04 September, 2008

kehidupan ini

hai...30 ogos lepas adalah kelas aku yang terakhir untuk semester ni.kira skrg tunggu final exam la.hari tu aku ngan group aku kena pentaskan drama bangsawan 'raja bersiong'.aku sebenarnya tak berapa hafal skrip tu,kelam kabut la jugak sebenarnya....mcm biasa la,dah lepas tu drama tu mesti rasa boleh buat lagi baik kalau hafal skrip.group lain pun tunggang langgang gak cuma kebanyakan mereka menghafal skrip tersebut.
bila dah hampir nak habis belajar ni rasa mcm sedih pulak.maklumlah dah hampir 3 tahun waktu mlm aku sentiasa terkejar-kejar,mcm tak cukup waktu.skrg bulan puasa takde la rasa sangat.....sedar tak sedar dah 3 tahun....banyak benda yang aku tempuhi dan pelajari sepanjang tempoh itu.semua itu adalah pengalaman yang berguna untuk meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti.cuma yg masih menggangu feel aku ialah assigment yg belum siap....hahaha....
lepas ni aku kena fikirkan perjalanan hidup aku bersama2 mama,anak2.perjalanan yang menuju destinasi kebahagian....ini baru merupakan beberapa babak dalam kehidupan aku dan yang pasti banyak lagi babak2 lain dalam hidup ini yang aku harus tempuhi....
kehidupan seorang guru?mcm biasa la dgn rutin harian.mengajar,mendidik,kerja murid,periksa...dan segalanya yang berkaitan...bila dah biasa ngan budaya seorang guru kita takkan terasa kepenatan itu.
cuma yang pasti kita hendaklah sentiasa merencanakan kehidupan kita seiring dengan impian kita...impian bersama dgn mama,adam,hawani,baby,baby,baby...........
selamat berpuasa dan berterawih....kpd member kat ruangan 'chat' tu,teruskan dgn perbincangan anda...gunakan ruangan tersebut dgn sebaik mungkin..........jumpa lg.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa? Baby...baby..baby...?
ramainya ayah....