06 Mei, 2008

6/5/08

Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Karpal Singh meminta supaya istana Perak jangan masuk campur urusan pentadbiran negeri.Kadang kala politik ni sukar untuk dijangka.Mungkin apa yang berlaku tak sebagaimana yang diperkatakan.Dalam politik ni sesiapa pun boleh jadi kawan dan dalam masa yang sama mungkin juga lawan.Di sini lah sebenarnya terletak kewarasan atau kematangan seseorang itu.Dalam masa yang sama,kita juga dapat menilai tahap profesinalisme seseorang.
Aku bukan apa,cuma kadang kala terfikir tentang senario politik negara saat ini.Kita perlu mengambil tahu tentang benda2 macam ni,terutama setelah pru12 hari tu.Ada yang merasa gembira,ada juga yang merasa sedih,keliru dan bermacam-macam perasaan lagi.Itu semua apa yang kita rasakan sahaja tetapi apa yang kita alami tak semestinya sama dengan apa yang kita rasa.Hidup ini memerlukan satu komitmen yang betul2 jitu untuk terus memastikan kita dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh rahmat Allah....kerana perjalanan hidup kita hanyalah satu destinasi akhirnya................iaitu kembali ke pangkuan yang maha Esa.
Apabila terfikirkan benda2 ini membuatkan aku lebih menghargai keluarga aku.Betapa aku lebih memerlukan mama,adam dan adik wani,dan juga keluarga aku.Aku sedar yang mereka sebenarnya merupakan satu aset dan semangat yang aku perlukan untuk mencapai impian dan cita-cita aku.Tu la...... impian tinggi sangat.Takpa yang penting ada impian dan berusaha menuju ke arah itu......................................

Tiada ulasan: