pun tidak bersetuju dengan perlakuan itu. Tindakan itu hanya akan membuatkan imej pasukan bola sepak Kelantan akan terus tercemar. Sedangkan sebelum ini umum sudah sedia maklum akan reputasi Kelantan yang sering dilabelkan pasukan yang suka mencari gaduh. Segala usaha untuk memartabatkan pasukan Kelantan sebagai pasukan profesional yang disegani mungkin terjejas dengan tindakan segelintir penyokong fanatik kita sendiri. Harapan penyokong terlalu tinggi sehinggakan pasukan bola kita tidak boleh tewas,itu yang membuatkan mereka hilang pertimbangan.
Jadi,apa yang penting adalah kewajaran dalam setiap tindak tanduk kita kerana setiap tindakan yang diambil oleh kita akan menentukan sebab dan akibatnya kepada kita. Berfikirlah dengan rasional dalam apa jua keputusan yang kita buat....................................

Tiada ulasan: