07 Mei, 2008

tentang adam dan hawani

adam sekarang semakin bijak.adik wani pun sama.gelagat mereka menghiburkan.betullah kata orang,anak2 ni mampu membuatkan kita rasa senang walaupun pada hakikatnya penat dengan segala macam urusan hidup.
adam dah pandai nyanyi dah.aku pun terkejut.siap boleh nyanyi lagu ketahuan,pecinta wanita dan favourite dia lagu aspalela.yang bagusnya adam ni suka baca buku,mudah ingat apa yang kita bacakan untuknya.lagi satu dia cukup suka melukis sekarang ni.lagi satu hobi dia ialah menyakat adiknya.
adik wani pula dah pandai buat mimik muka,tersengih menunjukkan dua batang giginya yang baru tumbuh itu.hobinya,hahaha.................naik tangga la.kalau aku tak tengok aje,atau mama dia terlepas pandang tiba2 je dah ada kat tingkat atas menjerit kegirangan.
yang pasti kedua2 mereka itu cukup gemar 'mengemas' rumah.paling lama rumah tu kemas mungkin 2-3 jam je.itu pun apabila mereka tidur.tapi percaya tak,keadaan rumah yang bersepah itu kadang kala merupakan satu kepuasan pada aku dan mama.walaupun penat itulah kebahagiaan namanya...........

2 ulasan:

Mohd Abaidi berkata...

anak-anak penyeri rumahtangga.....

Tanpa Nama berkata...

tak sangka miji dah jadi seorang blogger skarang nie ya...tahniah..
harap menjadi blogger dulu, kini dan selamanya...