06 Julai, 2009

Abang Adam dan aku

Hari ini Adam mula sekolah kembali kat Tampin. Dia yang beria-ia nak ke sekolah. Lagipun sepupunya Insyirah ada sekali. Jadi terpaksalah aku tinggalkan dia kat Tampin. Masa tinggalkan dia kat Tampin semalam,dia macam sedih juga. Aku pun tak ingin nak tinggalkan dia.....tapi nak buat macam mana... Aku balik sekolah tadi,adik Wani terus cakap yang abang Adam kat Tampin. Dia pun nak tinggal Tampin,tak nak tinggal sini...tak habis-habis bercakap pasal abangnya. Kesian pula aku tengok adik Wani.
Aku pula makan tengah hari seorang saja hari ini. Kawan-kawan semua ada hal. Inilah antara perkara yang aku paling tak suka,makan seorang diri. Dulu,sewaktu mama masih bekerja kat Pandan Indah aku sanggup pergi 'lunch' bersama mama. Bukan apa,aku rasa macam tak best je bila makan sendirian. Mungkin aku boleh ajak adik Wani kot...

1 ulasan:

MAMA berkata...

Ayah ni.. sedih hati mama.. jgn cakap macam tu.. ayah ingat mama tak inagt kat ayah ke masa makan tengahari? dah makan ke belum? ada kawan ke tidak? heemmmmm.. kadang-kadangkan ayah mama rasa mcm nak keje smula kat YWC...lebih menyenangkan hati..