14 Mei, 2008

kisah si adam

a'kum semua,
hari ni adam ada kat kg,tampin ngan adiknya wani.terpaksa hantar kg sebab dia dah rindu sangat ngan diaorang kat sana.lagi pun dia tak berapa sihat.jadi mak nak bawa dia jumpa pak lang jap.tengok mcm mana.balik rumah hari ni rasa sunyi je.mamanya lagi la sedih.ye la,selalu budak2 tu ada bising ngan telatah masing2.
esok budak2 aku kat sekolah mula periksa sem 1.dah tentu kalut nak kena tanda kertas pulak.tambahan pula aku lepas cuti sekolah ni ada peperiksaan akhir kat upm.ni pun tugasan tak siap2 lagi.pening la juga nak memikirkannya.
perkembangan politik pun tak sempat aku nak ikuti lebih lanjut,baca paper je.tp kalu ikut pembacaan tu,tiada apa sangat cuma isu sekarang ni hanyalah tentang kenaikan harga barang keperluan sahaja yang mendapat liputan meluas.bagi aku,ini hanyalah permainan dalam urusan perniagaan sahaja.mungkin ada pihak yang cuma memikirkan keuntungan sahaja.mungkin juga ini sebagai peringatan supaya kita hendaklah bersyukur dengan kemakmuran yang kita kecapi sekarang.sepatutnya kita tahu untuk menghargainya.
semenjak akhir2 ini,banyak benda yang telah berlakukan?pelbagai isu yang telah menjadi perhatian umum,antaranya ialah peranan guru2.semalam,akhbar harian melaporkan yang guru mengamuk di sebuah sekolah.mengapakah ini boleh berlaku?fikir-fikirkan lah semua.

Tiada ulasan: